Monday, February 6, 2012

persahabatan itu indah..

MALAM tadi, MissJay teruja dapat chat dengan dua kawan yang dikenali dalam dua keadaan berbeza. Seorang ketika bergelar pelajar dan seorang lagi, selepas belajar (atau lebih tepat, rakan wartawan). Dan kami membincangkan dua isu berbeza- peribadi dan kerjaya.
  Bersama rakan belajar yang mesra dipanggil Diya, MissJay kagum degan kesungguhannya yang menggalakkan MissJay untuk terus menulis. Walaupun MissJay rasa bersalah kerana terlupa bagaimana kisah perkenalan kami, namun MissJay amat bersyukur kerana antara ramai-ramai yang MissJay kenal ketika di UMS dulu, salah satunya adalah Diya.
  Kami berbeza kursus, tapi itu tidak menghalang persahabatan yang terjalin sehingga kini. Malah, mungkin boleh MissJay katakan yang MissJay rasa speerti lebih rapat dengannya berbanding ketika kami masih belajar. Mungkin kerana dulu, MissJay lebih tertutup kerana tidak mahu mendedahkan keadaan sebenar hidup MissJay yang pada dasarnya telah diketahui teman-taman rapat (dan mungkin Diya juga tahu).
  Chat kami berkisah tentang minat MissJay terhadap penulisan. Manakala Diya sendiri menyatakan dia suka membaca blog. MissJay amat bersyukur, tanpa pembaca, siapalah kami yang suka menulis ini. Terima kasih, Diya.
 Kerana itu, akan ada cerpen dan puisi yang dipos untuk tatapan Diya nanti. Buah tangan dari MissJay untuk orang yang telah membakar semangat MissJay.
  MissJay semakin sedar, sebenarnya kita tidak perlu menunggu seluruh dunia untuk menyorak perjuangan kita barulah mahu berbuat sesuatu sebaliknya, bersyukurlah jika ada seorang yang sanggup berdiri dan melangkah bersama kita dan percayalah pada dia, supaya dia tidak berpaling dan kita tidak kecewa.
  Kata-kata semangat daripada Diya membuka mata MissJay yang semakin malap untuk menyorot wajah dunia penulisan yang makin suram. Suram kerana tidak banyak usaha untuk menghargainya, seperti yang selayaknya 'mereka' laungkan.
  MissJay amat berharap, tuah MissJay termasuk dalam jutaan peruntukan untuk penulis muda yang diumum PM sebelum ni.
  Diya juga mengimbas kisah tentang 'peristiwa baju kebaya'..MissJay jarang dah pakai baju kebaya sekarang tapi kisah baju kebaya buat MissJay rasa macam nak selongkar semula kotak dan tatap balik baju kebaya yang MissJay ada.
   Sungguh, setiap benda yang ada pada kita sebenarnya akan kaitkan kita dengan seseorang dan membuktikan betapa bertuahnya kita. Itupun jika kita mahu sedar dan berfikir tentangnya.
 MissJay juga sempat bersembang dengan Linie yang kini jauh di KL. Dulu kami sama-sama mengharung dunia kewartawanan di KK..kami bercerita tentang kisah peribadi-atau lebih tepat tentang hidup berpasangan.
  Dia bahagia kini, dengan seseorang. Alhamdulillah. MissJay tumpang gembira. Namun, untuk MissJay mengikut jejak langkah dia, mungkin memakan masa kerana MissJay ada misi lebih penting sekembalinya ke negeri tercinta.
  MissJay bukan orang yang bagus dalam membuat beberapa perkara dalam satu masa. Jadi, aturannya: kerja, belajar (dan mungkin) mencari 'separuh' MissJay yang belum ada calonnya.
  Moralnya, sembang kami, walau macam kosong..diselangi 'hihihi' atau 'hehehe' atau 'kehkehkeh'..isinya tetap ada, bergantung kepada tapisan kita sendiri.
  Persahabatan, pada MissJay, adalah amat indah. Bukan kerana apa yang dikongsikan sahaja, tetapi, kewujudannya sendiri punyai maksud yang amat besar kepada diri MissJay. dulu, kini dan selamanya.

Adios.

No comments:

Post a Comment