Sunday, February 26, 2012

cinta fb?not for me...

SEJAK akhir-akhir ini, MissJay rasakan bagaikan ada satu perkara yang tak kena.Ya.Macam something wrong somewhere. Terfikir-fikir juga kenapa. Dan akhirnya MissJay perasan satu perkara selepas berfikir panjang.
  Sungguh,Missjay tidak pernah rasa serabut, susah hati atau kedekut bila nak bagi no phone kat sesiapa kalau kerana urusan kerja. Tetapi, kalau untuk urusan bersifat peribadi, macam susah pula tau.
  Kenapa tiba-tiba MissJay cakap pasal no phone? Sebab, sejak akhir-akhir ni, ada yang berulangkali tanya no phone MissJay tanpa menjelaskan tujuan sebenar (sebab dia minta melalui FB). Excuse me, im not Najwa Latif's fan okeyyy.
  Setiap kali ada yang tanya no phone MissJay kat FB..sama ada MissJay memang kenal, tak berapa kenal atau buat-buat tak kenal, MissJay memang tak suka menjaja no phone. terutamanya pada lelaki.
  MissJay tak rasa yang MissJay telah buat jenayah besar kerana tak bagi no phone MissJay kepada insan terbabit. Suka hati MissJay lah kan? Kalau mereka rasa MissJay melukakan hati dan maruah mereka, kena consider juga perasaan MissJay yang kucar kacir dengan permintaan yang 'mengganggu' mental MissJay nih.
  MissJay ada FB bukan untuk cari jodoh...bukan untuk kenen-kenen orang..cuma untuk cari kawan-kawan yang lama tak jumpa. Kalau untuk cintan-cintun, MissJay bagi peluang tu kat orang lain.
  Sungguh, untuk terlintas di fikiran...menggunakan hari-hari mengenali seseorang..MissJay amat takut. Sepertimana MissJay takut pada lintah dan pacat. tak nakkkkkk.
  Mungkin kerana dulu, kini dan selamanya..MissJay adalah penyokong cinta selepas kahwin. adedeh..dan semestinya dengan orang yang MissJay suka..EMAN MANAN...hikhikhik
   Oh eman manan...cinta terbaru MissJay...

Adios.

komitmen untuk berkomitmen..

BARANGKALI pernah dan barangkali juga tidak. Jadi, kata-kata yang sesuai, mungkin. Ya, mungkin. Mungkin MissJay pernah menyebutnya tapi entahlah. Bila agaknya? Tapi, biarlah MissJay ceritakan semula.
  Tok Ma (tok perempuan MissJay) sejak MissJay habis belajar lagi bagai berbuih mulut menyuruh MissJay kahwin. Katanya, MissJay harus ikut jejak langkah beliau yang berkahwin pada usia 16 tahun. What?16?Tak sanggup you!
  Kata Tok Ma, MissJay menolak sunnah nabi dan ftrah manusia yang perlukan pasangan. Pada MissJay, otak MissJay masih mampu berfikir secara waras untuk menilai baik dan buruk sebagai seorang Islam. Dan MissJay tidak pernah sekali-kali menolak perkara sesuci itu sekiranya memang ada rezeki.
  Pada MissJay, perkahwinan bukanlah eksperimen.Kalau belum bersedia memberikan sepenuh komitmen untuk mencuba yang terbaik, baiklah jangan. Risau jika kegagalan nanti akan mendatangkan trauma dan menghapuskan keyakinan pada ikatan suci itu.
  MissJay sendiri banyak melihat rumahtangga yang kucar kacir kerana faktor komitmen, sama ada sebelah atau keuda-dua belah pihak. Ketika bertugas, selepas bertugas..MissJay belum temui satu contoh yang boleh buat MissJay yakin ada yang boleh memberikan komitmen seperti yang MissJay boleh berikan.
  MissJay percaya, ramai yang akan setuju. Setiap wanita akan sampai satu tahap, mereka menyerahkan segalanya kepada jodoh dan jika sudah ditemui, komitmen akan diberikan sepenuhnya. Dan pada peringkat usia tertentu, mereka berkahwin bukan lagi kerana nafsu tetapi kerana tuntutan separuh hati, minta ditemani.
  Keadaan ini MissJay pasti bukan hanya berlaku pada MissJay seorang. Ramai lagi di luar sana yang mengalami perkara yang sama...Mahu, tapi mempunyai kebimbangan terhadap komitmen, sama ada dari diri sendiri atau dari pihak yang satu lagi.
  Pada MissJay, kunci untuk menjaga perhubungan mudah sahaja...bersedia memberi yang terbaik kepada komitmen. MissJay sedia untuk patuh jika benar-benar perkahwinan itu muncul dalam hidup MissJay. Cuma bukan sekarang. Sekarang belum masanya.
  MissJay bukan seorang yang membuat keputusan kerana desakan seseorang. Itu tidak pernah berlaku pada MissJay selepas arwah mak pergi.
  Jadi, MissJay tidak rasa tindakan MissJay menolak permintaan Tok Ma supaya MissJay mendirikan rumah tangga adalah sesuatu yang harus dijadikan alasan untuk MissJay disisihkan dari keluarga.
  Mungkin MissJay menghampakan harapan beberapa orang buat masa ini. Tapi MissJay yakin, keputusan ini telah menyelamatkan perasaan ramai orang andainya hubungan yang terjalin tanpa komitmen itu terputus di tengah jalan. Nauzubillah.

  Pokoknya, sekarang MissJay selesa begini. Dan MissJay yakin, ramai juga yang selesa dengan kehidupan solo mereka, macam MissJay. Kita bukan tak mahu, kan?Cuma, komitmen..bukan hanya kita yang perlu berikan perhatian..si dia juga..

Adios.
 

katak dan hujan

HUJAN. Titisan air dari gugusan awan yang sarat dengan moleku-molekul air yang tersejat dari permukaan laut. Hujan, datangnya kadangkala tanpa petunjuk..secara mata kasarnya.
  Kerana itu, MissJay amat kagum pada katak, haiwan 'bogel' yang dapat merasai perubahan suhu di sekelilingnya walau hanya pada skala 'mikro'.
  Kulit katak dapat mengesan perubahan suhu, sebelum hujan turun. Kerana itu katak berbunyi sebelum hujan turun. Tetapi katak disalahfaham. Kononnya katak memanggil hujan, sedangkan mereka memberitahu hujan akan turun.
  Katak tidak pentingkan diri. Tetap memberitahu hujan akan turun walau disalah faham.
  Betapa istimewa katak. Tetapi MissJay tidak cemburu dengan katak (kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian).
  Abah juga pernah berkata, jika MissJay dapat merasai perubahan di sekeliling MissJay tetapi menafikannya, MissJay lebih teruk dari katak. MissJay berkata tentang sesuatu yang palsu.
  Tapi, MissJay kena minta maaf dengan abah MissJay. MissJay pernah terlanjur menjadi katak, menyanyikan lagu hujan bahagia sebelum pasti kebenarannya. Adakah kerana MissJay takut pada pahitnya benar sehingga rela dengan manisnya tipu?
  Kerana faktor itu juga, MissJay pernah menjadi 'lali' pada perubahan, tidak mampu mengesan dan menyanyi lagi.
  MissJay pernah menjadi katak yang terluka kerana kemarau yang MissJay cuba nafikan. Tapi, parut luka itu, menjadi kenangan zaman kanak-kanak yang tidak mungkin MissJay lupakan kerana ia pasti bertukar menjadi kenangan manis bila tiba masanya.
  Dan MissJay kini menjadi katak yang masih lagi cuba merawat luka itu, bukan kerana kemarau di kampung halaman tetapi kerana gerimis yang MissJay sambut dengan gembira di laman orang.
 Tapi kini, antara menanti peluang mengharung banjir pertama di kampung, atau menyanyi di jalan raya yang tidak becak di sini, MissJay sudah pasti perubahan suhu yang sebenar.
  MissJay percaya katak ini, tidak lagi akan melompat sana sini. Tetapi, hanya berjalan-jalan santai di sana bila tiba masanya.

Adios.
 

jangan salah merayu...

