Friday, February 10, 2012

memahami erti bersahabat...

SUNGGUH, dalam hidup MissJay, orang-orang di sekeliling MissJay adalah lebih rapat dengan MissJay berbanding dengan ahli keluarga sendiri. Bukan apa, selepas arwah Cik meninggal dan atas sebab musabab yang MissJay sendiri belum dapat jawapan dari sekarang, MissJay 'dibiarkan' membawa diri pada usia 13 tahun, dari rumah kawan, ke rumah kawan yang lain.
   Jadi, sebahagian besar hidup MissJay terbina daripada apa yang MissJay daripada kawan-kawan..daripada keluarga mereka yang dikukuhkan dengan sedikit tinggalan daripada ibu tersayang.
   Kerana itu, MissJay tidak sanggup membuat sesiapa kecewa kerana MissJay...kerana itu juga, MissJay sanggup menanggung apa sahaja jika itu dapat 'memudahkan' mereka.
  Tapi, sejak akhir-akhir ini, MissJay rasa macam ada something wrong somewhere..otak MissJay macam sesak betul..mungkin kerana MissJay mula rasa keseorangan berada di sini..jauh dari kawan-kawan yang lebih mengenali MissJay seperti zaman belajar dulu.
   Kerana itu, untuk mengubat hati, MissJay pun 'belayarlah' di alam maya ni, mencari beberapa kata yang mungkin boleh dikongsikan dengan anda semua...Moga kita sama-sama bersemangat semula, wokehh!!!
  Hmm..paling penting, kita kena faham, jauh tak semestinya melupakan dan dekat tak semestinya rapat.
  Yang terbaik bukan semua, yang tak baik juga bukan banyak mana..cuma kena pandai-pandai melihatnya dengan minda yang positif dan rasional..Kadang-kadang, benda buruk sebenarnya tidak seburuk yang disangka dan benda baik pun boleh bertukar rupa juga.
  Menghargai seorang sahabat bukan dengan cara mengelak untuk menyusahkan atau disusahkan, tetapi berkongsi semua kesusahan dan kegembiraan kerana....ehem..ehem..
  Berkongsi kesusahan menjadikannya kurang susah dan berkongsi kegembiraan menjadikan kita berkali-kali ganda gembira..hihihi..terjiwang pulak!

Adios.

No comments:

Post a Comment