Wednesday, February 8, 2012

jika gaun pengantin itu jenayah....

SEJAK MissJay 'mengupload' gambor MissJay pakai gaun pengantin, ramai yang macam 'usik-usik' MissJay tentang kahwin dan tentang kapel-kapel nih. MissJay tak kisah mana pun, cuma MissJay rasa bersalah kerana menjadi punca timbulnya syak wasangka dan fitnah di hati mereka.
   Tidak kurang pula yang berkongsi larangan nenek moyang kononnya kalau awal pakai baju pengantin, lambat dapat jodoh..ye ke?Mak MissJay takde pulak cakap mende-mende camni..dan MissJay pun sebenarnya taknak percaya sangat perkara yang MissJay anggap karut marut nih. Bukan apa, rezeki, jodoh, maut, semua Allah SWT tentukan..kun faya kun...
   Bagi MissJay sendiri, perkataan kahwin bukanlah 'taboo' untuk diperkatakan pada usia 27 tahun ini. Cuma, MissJay rasa, dalam keadaan sekarang, MissJay belum lagi yakin untuk memberi sepenuh hati kepada mana-mana lelaki. hmmm..trauma mungkin? trauma dengan cinta monyet.. hihihi
  Pokoknya, MissJay bukan mencari lelaki yang hanya mengejar dunia kerana MissJay sendiri sedang berusaha mencari akhirat. MissJay mencari seseorang yang tidak akan memutuskan kasih MissJay dan Allah SWT...yang boleh menjadi imam solat kami...biarlah harta dunianya sedikit asalkan bekalan akhirat yang dituju mencukupi..kita bukan selamanya mahu hidup di dunia.
  Teringat pula bagaimana nenek MissJay yang MissJay panggil Tok Ma telah mengaturkan seseorang untuk MissJay sejak zaman abis belajar lagi..Hahaha..lucu ada, cam tak caye pun ada..Actually, MissJay bukanlah pemilih betul, cuma berjaga-jaga. Sebab mencari pasangan mengejar akhirat bukan mudah..ramai yang terlalu kabur dengan kehendak dunia ketika ini hingga terlupa keperluan dunia yang lagi satu..
  Pada pendapat MissJay, tidak perlu lama bercinta kerana nanti manisnya akan hilang sebelum hubungan itu sah di sisi agama. Tetapi, cukuplah untuk kenal hati budi dan ada ruang untuk menerima kekurangan dan kelebihan diri pasangan masing-masing selepas itu.
  Pendapat MissJay jugak, ramai yang berpisah sebab mereka expect lebih dari pasangan...mengharap mereka jadi seperti yang diingini, tanpa mengambil kira, apa yang pihak lgi satu mahukan daripada mereka..bukankah ini hanya pentingkan diri?
  Jadi, kalau begitu sahaja alasannya, kenapa MissJay tak terima pilihan Tok Ma? Pada MissJay, zaman ini orang sanggup buat apa sahaja untuk capai matlamat mereka, dan MissJay takut menjadi mangsa kepada keadaan itu...takut nanti jadi trauma pada ikatan suci bernama perkahwinan.
  MissJay tolak pilihan Tok Ma sebab sebagai orang yang akan hidup dengan mana-mana lelaki, biar MissJay 'lihat' dan 'nilai' sendiri keikhlasan dan kesediaannya..tahu hati budinya..Mungkin dia baik di depan Tok Ma dan Tok Ku..mungkin juga karakter MissJay tidak termasuk dalam list yang dia nak..siapa tau?nanti tak pasal-pasal, dua-dua trauma.
  Kerana itu, pada MissJay, jodoh adalah rahsia Allah SWT dan bila namanya rahsia, sudah tentu ia adalah sesuatu yang saspen dan harusnya 'tersembunyi'...sabar sajalah. sudah dijanjikan olehNya, setiap manusia ada bahagian masing-masing, di dunia dan di akhirat.
 Ramai juga yang kata MissJay menolak perkahwinan..Astaghfirullahaladzim..MissJay masih waras untuk menyedari batas MissJay sebagai seorang Islam. Kerana mahu menjaga kesucian erti perkahwinan itu, MissJay berhati-hati..Bukan tidak redha dengan pilihan, cuma hati manusia sentiasa didesak nafsu sendiri dan hasutan syaitan untuk khilaf dan berpaling dariNya. MissJay risau tidak kuat mana untuk menghadapinya...
   Neway, MissJay akan terus pakai gaun pengantin kalau diberi percuma, dan akan terus jadi pengapit kalau diperlukan kerana itu sebahagian tanggungjawab MissJay sebagai salah seorang ahli masyarakat..Namun, jika akan yang ingin kaitkan dengan lewatnya MissJay mendapat jodoh, hentikanlah kerana itu hanya akan merosakkan akidah.
  Lagipun, MissJay bukan nak kawin banyak-banyak kali..cukuplah sekali sahaja, dengan seorang sahaja..dan berharap dia berhak didambakan menjadi pasangan di dunia 'sana' juga.
  Bukankah indah jika perkahwinan itu menjadi laman untuk kita melebarkan titian sirat?Hmmm....macam isu berat tapi takkan mati kalau kita ringan-ringankan minda untuk fikir..kan?kan?

sekadar pemanas hati..huahuahua


Adios.

No comments:

Post a Comment