LAMA Missjay tidak singgah di laman ini. Rindu yang menggunung tidak mampu dibendung lagi sehingga malam ini, buat kesekian kali, MissJay berteman semula dengan kopi. Nampaknya MissJay bakal 'mabuk' lagi. Mabuk dengan dunia penulisan yang wujud dalam definisi MissJay sendiri.
  MissJay tidak sanggup mengenepikan rayuan hati terhadap kudrat fizikal yang masih penat kerana kurang tidur. Ya, kurang tidur kerana majlis yang memerlukan MissJay datang awal tetapi tidak dinyatakan secara spesifik di manakah lokasinya..Excuse me..dont expect me know setiap tempat di sini because im not 'pure'. (terEMO jap..kesan kurang tidur agaknya)
  Rayuan ini, mengingatkan MissJay kepada desakan-desakan yang kadangkala walau hanya pada diri sendiri, tetap tidak mampu terlaksanakan. Meletakkan keinginan melebihi keupayaan, kadangkala boleh menjadi suntikan semangat tetapi boleh juga menjadi pelebur keazaman.
   MissJay terfikir. Dalam dunia ni, adakah manusia yang tidak pernah merayu? Waima pemimpin pun merayu undi, kita rakyat jelata mustahil lah tidak pandai merayu. Malah, merayu mungkin sudah menjadi sebahagian kehidupan.
  Cuma, kadagkala kita salah merayu. Merayu pada sesuatu yang tidak mungkin kita dapat, merayu pada orang yang tak mungkin 'beri muka' atau merayu pada insan yang tidak pernah memandang. Kalau begitu, salahkah merayu?
  Merayu boleh. Untuk membela diri, membuktikan diri tidak bersalah dan sebagai alternatif untuk meraih perhatian seseorang (dalam erti kata lain adalah simpati orang). Cuma, tidak boleh diamalkan selalu..kelak membinasa diri.
  Sayangnya, ada orang yang salah guna merayu. Merayu diberi peluang tapi disiakan. Merayu disayang tapi dilupakan. Merayu untuk kepentingan diri.
   Teringat seorang kawan, merayu meminta sokongan, sudah kukuh berada di depan sayangnya tidak lagi menoleh ke belakang.
  Adakah manusia yang tidak pernah tamak bila merayu dan dirayu? Adakah manusia ikhlas merayu? Tidak hanya sesama manusia, tetapi juga dengan PENCIPTA..
  Bila merayu..merayu lah dengan ikhlas..kerana merayu bukan setakat kata-kata manis tetapi adalah janji, untuk memberi yang terbaik..sama ada sebagai yang merayu, ataupun yang dirayu...

Adios.

Friday, February 17, 2012

tiada yang lebih menggembirakan (untuk hari ini)

YUHUUU (atau sepatutnya yahoooo)..semalam MissJay hanya mencadangkan perkara yang sudah 80 peratus sahih (betapa bizi bodinya)..tetapi inilah bukti kejadian tersebut..






Alhamdulillah, Ya Allah.
 Sesungguhnya, menjadi manusia yang berguna bukanlah apabila kita dipergunakan, tetapi bagaimana kita menggunakan kemahiran dan keupayaan diri untuk menyokong dan membantu orang lain.
  Terima kasih kepada kumpulan ini yang terus 'menceriakan' dunia seni dan hiburan tanah air dengan lagu mereka, dulu sekarang dan akan datang.
  Kita doakan yang terbaik untuk mereka dan InsyaAllah, kita juga dapat yang terbaik dalam hidup kita.Amin.

Adios.

Thursday, February 16, 2012

salahkah jika ku teruja?

SEBENARNYA kita tidak perlu menunggu naik ke bulan, menyelam ke dasar laut atau pun melayang di langit untuk rasa teruja. MissJay bagi contoh yang simple je berkenaan dengan perasaan teruja nih..contoh perasaan teruja adalah:


  Sungguh MissJay teruja..
  Mengimbas semua kejadian nih, MissJay thanks to jugaklah kat blog Beautiful Nara yang mendedahkan add blog En Selebriti aka Zarul Umbrella ni..Dan dapat tulis pasal Umbrella, rasa macam dapat balik zaman kanak-kanak MissJay..(kanak-kanak tu)..time gaduh2 ngan kakak pasal sape lagi ensem (konon-konon abang ipar MissJay macam Zarul?Mimpi tul kakak MissJay nih), time abang MissJay tengah putus cinta ngan awek dia (time tu MissJay jadik posmen tak rasmi dorang)..penangan Ramalanku Benar Belaka.
  Memandangkan MissJay ni 'minah kepoh' yang kerjanya adalah menulis..MissJay dah gunakan bakat dan peluang yang MissJay ada untuk menyokong orang-orang yang MissJay hargai dalam hidup (yang memberi inspirasi dan kenangan)..Cuma, alangkah bagusnya kalau MissJay boleh bagi dorang lirik yang timbun-timbun tu..hahaha..free je...MissJay kan hantu menulis..
  Neway, MissJay paling salut ngan Zarul apa tau..dia humble..tak macam satu makhluk tu...pas tahu peminat tahu itu blog dia, terus dia pi delete..Nape tulis blog kalau tak nak orang tahu?bagus tulis dairi kat umah..atau tulis je dalam Microsoft Word..kan?kan?
  Moral kali ni..teruja terhadap perkara-perkara kecil juga adalah 'keterujaan' dan jangan tulis blog kalau taknak bagi orang baca..(kihkihkih..lucu pula)...

Adios.

mak oi...lapor gila..

BALIK dari keje..MISSJAY 'lepak-lepak' depan my lappy yang cute nih..tetiba perut pula rasa lapor ngalahkan bulan puasa..dalam otak duk fikir, nape pulak macam orang kebulur je MissJay hari ni?
   Lama fikir, baru perasan MissJay belum makan apa-apa hari ni..patutlah dinosour dalam perut MissJay lapau giler. MissJay tertanya-tanya, apa yang menyebabkan MissJay tak sempat makan hari ni eik?
  Pagi, MissJay pi cari responden..pastu masuk opis wat news..tetiba dah zuhur..pas semayang, pi majlis di UMS..di sinilah penderaan MissJay bermula..
  Hui...kalau zaman belajar dulu, kirim salam lah bertahan dengor ceramah kebudayaan, adat resam, ketamadunan ni sampai tiga empat jam..tapi tadi, demi tugas MissJay bertahan mendengar kuliah tentang tarian masyarakat Bali..macam kursus duta pulak, kena faham adat resam local...
  Jam 5 lebih baru masuk opis balik..lepas mengasor..submit news pagi tadi..sambung buat news UMS..pastu hantar news UMS..translate satu news lagi..dah masuk maghrib pulak..
  Dekat jam 8 barulah setel..kemas itu ini..8 lebih balik umah..jam 9 sampai...eh..dah ada depan lappy dengan perut yang minta diisi..
  Jadi, apa motif MissJay citer semua nih?
  MissJay cuma nak kongsi..bila kita buat benda yang kita suka, kita takkan kisah kalau pun kita berhadapan dengan perkara yang kita mahu elakkan (macam kuliah tiga jam tadi)..begitulah dorongan yang boleh diberikan oleh 'minat' dan 'kegilaan' kepada manusia..kegilaan MissJay kepada penulisan, walau kadangkala buat hidup MissJay huru hara mengejar deadline..tetapi sebenarnya sangat best..sebab dengan cara itu MissJay mencabar diri untuk 'menghidupkan' kehidupan..
  Jadi, jangan menyesal untuk sedikit bersusah payah kalau betul menyukai sesuatu..

Adios.
 

akhirnya...Alhamdulillah

MISSJAY fikir cara terbaik untuk menyatakan kita menghargai dan berterima kasih kepada sesiapa adalah dengan menyokong mereka...jadi, inilah salah satu cara MissJay menghargai bakat yang ada pada penyanyi ini..ahaks.
 

Cuma, MissJay baru perasan, ada dua mende 'tersalah type' dalam ni..(hampeh sungguh)...
- tajuk lagu sepatutnya 'Retak Jangan Relai' tapi yang ditaip 'Retak Menanti Relai' pulak..aduh..sori ya semua...MissJay manusia biasa..'I'M SORRY'
-time kena edit..'terhilang' pulak perkataan 'laman' depan Istana Budaya (perenggan keempat terakhir). Harap-harap takde yang marah..huhuhu...anggap jelah doa kami di UB  agar Umbrella betul-betul masuk IB...Amin.

Adios.

ketagih kerana cinta.....

TAJUK entri kali ini agak 'menggiurkan', namun ia tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. Cinta yang MissJay nak ungkap kat sini bukanlah cinta sesama manusia, melainkan cinta MissJay kepada bidang penulisan.
  Kira-kira seminggu lalu, kawan MissJay 'terbagitau' MissJay tentang satu pertandingan novel, cerpen dan puisi. Hadoi la..time sibuk-sibuk ni juga mende ni sampai ke pendengaran MissJay. Sudahlah minggu ni MissJay ada rencana fokus yang perlu dibuat.
  MissJay sebenarnya berkarya bukan untuk pertandingan atau mana-mana sayembara tapi memandangkan ada kawan MissJay (cik Kawaii Diya) mungkin akan kecewa kalau MissJay tak join, maka MissJay telah bertekad. Wokehhhh...MissJay join la kali ni.
  Seminggu Nescafe jadi teman MissJay, termasuk malam ni. Dan MissJay dapat rasakan, kehidupan MissJay mula tidak seperti selalunya. Ya, MissJay sudah mengalami sindrom penulis. MissJay sudah jadi burung hantu yang memburu idea penulisan kala orang semua dah tidur.
  Selain menggunakan malam yang sepi untuk berdating dengan DIA Yang Maha Esa, beginilah MissJay gunakan malam MissJay sejak akhir-akhir ni.
  Moga malam yang tidak dapat dipenuhi dengan tidur ini akan memberikan hasil yang setimpal apabila teriktirafnya penulisan MissJay nanti.
  Frens, wish me luck, okehhh...

