Friday, February 10, 2012

pujian perlu atau perlu pujian?

PUJIAN memang indah dan ada maksudnya tersendiri, sama ada kepada pemberi atau kepada penerima.
   Dari sudut positifnya, sudah pasti yang menerima akan gembira menerima pujian dan lebih bersemangat manakala yang memberi pula akan senang hati sebab dapat meluahkan perasaan diri. Tetapi sejauh mana seseorang itu ikhlas memberi dan menerima pujian?
   Ada pujian yang hanya kerana mahu menyatakan maksud sebaliknya atau lebih tepat, pujian bersifat sindiran. Manakala bagi penerima sendiri, pujian itu juga mungkin akan difikir sebagai sindiran.
   Jadi, apa kaitan dengan pujian perlu dan perlu pujian?
   Pada pendapat MissJay, 'pujian perlu' adalah apabila seseorang telah melakukan tugas dengan baik tanpa dorongan sesiapa.
   Tetapi 'perlu pujian' adalah seseorang yang hanya bergerak apabila mendapat 'kata-kata manis' daripada orang lain.
   Tidak ada salahnya untuk kedua-dua keadaan ini, cuma, ia kadangkala akan membezakan keperibadian kita, memberi dengan ikhlas atau kerana mengharapkan sesuatu.
   Dalam hidup MissJay, bohonglah kalau MissJay cakap MissJay tidak mengharapkan apa-apa daripada orang-orang terdekat MissJay jika MissJay memuji mereka. Cuma, apa yang MissJay harap sebenarnya?
  MissJay dididik dengan sikap terus terang oleh arwah mak yang MissJay panggil Cik (kebiasaan bagi orang Terengganu dan Kelantan).
   Dan selepas Cik takde, MissJay makin terbuka dengan perasaan sendiri, dan tidak memendamnya lama untuk MissJay luahkan. Mungkin sebab itu juga agaknya orang fikir MissJay tidak serius dengan perasaan sendiri.
   Sejujurnya, apabila MissJay memuji seseorang, MissJay berharap mereka tahu yang MissJay hargai kewujudan mereka dalam hidup MissJay, walau dengan nama apa pun mereka datang waima 'musuh' sekali pun. (MissJay masih terfikir, adakah MissJay mempunyai musuh?)
  MissJay minta maaf kepada semua andai MissJay pernah menyakitkan hati sesiapa. MissJay tidak berniat menyakiti sesiapa. Sungguh, MissJay tidak layak untuk menyakiti sesiapa dan sekiranya ada pujian yang    MissJay berikan selama ini tidak menyenangkan, maafkan MissJay.
   Mungkin MissJay tertukar tempat antara Pujian Perlu dan Perlu Pujian.
   Tolong ingatkan MissJay, kerana manusia sentiasa khilaf dan MissJay juga tidak terkecuali.

Adios.

No comments:

Post a Comment