Friday, February 3, 2012

aku mahu pulang

MISSJAY rasa cerita pasal MissJay nak balik kampung dah bertiup kencang dah satu Kota Kinabalu nih. Kepada kawan-kawan, MissJay berterus terang tentang hasrat kepulangan MissJay, niat MissJay untuk jaga abah yang dah tak berapa sihat tu.

sekadar pembakar semangat. :-)

   MissJay fikir, ramai juga yang berpendapat tindakan MissJay merugikan (?) memandangkan MissJay sudah ada kerjaya yang boleh dibanggakan ketika ini. Itu pada pendapat MissJay sahaja...
  Bagaimanapun, MissJay nak juga kengkawan MissJay faham, sekarang MissJay sudah tidak begitu kisah (?) tentang persekitaran kerja atau pada tahap apa MissJay perlu bermula, asalkan MissJay boleh dekat dengan kampung, MissJay rela.
  MissJay rasa, dah tiba masanya untuk MissJay berbakti di kampung halaman. Perjuangan Missjay untuk memperkenalkan negeri tercinta dan bagaimana orang negeri MissJay akan berakhir secara tersuran namun bukan secara tersirat.
  Jika suatu masa dulu, kegembiraan utama MissJay adalah mampu berada di tempat Missjay sekarang, kini MissJay rasakan kegembiraan utama adalah apabila MissJay boleh hidup di kampung dan jaga abah MissJay.
  Semoga MissJay dapat menjadi anak yang berguna dan tidak derhaka kepada orang tua. Lagipun, mesti pernah jadi anak yang nakal suatu ketika dahulu. hihihi
  Sudah hampir 14 tahun MissJay keluar dari rumah, walaupun bukan melarikan diri. Rindu MissJay pada angin dan sungai di kampung makin menebal. Sungguh MissJay mahu pulang.
  MissJay tak kisah dah. Biarlah MissJay kerja di Terengganu. MissJay mahu dekat dengan abah, dengar kubur arwah mak dan dengan adik-adik (juga kakak dan abang yang jarang-jarang balik..hihihi)

lapangan terbang sultan mahmud.


Adios.

No comments:

Post a Comment