Adios.

Saturday, February 11, 2012

Dermagic Simply Siti ada dah kat Sabah

MUSTAHIL lah kalau ada rakyat Mesia yang taktau sape Datuk Siti Nurhaliza kan? Cuma, citer tentang Datuk CT ni biasanya lebih hebat menguasai ruang angkasa Semenanjung berbanding di bumi Sabah ni.
  MissJay tak tahu pula kenapa agaknya keadaan ni berlaku. Kalau nak salahkan media kat sini tak promote Datuk CT pun, kalau semua mende berlaku di Semenanjung, macam mana kita nak promote kat orang kat sini kan?kan? Lagipun, bukan semua peminat Datuk CT tu orang ada-ada, macam ramai lagi orang 'bukan ada-ada' yang minat Datuk CT, yang menyokong kerjaya Datuk CT dari dulu, kini dan selamanya.
  Jadi, mungkin apa yang berlaku pada hari ini, 11 Feb 2012 membuka lembaran baru bagi hubungan antara Datuk CT dan orang Sabah selepas beliau membawa masuk produk SimplySiti ke sini.

DERMAGIC SIMPLY SITI
  Kata Datuk CT, produk Dermagic yang menggunakan teknolologi penghasilan kosmetik Korea ini dicipta khas bagi pengguna yang mahu merasai kecantikan tanpa stres.
  Produk ini, katanya, ada tiga kandungan utama yang spesel iaitu 'Plant Endorphin, Korea Plant Stem Cells, dan Advanced Hydro Collagen'.
  "Apa yang kami tampilkan untuk produk ini adalah keajaibannya yang berkuasa membangkitkan 'mood' gembira.
  "Ini kerana, bahan yang digunakan mempunyai kelebihan untuk  menyerlahkan diri yang lebih awet muda, cerah dan ceria," kata Datu CT yang cantik lagi rupawan itu di Pra-pelancaran Produk Dermagic anjuran Wawa El-Diamond Glam Production
 Berbeza dengan produk-produk SimplySiti sebelum ini, Dermagic lebih mengkhususkan kepada rawatan kesihatan wajah dan ia merangkumi beberapa produk termasuk krim mata, pelembap, 'mask', pencuci muka, dan serum.
   Erm..kenapa Datuk CT pilih teknologi Korea?
   "Korea adalah antara negara pengeluar produk kosmetik yang terbaik di dunia, justeru SimplySiti memformulasi semula mengikut kesesuaian cuaca dan pengguna di negara ini."
   Mahal tak produk nih?
   "Ia boleh didapati pada harga RM10.90 hingga RM59.90 dan tahun ini kami merancang untuk mengeluarkan sebanyak 120 jenis produk dibawah SimplySiti," jelasnya yang menambah April depan mereka akan keluarkan minyak wangi Siti yang pertama.
 
  Bha, siapa-siapa yang sudi mengeksperimenkan diri dengan produk ini, silalah ke outlet yang berdekatan. Pastu, kalau berkesan, suggest lah kat ur fren..buleh lah membina koloni wanita cantik dan rupawan Simply Siti..ye idok?hihihi..
   BTW, MissJay xleh guna produk lain coz kulit MissJay hanya ngam dengan Sendayu Tinggi Datuk Rozita dan The Body Shop jer..(ngada-ngadanye kulit MissJay nih..dulu guna sabun mandi je padahal untuk cuci muka, jadi syampu juga kadang-kadang)


Adios.

Lambat kahwin kerana belajar tinggi?

Oleh NIK JASNI CHE JAAFAR
nikjasni.ub@gmail.com

FENOMENA kahwin lewat bukan perkara biasa bagi masyarakat masa kini, terutamanya bagi kaum Hawa yang semakin berani menyaingi keupayaan kaum Adam dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, tanpa sedar keadaan ini telah memberi kesan kepada institusi kekeluargaan dan pola populasi penduduk Malaysia dan tentunya, golongan wanita yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya dituding sebagai punca kepada keadaan ini.

Kata-kata "belajar sampai universiti tapi sampai sekarang tak juga laku-laku" atau "kawan kau tu dah dua tiga anak, kau masih juga sibuk dengan kerja."

Dua ayat ini mungkin kedengaran seperti cebisan skrip dari drama-drama tempatan tentang anak perempuan yang belum bertemu jodoh, tetapi ia bukan mustahil untuk berlaku dalam kehidupan sebenar.

"Saya fikir, ia bukan tentang tahap pendidikan sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan aspek seperti keluarga, persekitaran dan kerjaya. Ada juga perempuan yang tidak belajar tinggi tetapi masih juga lambat berkahwin," kata pengamal media, Fizah Yusof, 27.

Menyifatkan pendidikan adalah nilai tambah pada seseorang wanita, jelasnya, persepsi bahawa wanita terpelajar lambat berkahwin hanyalah stigma yang dicetuskan sendiri oleh masyarakat.

"Saya fikir, lelaki sendiri yang enggan mendekati wanita yang tahap pendidikannya lebih sedikit kerana ingin memelihara ego. Apatahlagi golongan wanita ketika ini lebih berani bersaing dan kadangkala jawatan mereka lebih tinggi sedikit dari lelaki," katanya.

Pemegang Ijazah Sains Pentadbiran dn Pengajian Polisi  dari UiTM Sabah ini berkata, untuk mengaitkan pendidikan sebagai faktor wanita kahwin lewat adalah tidak relevan pada zaman ini kerana ia adalah pilihan masing-masing dan turut bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Tuhan.

Mengenai adanya wanita yang terlalu fokus pada kerjaya hingga menolak untuk mempunyai komitmen lain, dia berkata, wanita seharusnya cuba menyeimbangkan hidup mereka.

"Memang bila dah terpelajar, dapat kerja yang baik, mereka akan fokus kepada kerjaya tetapi masih ramai wanita yang membuktikan mereka masih berjaya walaupun sudah berkeluarga...kena bijak seimbangkanlah," tambahnya yang menegaskan perkahwinan adalah sunnah Nabi Muhammad SAW.

Ditanya mengenai tindakan segelintir wanita yang memang meletakkan syarat khas dalam memilih pasangan hidup, katanya, keadaan itu adalah perkara biasa.

"Apabila usia bertambah, pendapat tentang perkahwinan semakin berubah. Jika pada awal 20an, bila sebut tentang kahwin, hanya yang indah difikirkan. Tetapi, bila bertambah tahun demi tahun, perkahwinan mula dilihat datang secara berpakej - suami, anak dan kerja.

Tambah Fizah, rata-rata wanita sebenarnya sedar wang bukanlah segalanya sebaliknya pasangan yang bertanggungjawab mampu memberikan kebahagiaan.

Sementara itu, Sylvia Jocylena Sumping pula mengakui ramai wanita bekerjaya lambat berkahwin namun bukanlah kerana mereka tidak mahu atau tidak komited untuk berumahtangga.

"Rata-rata menunggu waktu dan calon yang sesuai dan kadangkala menunggu yang sesuai itu menuntut tempoh yang lama sehingga menimbulkan pandangan negatif daripada orang ramai.

"Perkara ini sebenarnya bukanlah pelik. Dan keadaan ini juga boleh dijadikan bukti bahawa wanita takut pada komitmen atau tanggngjawab sebagai isteri kerana wanita bekerjaya biasanya mahu sentiasa melakukan yang terbaik dalam apa yang dibuat mereka.

"Cuma, keadaan ini kadangkala terlalu banyak fikir hingga takut pada kegagalan, takut tidak mampu seimbangkan tanggungjawab antara kerja dan keluarga, takut anak terabai dan suami yang lain, memungkinkan mereka bercerai, anak-anak menjadi mangsa," jelas gadis berusia 24 ini panjang lebar.

Menegaskan berfikir panjang seperti itu adalah untuk kebaikan masa depan, tambahnya, wanita sebenarnya bukan menolak perkahwinan tetapi hanya mempersiapkan diri bagi menerima tanggungjawab berganda.

Menyentuh tentang pengaruh tahap pendidikan, katanya, ada lelaki yang merasa rendah diri apabila berpasangan dengan wanita yang lebih terpelajar dan wanita juga kadangkala ingin mencari teman hidup yang mempunyai pendidikan yang setaraf.

