Sunday, February 26, 2012

katak dan hujan

HUJAN. Titisan air dari gugusan awan yang sarat dengan moleku-molekul air yang tersejat dari permukaan laut. Hujan, datangnya kadangkala tanpa petunjuk..secara mata kasarnya.
  Kerana itu, MissJay amat kagum pada katak, haiwan 'bogel' yang dapat merasai perubahan suhu di sekelilingnya walau hanya pada skala 'mikro'.
  Kulit katak dapat mengesan perubahan suhu, sebelum hujan turun. Kerana itu katak berbunyi sebelum hujan turun. Tetapi katak disalahfaham. Kononnya katak memanggil hujan, sedangkan mereka memberitahu hujan akan turun.
  Katak tidak pentingkan diri. Tetap memberitahu hujan akan turun walau disalah faham.
  Betapa istimewa katak. Tetapi MissJay tidak cemburu dengan katak (kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian).
  Abah juga pernah berkata, jika MissJay dapat merasai perubahan di sekeliling MissJay tetapi menafikannya, MissJay lebih teruk dari katak. MissJay berkata tentang sesuatu yang palsu.
  Tapi, MissJay kena minta maaf dengan abah MissJay. MissJay pernah terlanjur menjadi katak, menyanyikan lagu hujan bahagia sebelum pasti kebenarannya. Adakah kerana MissJay takut pada pahitnya benar sehingga rela dengan manisnya tipu?
  Kerana faktor itu juga, MissJay pernah menjadi 'lali' pada perubahan, tidak mampu mengesan dan menyanyi lagi.
  MissJay pernah menjadi katak yang terluka kerana kemarau yang MissJay cuba nafikan. Tapi, parut luka itu, menjadi kenangan zaman kanak-kanak yang tidak mungkin MissJay lupakan kerana ia pasti bertukar menjadi kenangan manis bila tiba masanya.
  Dan MissJay kini menjadi katak yang masih lagi cuba merawat luka itu, bukan kerana kemarau di kampung halaman tetapi kerana gerimis yang MissJay sambut dengan gembira di laman orang.
 Tapi kini, antara menanti peluang mengharung banjir pertama di kampung, atau menyanyi di jalan raya yang tidak becak di sini, MissJay sudah pasti perubahan suhu yang sebenar.
  MissJay percaya katak ini, tidak lagi akan melompat sana sini. Tetapi, hanya berjalan-jalan santai di sana bila tiba masanya.

Adios.
 

No comments:

Post a Comment