"Jadi,  saya fikir wanita tidak perlu lagi terlalu cerewet, pemilih, 'demanding' kerana pasangan yang baik adalah seseorang yang mampu menjaga kita ketika susah dan senang. Cuma kita tidak boleh cakap duit tak penting walay duit bukanlah segalanya," katanya.

Katanya, jika telah mempunyai calon yang sesuai dan baik, wanita tidak perlulah bertangguh lagi untuk bergelar isteri.

"Harus ambilkira aspek kesihatan, tahap kesuburan wanita tu yang semakin singkat," kata kakitangan Jabatan Penerangan Sabah ini.

Bagaimanapun, memetik kata-kata watak utama filem 'Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami', Nik Melati Sukma Nik Mat yang dilakonkan oleh Haliza Misbun, menjadi andartu bukanlah satu kesalahan selagi tidak menyusahkan sesiapa.

Walaupun memperkatakan tentang isu kahwin kadangkala bagai 'taboo' bagi segelintir wanita, mereka perlu juga sedar bahawa rezeki, jodoh dan maut adalah ketentuan Tuhan, manusia hanya perlu berusaha dan menyerahkan selebihnya kepada Yang Maha Kuasa.
~ends

moga kita dianugerahkan cintaNya

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, aku bersyukur atas setiap helaan nafas yang membolehkan aku terus menapak di muka bumiMu dan membolehkan aku terus menjadi hambaMu.
Kerna itu Tuhanku, aku malu untuk terus meminta-minta darimu, bila sedar aku tidak putus meminta namun tiada apa yang ku berikan kepadaMu sebagai tanda syukurku, selain kalimah Alhamdulillah.
Tamakku mengharap dariMu tanpa sedia berkorban atau melepaskan sedikit pun dari apa yang kumiliki, yang sememangnya milikMu, sebagai tanda terima kasihku.
Tapi, aku tiada siapa-siapa selain Engkau, untuk memahami setiap rasa yang mengisi rongga kehidupanku, tekadku, senduku, dalam ratap mengharap belasMu.
Dan aku berakhir dengan terus meminta kepadaMu.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Adil  dan Maha Bijaksana,
Sungguh, aku malu untuk terus berkata-kata, mengucapkan apa yang telah Engkau tahu sebelum mulutku sempat terbuka, yang telah Engkau ketahui sebelum terlintas di hatiku.
Namun, rasa ini tidak mampu aku bendung lagi, dan Kau sendiri Maha Mengetahuiya.
Buat kesekian kali, aku mohon padaMu, untuk terus membuka ruang kasihMu pada hamba yang hina ini.
Ruang kasihMu yang sentiasa diharapkan umat manusia yang sedar akan nilai anugerah cinta dariMu.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat,
Tidak aku mempersoalkan apa yang telah Engkau sediakan untukku, tidak juga aku persoalkan jalan hidup yang sesukar ini, kerana janjiMu, apa yang Engkau berikan adalah dalam keupayaan setiap hambaMu.
Cuma, Ya Allah, hamba yang hina ini ingin terus meminta, kurniakanlah secebis cintaMu untuk aku terus berdiri teguh pada jalanMu, menerima qada dan qadar yang telah tertulis untukku, kerana tanpa pandangan cintaMu, tidak mungkin aku mampu melangkah.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihani,
Tidak ingin aku bertemuMu dalam keadaan yang seperti ini, dengan iman yang tidak mampu menjamin jawapan kewujudanku di hadapanMu nanti.
Aku merinduiMu, Tuhanku. Namun malu untuk kembali padaMu dalam keadaan seperti ini.
Adakah telah ku berikan apa yang harus kuberikan? Sudah terlaksanakah erti kewujudanku seperti yang dituntutMu, seperti yang dijanji olehku sebelum melihat dunia?

Ya Allah, Engkau Yang Maha Memahami,
Kau mendengarku sebelum ku sebut namaMu, Engkau melihatku sebelum ku seru namaMu, Kau selalu memberi sebelum aku memintanya, hingga aku malu untuk terus meminta dariMu.
Namun, Engkau lah zat yang Maha Pemurah dan Engkau tidak pernah memungkiri janji.
Izinkanlah aku terus berada pada jalanMu, Ya Rabbi.

Engkau Yang Maha Mengetahui, tetap juga tahu apa yang ada di lubuk hati. Aku mahu bertemuMu, dengan hati yang hanya padaMu, hanya padaMu, Tuhanku.
Sungguh, aku bersyukur dilahirkan sebagai hambaMu dan tetapkanlah hatiku padaMu kerana aku takut untuk tidak berada dalam pandangan kasihMu.
Sesungguhnya, hidupku, matiku, ingin aku serahkan padaMu, ya Tuhanku..dengan penuh redha.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihani,
Kerana semuanya adalah milikMu, aku memintaMu, kurniakanlah keredhaan itu kepadaku, agar melepaskan segalanya dengan tenang.
Dan peliharalah aku dalam cintaMu..kerana kini, aku tiada sesiapa dan tiada apa-apa selain Engkau.
Amin.Ya Rabbal Alamin.

mengertikan yang terakhir..

BARANGKALI beginilah perasaan seorang pesakit apabila diberitahu berapa lama lagi mereka boleh menikmati keindahan dunia bersama orang yang tersayang sebelum kemungkinan yang tidak pernah diminta itu (wah..punyalah berkias) tiba..
  MissJay sebenarnya seperti sedang melalui saat-saat itu, menghitung hari demi hari yang semakin menghampiri Julai. Julai yang bakal menjadi saksi MissJay membuka lembaran baru di tanah semenanjung, atau lebih tepat di kampung MissJay sendiri, Terengganu yang ku rindu.
  Dan, memikirkan kerjaya yang sudah selesa tetapi terpaksa ditinggalkan, MissJay jadi agak tertekan (cuma tidak seserius manalah). Yang menjadi penguat semangat MissJay hanyalah kesedaran bahawa ini adalah tanggungjawab MissJay sebagai anak..pelaburan untuk alam yang satu lagi.
  Kerana itu juga, MissJay sayu mengingatkan bahawa ini adalah kali terakhir MissJay akan sertai Kinabalu Shell Press Award. Harap ada khabar gembira menanti MissJay tahun ini, sebagai kenangan terbaik.
  Untuk semua, MissJay kongsikan gambar kami di Kinabalu Shell Press Awards tahun lalu.

cik artis mekap dulu..nak nek pentas..kehkehkeh

bersama prop yang ntah pape..

nobody..nobody..but you!

kitorang jadik wondergirls jap..hahaha

dah say gudbai baru neves ilang,..cit!

ada hasil jugak..alhamdulillah. :-) harap-harap tahun ni pun ada 'share'..InsyaAllah.Amin.

Adios.

Friday, February 10, 2012

dia..yang datang dengan nama FRIEND






memahami erti bersahabat...

SUNGGUH, dalam hidup MissJay, orang-orang di sekeliling MissJay adalah lebih rapat dengan MissJay berbanding dengan ahli keluarga sendiri. Bukan apa, selepas arwah Cik meninggal dan atas sebab musabab yang MissJay sendiri belum dapat jawapan dari sekarang, MissJay 'dibiarkan' membawa diri pada usia 13 tahun, dari rumah kawan, ke rumah kawan yang lain.
   Jadi, sebahagian besar hidup MissJay terbina daripada apa yang MissJay daripada kawan-kawan..daripada keluarga mereka yang dikukuhkan dengan sedikit tinggalan daripada ibu tersayang.
   Kerana itu, MissJay tidak sanggup membuat sesiapa kecewa kerana MissJay...kerana itu juga, MissJay sanggup menanggung apa sahaja jika itu dapat 'memudahkan' mereka.
  Tapi, sejak akhir-akhir ini, MissJay rasa macam ada something wrong somewhere..otak MissJay macam sesak betul..mungkin kerana MissJay mula rasa keseorangan berada di sini..jauh dari kawan-kawan yang lebih mengenali MissJay seperti zaman belajar dulu.
   Kerana itu, untuk mengubat hati, MissJay pun 'belayarlah' di alam maya ni, mencari beberapa kata yang mungkin boleh dikongsikan dengan anda semua...Moga kita sama-sama bersemangat semula, wokehh!!!
  Hmm..paling penting, kita kena faham, jauh tak semestinya melupakan dan dekat tak semestinya rapat.
  Yang terbaik bukan semua, yang tak baik juga bukan banyak mana..cuma kena pandai-pandai melihatnya dengan minda yang positif dan rasional..Kadang-kadang, benda buruk sebenarnya tidak seburuk yang disangka dan benda baik pun boleh bertukar rupa juga.
  Menghargai seorang sahabat bukan dengan cara mengelak untuk menyusahkan atau disusahkan, tetapi berkongsi semua kesusahan dan kegembiraan kerana....ehem..ehem..
  Berkongsi kesusahan menjadikannya kurang susah dan berkongsi kegembiraan menjadikan kita berkali-kali ganda gembira..hihihi..terjiwang pulak!

Adios.

pujian perlu atau perlu pujian?

PUJIAN memang indah dan ada maksudnya tersendiri, sama ada kepada pemberi atau kepada penerima.
   Dari sudut positifnya, sudah pasti yang menerima akan gembira menerima pujian dan lebih bersemangat manakala yang memberi pula akan senang hati sebab dapat meluahkan perasaan diri. Tetapi sejauh mana seseorang itu ikhlas memberi dan menerima pujian?
   Ada pujian yang hanya kerana mahu menyatakan maksud sebaliknya atau lebih tepat, pujian bersifat sindiran. Manakala bagi penerima sendiri, pujian itu juga mungkin akan difikir sebagai sindiran.
   Jadi, apa kaitan dengan pujian perlu dan perlu pujian?
   Pada pendapat MissJay, 'pujian perlu' adalah apabila seseorang telah melakukan tugas dengan baik tanpa dorongan sesiapa.
   Tetapi 'perlu pujian' adalah seseorang yang hanya bergerak apabila mendapat 'kata-kata manis' daripada orang lain.
   Tidak ada salahnya untuk kedua-dua keadaan ini, cuma, ia kadangkala akan membezakan keperibadian kita, memberi dengan ikhlas atau kerana mengharapkan sesuatu.
   Dalam hidup MissJay, bohonglah kalau MissJay cakap MissJay tidak mengharapkan apa-apa daripada orang-orang terdekat MissJay jika MissJay memuji mereka. Cuma, apa yang MissJay harap sebenarnya?
  MissJay dididik dengan sikap terus terang oleh arwah mak yang MissJay panggil Cik (kebiasaan bagi orang Terengganu dan Kelantan).
   Dan selepas Cik takde, MissJay makin terbuka dengan perasaan sendiri, dan tidak memendamnya lama untuk MissJay luahkan. Mungkin sebab itu juga agaknya orang fikir MissJay tidak serius dengan perasaan sendiri.
   Sejujurnya, apabila MissJay memuji seseorang, MissJay berharap mereka tahu yang MissJay hargai kewujudan mereka dalam hidup MissJay, walau dengan nama apa pun mereka datang waima 'musuh' sekali pun. (MissJay masih terfikir, adakah MissJay mempunyai musuh?)
  MissJay minta maaf kepada semua andai MissJay pernah menyakitkan hati sesiapa. MissJay tidak berniat menyakiti sesiapa. Sungguh, MissJay tidak layak untuk menyakiti sesiapa dan sekiranya ada pujian yang    MissJay berikan selama ini tidak menyenangkan, maafkan MissJay.
   Mungkin MissJay tertukar tempat antara Pujian Perlu dan Perlu Pujian.
   Tolong ingatkan MissJay, kerana manusia sentiasa khilaf dan MissJay juga tidak terkecuali.

Adios.

Wednesday, February 8, 2012

sepuluh keadaan biasa untuk reporter

INI hanya yang paling 'stand-out' antara juta-juta lemon yang akan dihadapi..bukan dalam sebulan, bulan dalam setahun..tapi mungkin dalam sehari, kami (atau mungkin MissJay sendiri) akan berhadapan dua dari keadaan ini..biasalah, banyak orang, banyak ragamnya...kan?kan?

Lagipun, selama empat tahun jadi reporter, MUSTAHIL lah semua yang berlaku best-best je, kan? tak berkembangnya hidup kalau semua berjalan lancar..nanti tak tau bahagian mana perlu buat upgrading..kan?kan?

1---Sidang media punyalah lama
Ada yang susah sangat nak berenti bercakap walau ulang-ulang perkara yang sama, sampai reporter naik muak..tapi kami terpaksa tahan sebab nanti kena cakap kurang ajar pula (tapi masih juga ada yang tuduh kami bukan-bukan..cakap kami tak pro lah, takde etika lah)..kadang-kadang, macam dorang bak bagi habis perakam yang boleh rekod sampai dua jam tu..aduyyaii

2---Diskriminasi media/organisasi
MissJay berani cakap sebab MissJay pernah jadi mangsa keadaan ini. Pernah satu penganjur tu cakap, mereka tidak jemput reporter datang tapi MissJay nampak ada reporter dari company lain di majlis mereka. Takpe..takpe..hari ni mereka layan kita camtu..(hihihi..macam dendam la pulak)..Ada pula yang kena asingkan meja..satu di tempat VIP,ada yang penjuru dewan..well, thanks anyway sebab jemput.. :-P

3---Ditanya 'berapa bayaran"
Ramai tak faham konsep sebenar reporter. Mereka dibayar gaji oleh sesebuah syarikat untuk menulis berita dan tidak perlu menerima bayaran lain selain gaji mereka untuk berita yang ditulis. Selain akan menyebabkan bias, perkara seperti ini mungkin boleh disalah tafsir oleh masyarakat. Seharusnya, tiada bayaran untuk berita melainkan untuk iklan dan laporan khas bagi iklan yang itupun sebenarnya mungkin secara berpakej dengan iklan..dont ruin our image la (pesanan kepada reporter dan mereka yang berkaitan).

4---Press-Sec ngalahkan YB.
Ini bukan perkara baru. Mungkin sebab ada YB (terserahlah mo definisikan 'B' tu untuk apa) yang terlalu bergantung kepada Press-Sec sehingga segelintir mereka rasa macam diri sendiri amatlah bagus dan berkuasa buat keputusan untuk sesuatu. Malah ada juga yang demand ngalahkan wakil rakyat...aduss..macam-macam

5---"Ala..dah batal la/dah tunda la"
Mustahil kalau ada reporter yang tak pernah melalui keadaan macam ni...ini tragedi wajib bagi mana-mana reporter..dan paling menyakitkan bila ianya majlis pada waktu pagi. Bayangkan jika anda terpaksa pulang jam 10 malamnya dan bangun awal pagi pada esoknya..nak marah pun tiada apa yang akan berubah melainkan tambah sakit ati..lagipun,majlis mereka, bahan news kita..kan?kan? (mungkin sebab tu juga reporter kdang-kadang terima layanan yang aduhaiiiii..tapi bukan semua la.)

6---"Konsep 'sharing is caring'"
Tak pelik pun..lagipun, selain cara merapatkan hubungan, ia juga mengurangkan beban reporter yang tidur lewat tetapi ada esaimen pagi. Tapi, bagi MissJay, kalau everyday perkara ni berlaku...boleh menimbulkan rasa tidak senang juga kepada mereka yang diminta..yang meminta memang okey je sebab yang penting 'ada news'...

7---"Tak lupa tu kalau makan"
Kalau buat liputan, memang ada majlis yang sediakan makan-makan, tapi ada juga yang tidak sebenarnya. Kalau reporter yang sebenar, mereka tidak akan kisah tentang makanan, kerana makanan sebenar mereka adalah ucapan VIP dan temuramah untuk isu-isu berkaitan. Bagaimanapun, tidak salah untuk ikut makan jika dipelawa.. cuma janganlah cakap reporter pegi majlis hanya untuk makan..ia menyakitkan seperti jika kami cakap 'Korang time nak minta kami buat news je pandai cari. kalau tak, haram nak kol"..sakit kan?

8---"Saya offday hari ni tapi saya turun jugalah"
MissJay selalu dapat panggilan pada awal pagi selasa..pagi yang sepatutnya MissJay gunakan untuk tidur kerana itu hari offday MissJay selepas penat bekerja selama enam hari. Tapi, kalau MissJay ada sesi temuramah yang belum dibuat, kena juga korbankan hari cuti dan masa untuk tidur pada hati tu untuk kuar menerumahan orang yang berkaitan. Aduss..macam zombi pula kalau kurang tidur ni..

9---"Ada satu jak salinan speech ni"
Cuba baca balik..tak sakit ati ke? ajak reposter duyun-duyun, tapi press-kit satu je.. Kalau satu je yang disediakan, kenapa jemput ramai-ramai.kan?kan? Bagus lantik jer yang disukai jadi media rasmi..senang citer, orang lain pun tak kecil ati.. :-)

10---"Angle ni cantik"
Ramai yang menyuruh repoter dan jurugambar dari sudut yang mereka mahu..tidak kurang pula yang mengusulkan lakonan (ya..reporter juga buat perkara yang sama demi tugas)..Cuma bayangkan time menggambar ada sorang berdiri kat sebelah, memerhati angle gambar dan kemudian mengkritik..aduhhh..fikir pun boleh panas ati...

Itu sajalah kali ini...ini cuma dari pandangan MissJay yang baru empat tahun dalam bidang ni. MissJay tahu ramai lagi orang lain yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Berikan mereka ruang untuk bercerita bila mereka bersedia.

Adios.

jika gaun pengantin itu jenayah....

SEJAK MissJay 'mengupload' gambor MissJay pakai gaun pengantin, ramai yang macam 'usik-usik' MissJay tentang kahwin dan tentang kapel-kapel nih. MissJay tak kisah mana pun, cuma MissJay rasa bersalah kerana menjadi punca timbulnya syak wasangka dan fitnah di hati mereka.
   Tidak kurang pula yang berkongsi larangan nenek moyang kononnya kalau awal pakai baju pengantin, lambat dapat jodoh..ye ke?Mak MissJay takde pulak cakap mende-mende camni..dan MissJay pun sebenarnya taknak percaya sangat perkara yang MissJay anggap karut marut nih. Bukan apa, rezeki, jodoh, maut, semua Allah SWT tentukan..kun faya kun...
   Bagi MissJay sendiri, perkataan kahwin bukanlah 'taboo' untuk diperkatakan pada usia 27 tahun ini. Cuma, MissJay rasa, dalam keadaan sekarang, MissJay belum lagi yakin untuk memberi sepenuh hati kepada mana-mana lelaki. hmmm..trauma mungkin? trauma dengan cinta monyet.. hihihi
  Pokoknya, MissJay bukan mencari lelaki yang hanya mengejar dunia kerana MissJay sendiri sedang berusaha mencari akhirat. MissJay mencari seseorang yang tidak akan memutuskan kasih MissJay dan Allah SWT...yang boleh menjadi imam solat kami...biarlah harta dunianya sedikit asalkan bekalan akhirat yang dituju mencukupi..kita bukan selamanya mahu hidup di dunia.
  Teringat pula bagaimana nenek MissJay yang MissJay panggil Tok Ma telah mengaturkan seseorang untuk MissJay sejak zaman abis belajar lagi..Hahaha..lucu ada, cam tak caye pun ada..Actually, MissJay bukanlah pemilih betul, cuma berjaga-jaga. Sebab mencari pasangan mengejar akhirat bukan mudah..ramai yang terlalu kabur dengan kehendak dunia ketika ini hingga terlupa keperluan dunia yang lagi satu..
  Pada pendapat MissJay, tidak perlu lama bercinta kerana nanti manisnya akan hilang sebelum hubungan itu sah di sisi agama. Tetapi, cukuplah untuk kenal hati budi dan ada ruang untuk menerima kekurangan dan kelebihan diri pasangan masing-masing selepas itu.
  Pendapat MissJay jugak, ramai yang berpisah sebab mereka expect lebih dari pasangan...mengharap mereka jadi seperti yang diingini, tanpa mengambil kira, apa yang pihak lgi satu mahukan daripada mereka..bukankah ini hanya pentingkan diri?
  Jadi, kalau begitu sahaja alasannya, kenapa MissJay tak terima pilihan Tok Ma? Pada MissJay, zaman ini orang sanggup buat apa sahaja untuk capai matlamat mereka, dan MissJay takut menjadi mangsa kepada keadaan itu...takut nanti jadi trauma pada ikatan suci bernama perkahwinan.
  MissJay tolak pilihan Tok Ma sebab sebagai orang yang akan hidup dengan mana-mana lelaki, biar MissJay 'lihat' dan 'nilai' sendiri keikhlasan dan kesediaannya..tahu hati budinya..Mungkin dia baik di depan Tok Ma dan Tok Ku..mungkin juga karakter MissJay tidak termasuk dalam list yang dia nak..siapa tau?nanti tak pasal-pasal, dua-dua trauma.
  Kerana itu, pada MissJay, jodoh adalah rahsia Allah SWT dan bila namanya rahsia, sudah tentu ia adalah sesuatu yang saspen dan harusnya 'tersembunyi'...sabar sajalah. sudah dijanjikan olehNya, setiap manusia ada bahagian masing-masing, di dunia dan di akhirat.
 Ramai juga yang kata MissJay menolak perkahwinan..Astaghfirullahaladzim..MissJay masih waras untuk menyedari batas MissJay sebagai seorang Islam. Kerana mahu menjaga kesucian erti perkahwinan itu, MissJay berhati-hati..Bukan tidak redha dengan pilihan, cuma hati manusia sentiasa didesak nafsu sendiri dan hasutan syaitan untuk khilaf dan berpaling dariNya. MissJay risau tidak kuat mana untuk menghadapinya...
   Neway, MissJay akan terus pakai gaun pengantin kalau diberi percuma, dan akan terus jadi pengapit kalau diperlukan kerana itu sebahagian tanggungjawab MissJay sebagai salah seorang ahli masyarakat..Namun, jika akan yang ingin kaitkan dengan lewatnya MissJay mendapat jodoh, hentikanlah kerana itu hanya akan merosakkan akidah.
  Lagipun, MissJay bukan nak kawin banyak-banyak kali..cukuplah sekali sahaja, dengan seorang sahaja..dan berharap dia berhak didambakan menjadi pasangan di dunia 'sana' juga.
  Bukankah indah jika perkahwinan itu menjadi laman untuk kita melebarkan titian sirat?Hmmm....macam isu berat tapi takkan mati kalau kita ringan-ringankan minda untuk fikir..kan?kan?

sekadar pemanas hati..huahuahua


Adios.

Tuesday, February 7, 2012

sebenar-benar menang

MISSJAY bukan lah hebat sangat untuk menjadikan MissJay layak bercerita tentang perkara yang bakal MissJay tulis ini. Cuma, memandangkan penglibatan MissJay adalah secara langsung,maka MissJay rasa MissJay ada hak untuk tulis pasal perkara ni.
  Walaupun selama penglibatan MissJay dalam Shell Press Awards untuk dua tahun sebelum ni hanya meraih merit, MissJay tetap bersyukur dan bangga dengan pencapaian diri. Berbanding orang lain, MissJay sebenarya bertuah kerana menjadi salah seorang yang diiktiraf bakat penulisannya.
   Tetapi, ada pula suara-suara sumbang yang mempersoalkan tindakan MissJay yang masih setahun jagung, dakam arena pengiktirafan ini.Tidak pula MissJay berkecil hati dengan tindakan mereka melainkan MissJay rasa, mereka perlu mengubah cara mereka berfikir.
  Pada MissJay, bukan kemengan secara lahiriah yang MissJay mahu, bukan juga pengiktarafan di pentas yang mungkin membolehkan berdiri dengan bangga di sisi ketua menteri.
  Pada MissJay, penyertaan ini adalah salah satu cara untuk melihat sejauh mana perkembangan dan perubahan yang telah MissJay capai dalam bidang ni. Dan keberanian bersaing dengan para senior juga membolehkan MissJay merasai, dunia sebenar kewartawanan yang penuh mencabar ini.
  MissJay masih setahun jagung dalam bidang ni dan masih jauh perjalanan MissJay untuk sampai ke tahap seperti sesetengah reporter lain yang sudah establish namanya. Jadi, MissJay mahu lihat, berapa jauh lagi MissJay baru dapat jadi seperti mereka - menjadi pencinta bahan berita dan laporan berita.
  MissJay sukakan penulisan dan kewartawanan tetapi ini tidak dapat menjamin yang MissJay telah memberikan untuk terbaik dalam melaporkan berita.
   Jadi, dengan cara ini, MissJay dapat pastikan pencapaian diri dan berusaha menjadi yang lebih baik.
   Shell Press Award, bukan hanya sekadar mengejar trofi atau hadiah tunai, tetapi membina keyakinan dan pasaran diri, kerana kita tidak tahu sampai bila kita berada di satu-satu organisasi.

Adios.

sekadar halwa mata..hihihi

Monday, February 6, 2012

menginjak semalu kehidupan

JIKA sebelum ini MissJay hanya mempamit rakan-rakan seperjuangan yang mengucapkan selamat tinggal kepada bidang ini, MissJay kini merasakan seperti MissJay akan tinggalkannya juga...tetapi itu hanya perasaan MissJay kerana hakikatnya, di mana MissJay menggali rezeki, di situlah MissJay tetap akan bergelar penulis.
   MissJay sudah sedar, penulis itu tidak semestinya secara rasmi, yang menerima bayaran untuk setiap penulisan kerana selagi MissJay menulis, dan ada rakan-rakan yang membacanya, MissJay tetap penulis.
   Persoalan demi persoalan tentang masa depan kerjaya MissJay meninggalkan seribu satu pertanyaan kepadamengenai susu galur perjalanan hidup yang menanti MissJay selepas ini. Walau tidak menyesal, Missjay perlu juga bersedia dengan sebarang kemungkinan.
   MissJay sendiri sebenarnya tak pasti berapa lama akan berada dalam dunia ini, dalam kancah penulisan ini.  
   Namun ketika jemari MissJay rancak menarikan rentak tango di papan kekunci inim hati MissJay tetap pada dunia penulisan - atau lebih tepat, kewartawanan.
   MissJay tetap begini, menghumban diri dalam timbunan kisah manusia yang pelbagai ...dicerna menjadi berita dan kemudian menerima gaji pada hujung bulan.
   Kata arwah emak, MissJay patutnya menjadi cikgu , profesion yang memberi jaminan sepanjang zaman. itu juga pendapat abah (walau MissJay tidak pasti dia memaksudkannya atau sebaliknya)..tetapi semua itu tidak memberikan kesan kepada keputusan MissJay untuk bercita-cita menjadi wartawan, belajar kewartawanan dan benar-benar menjadi wartawan. Alhamdulillah, Ya Allah.
  Cinta MissJay pada bidang penulisan, tiada kata yang dapat gambarkannya. MissJay sedar, diri ini semakin larut dalam dunia penulisan.
   Cinta  pada kepelbagaian rasa yang ditemui setiap hari, cinta pada ketinggian erti kehidupan yang berlainan setiap waktu MissJay  hadapi...ketika MissJay  berkata tiada cinta, MissJay sebenarnya sedang bercinta..bercinta dengan kerjaya MissJay.
   Sungguh MissJay sudah  terlanjur .Terlanjur memasuki kancah ini..dan langkah kaki MissJay seperti tidak mampu dihayun kembali ke pangkal melainkan berhenti dan membuka langkah baru jika langkah sekarang tidak mampu diteruskan.
  Tapi, mampukah MissJay  berhenti dari langkah ini walau ada lautan semalu di hadapan menanti, bersedia menusuk tapak kaki yang masih baru memijak dunia penulisan?
   Sesungguhnya, ketika rakan-rakan  mengucapkan selamat tinggal, MissJay baru sahaja mengucapkan salam perkenalan kepada bidang ini...salam perkenalan kepada dunia penulisan yang kini menjadi salah satu unsur dalam hemoglobin darah MissJay...kerana ini bukan hanya perjuangan untuk bangsa, malah secara peribadi, perjuangan diri MissJay dalam mencari makna kehidupan sendiri daripada kehidupan mereka...
   Mencari makna, adakah sesuatu yang hilang dan sesuatu yang tidak pernah dimiliki itu adalah dua perkara yang sama maksudnya?
  Dalam hidup, tidak perlu berjalan jauh untuk melihat betapa kita bertuah memiliki sesuatu. Renunglah dalam diri, lihat di mana kita berdiri dan mereka yang sentiasa ada di sekeliling kita, menyokong kita. Dan, melangkahlah dengan yakin, kasih Allah SWT sentiasa ada untuk hamba yang beriman kepadaNya.

Adios.

selagi ada masa kita


MISSJAY sentiasa berimpian agar dapat memiliki rumah yang dekat dengan masjid atau surau. Kenapa? 
Salah satu sebabnya kerana MissJay susah bangun pagi dan satu lagiadalah, lebih dekat untuk kami jika mahu ke masjid atau surau. Tau saja lah, bila usia dah banyak bertambah nanti, dua langkah pun macam dua kilometer..
Sekarang pun, kalau rasa rindu nak solat di masjid, MissJay akan pergi ke Masjid Bandaraya. Memang Masjid Negeri lebih dekat tapi Masjid Bandaraya, bagi MissJay, ada nilai sentimental yang tidak dapat dilupakan.
Mungkin kerana inilah masjid yang pertama MissJay nampak di KK ketika menjejakkan kaki ke sini, sebelum Masjid UMS.
Sekarang bising sana sini kunun mahu menambah bilangan masjid. Pada MissJay, jika masjid yang ada pun belum diimarahkan dengan sebaiknya, ada banyak-banyak pun tak guna jugak..kalau sekadar untuk mengaburi pandangan masyarakat terhadap nama 'negara Islam'.
Satu lagi, MissJay rasa, masyarakat sekarang makin jauh dengan masjid. Jadi, macam lebih baik mantapkan dulu pengisian dan progam yang sedia ada untuk tarik orang pegi masjid, kalau orang dah melimpah ruah, barulah tambah masjid. Kalau tambah sekarang, takut jadi rumah orang gelandangan je...
MissJay pun bukan baik sangat. Tapi, sekurang-kurangnya, MissJay tahu mana pintu untuk jemaah wanita dan mana tempat wuduk untuk kaum Adam.

Adios.

peluang TERBAIK hanya sekali

KATA-KATA  peluang hanya datang sekali bagi MissJay adalah kurang tepat. demikian kerana, MissJay berpendapat kita sebenarnya bertemu dengan banyak peluang dalam hidup, namun kita hanya akan jumpa sekali sahaja dengan yang paling baik.
   Tidak kisah dalam apa lapangan sekalipun, MissJay tidak pula berhajat mengubah pendapat MissJay ini (apatah lagi bila menulis berkaitan diri sendiri) keran pada MissJay, ia sebenarnya relevan dalam segenap ruang hidup.
   Tidak payah menapak jauh, mencari kisah mereka yang lebih panjang langkahnya kerana MissJay sendiri sudah melepasi garisan untuk membolehkan MissJay berkata-kata demikian.
    Tapi, kita harus saling faham bahawa garisan yang MissJay maksudkan bukanlah garisan sempadan fizikal (walau ia boleh juga diambil kira) sebaliknya adalah garisan persempadanan pengalaman setelah lebih separuh hayat menghayun dua kaki membawa diri melayan jatuh bangun.
Bagi MissJay, hidup terlalu singkat untuk 'memeluk' semua benda dan kerana itu, pilihlah satu sahaja dan jadikannya yang terbaik.
  Pada MissJay juga, orang yang hebat dalam banyak bidang, memang terserlah kehebatannya tapi orang yang hebat dalam satu bidang dan menjadikannya yang terbaik adalah lebih hebat kerana dia berjaya melawan sisi buruk dan menawan sisi indah sesuatu perkara itu.
   Ramai antara kita yang lebih suka menunggu betul-betul yakin baru mahu merebut peluang hingga membiarkan peluang yang ada berlalu begitu sahaja. Jika semut yang kecil pun boleh memberi sakit yang ketara, kita harus bijak untuk menjadikan peluang kecil sebagai agen kepada perubahan dan kejayaan yang lebih besar.
   Paling penting adalah minda kita. kuasa pemikiran itu sebenarnya sangat hebat yang membolehkan kita menukar wajah hodoh kegagalan kepada rupa indah kejayaan dan pahitnya jatuh kepada manisnya berdiri semula.
   Kekuatan untuk mengawal minda agar sentiasa menjadi positif bukan boleh dimiliki semua orang, terutamanya bagi mereka yang lebih mudah memikirkan perkara negatif (tapi cuba mengawalnya bukan sukar jika benar-benar bersedia).
   MissJay sendiri bukanlah hebat mana pun dalam menukar negatif menjadi positif tetapi bak kata pepatah, mencuba adalah separuh dari kejayaan. cuma jangan terlalu 'positif' sehingga memudaratkan diri dan menafikan had terhadap sesuatu usaha. berpada-pada itu juga penting.
   Dalam menjadikan setiap peluang berhasil, jangan lupakan insan-insan yang berada di sepanjang jalan, yang setia memberi dorongan mahupun cacian kerana dengan cara itu kita dapat mengimbangi hidup. jika ada yang tidak berpuashati dengan kejayaan kita, anggap saja kewujudan kita dipedulikan dan pencapaian kita itu mendapat perhatian daripada sekeliling.
   Keadaan ini juga membayangkan kita, sedikit sebanyak telah menjadi sumber inspirasi dan penyumbang kepada tindak balas persekitaran. perkara ini juga sebenarnya baik untuk kita agar tidak hanya berada pada takuk lama dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.
   Persaingan aebenarnya menjadikan kita lebih bersemangat untuk mencapai yang lebih baik dan ia juga membuktikan kita tidak berjuang berseorangan. Apabila kita bersaing dalam lapangan yang sama, bermaksud kita sudah ada rakan seperjuangan, tetapi dalam konteks persaingan. sekurang-kuranganya, jika dia pesaing yang baik, dia akan menghulur tangan ketika kita tersadung atau penat.
   Lidah kehidupan pastinya berfungsi dengan baik jika dapat mengesan rasa yang pelbagai dan mengecapnya buat kali pertama membolehkan lidah kehidupan kenal rasa itu jika ia berlaku untuk kali seterusnya dan bagaimana cara untuk mengendalikan rasa yang tidak bagus.
   Jangan takut untuk jatuh kerana, tanpa jatuh, kita tidak akan rasa perlunya untuk bangkit berdiri dengan gagah.

Adios.

tidak sempurna yang sempurna

SEMAKIN menginjak dewasa, definisi kita tentang kehidupan semakin berubah, barangkali boleh dikatakan sebagai semakin matang untuk mengertikannya. kita semakin 'rela' dengan setiap takdir berlaku dan semakin mengambil kira perasaan orang di sekitar walau kita bukanlah jenis yang mengambil berat perasaan orang lain.
   Semakin kita cuba memahami sesuatu, ia menjadi semakin sukar dan kompleks menyebabkan kita kadangkala berputus asa dan berhenti dari terus berusaha, itulah keadaan yang selalu dihadapi ketika dalam proses mencari definisi, ketika proses mengertikan sesuatu dalam hidup baru bermula.
   Kenapa erti sesuatu tidak sama antara seorang individu dengan individu lain?kerana kita mengalami pengalaman itu dengan cara berbeza. ada yang mengenali erti sesuatu itu melalui kesedihan dan ada pula yang mengalaminya buat kali pertama dengan penuh kegembiraan. itulah yang membezakan.
   Kerana itu, dalam mencari definisi kehidupan, kita tiba pada satu tahap yang mendapati hidup kita sangat tidak sempurna, ada yang tidak cukup dan ada yang terkurang. ketika itu kita sebenarnya telah mencapai titik kesempurnaan hidup..kerana kita sedar, hidup ini tidak sempurna!
   Jadi, langkah seterusnya adalah menyedari kuasa Ilahi dan berusaha dekat padaNya...agar ketidaksempurnaan di dunia ini mampu disermpunakan di sana nanti. insyaAllah.

gambar sekadar ngada-ngada..hihihi


Adios.

sekadar angka atau nilai usia?

LANGIT tak selamanya cerah, kata orang. Betullah tu. MissJay pun setuju. Cumanya, bagi MissJay, langit hidup MissJay lebih banyak cerah berbanding kelam sekarang ni.
Pasal apa eik? Mungkin kerana seiring peningkatan usia, cara penerimaan terhadap something pun dan rasional and matang sket. Lagipun, MissJay bukan setahun dua hidup bersusah payah.
  Sejak mak MissJay meninggal, MissJay tidak pernah merasai apa itu keluarga. After abah kahwin yang dah masuk tahun ke-14, MissJay rasa tak sampai tiga bulan MissJay ada kat umah. Well, MissJay kan hidup dalam kisah bawang putih, bawang merah moden.
  Ada gak yang tanya MissJay, MissJay tak rasa malu ke 'menjaja' kisah family tan berapa sedap didengar tu kat orang ramai? Ala, ramai mana pun yang tahu sebenarnya. Dan paling penting niat MissJay bukan nak tunjuk 'act' pasal takde apa yang best pun untuk ditunjuk..
  MissJay cuma harap, kesusahan MissJay suatu ketika dahulu, yang MissJay lalui ngan sepenuh hati hingga MissJay berjaya capai kedudukan MissJay sekarang, akan memberi inspirasi kepada mereka yang lain.
  Kalau boleh, MissJay nak semua orang sedar bahawa Allah SWT tidak memberikan ujian di luar kemampuan hambaNya. Dan sebagai manusia, menjadi tanggungjawab kita untuk melalui setiap ujian dengan ikhlas dan redha.
  MissJay tidak pernah menyesal denganapa yang berlaku, malah bersyukur kerana setiap satunya menjadikan MissJay manusia yang lebih baik. Cuma, mungkin ada bahagian penting yang berlaku tapi MissJay terlepas pandang, lalu terlepas juga peluangnya. Takpe..takpe..InsyaAllah, ada rezekit, next ada la tu.
  Diusir dari rumah sendiri, dihalau dari rumah kawan, membesar dari rumah ke rumah, MissJay tidak rasa ia perkara memalukan untuk diakui melainkan untuk menyedarkan kita semua bahawa masih ada manusia yang berhati kudus pada zaman ini. Cuma mungkin bilangannya sahaja yang tidak ramai.
  Kerana itu, seperti pesan arwah emak MissJay, pilih kawan mesti pandai...jangan hanya harap orang baik pada kita, kita juga mesti baik pada orang. Itulah yang MissJay pegang. Lagipun, MissJay sedar, kita tak boleh paksa orang fikir tentang kita macam yang kita nak, cuma kita boleh bertindak dan berkelakuan seperti yang kita mahu mereka tengok kita, dan kemudian fikir seperti apa yang kita fikir.
  MissJay sudah hampir 15 tahun membawa diri, pelbagai ragam manusia MissJay hadapi, sejak usia MissJay 12 tahun lagi. Pertambahan usia tidak akan memberi apa-apa makna kepada kita jika masih seperti pada usia-usia sebelumnya. Kerana itu, MissJay cuba untuk meraih walaupun sketttt je poin untuk umur MissJay pada setiap tahun. Harap-harap poin MissJay okeh tahun ni.
  Ingat, apa juga ujian Tuhan, itu adalah dalam keupayaan kita, melainkan jika kita sengaja beralasan dan tidak mahu berusaha menghadapinya.

Adios.

persahabatan itu indah..

MALAM tadi, MissJay teruja dapat chat dengan dua kawan yang dikenali dalam dua keadaan berbeza. Seorang ketika bergelar pelajar dan seorang lagi, selepas belajar (atau lebih tepat, rakan wartawan). Dan kami membincangkan dua isu berbeza- peribadi dan kerjaya.
  Bersama rakan belajar yang mesra dipanggil Diya, MissJay kagum degan kesungguhannya yang menggalakkan MissJay untuk terus menulis. Walaupun MissJay rasa bersalah kerana terlupa bagaimana kisah perkenalan kami, namun MissJay amat bersyukur kerana antara ramai-ramai yang MissJay kenal ketika di UMS dulu, salah satunya adalah Diya.
  Kami berbeza kursus, tapi itu tidak menghalang persahabatan yang terjalin sehingga kini. Malah, mungkin boleh MissJay katakan yang MissJay rasa speerti lebih rapat dengannya berbanding ketika kami masih belajar. Mungkin kerana dulu, MissJay lebih tertutup kerana tidak mahu mendedahkan keadaan sebenar hidup MissJay yang pada dasarnya telah diketahui teman-taman rapat (dan mungkin Diya juga tahu).
  Chat kami berkisah tentang minat MissJay terhadap penulisan. Manakala Diya sendiri menyatakan dia suka membaca blog. MissJay amat bersyukur, tanpa pembaca, siapalah kami yang suka menulis ini. Terima kasih, Diya.
 Kerana itu, akan ada cerpen dan puisi yang dipos untuk tatapan Diya nanti. Buah tangan dari MissJay untuk orang yang telah membakar semangat MissJay.
  MissJay semakin sedar, sebenarnya kita tidak perlu menunggu seluruh dunia untuk menyorak perjuangan kita barulah mahu berbuat sesuatu sebaliknya, bersyukurlah jika ada seorang yang sanggup berdiri dan melangkah bersama kita dan percayalah pada dia, supaya dia tidak berpaling dan kita tidak kecewa.
  Kata-kata semangat daripada Diya membuka mata MissJay yang semakin malap untuk menyorot wajah dunia penulisan yang makin suram. Suram kerana tidak banyak usaha untuk menghargainya, seperti yang selayaknya 'mereka' laungkan.
  MissJay amat berharap, tuah MissJay termasuk dalam jutaan peruntukan untuk penulis muda yang diumum PM sebelum ni.
  Diya juga mengimbas kisah tentang 'peristiwa baju kebaya'..MissJay jarang dah pakai baju kebaya sekarang tapi kisah baju kebaya buat MissJay rasa macam nak selongkar semula kotak dan tatap balik baju kebaya yang MissJay ada.
   Sungguh, setiap benda yang ada pada kita sebenarnya akan kaitkan kita dengan seseorang dan membuktikan betapa bertuahnya kita. Itupun jika kita mahu sedar dan berfikir tentangnya.
 MissJay juga sempat bersembang dengan Linie yang kini jauh di KL. Dulu kami sama-sama mengharung dunia kewartawanan di KK..kami bercerita tentang kisah peribadi-atau lebih tepat tentang hidup berpasangan.
  Dia bahagia kini, dengan seseorang. Alhamdulillah. MissJay tumpang gembira. Namun, untuk MissJay mengikut jejak langkah dia, mungkin memakan masa kerana MissJay ada misi lebih penting sekembalinya ke negeri tercinta.
  MissJay bukan orang yang bagus dalam membuat beberapa perkara dalam satu masa. Jadi, aturannya: kerja, belajar (dan mungkin) mencari 'separuh' MissJay yang belum ada calonnya.
  Moralnya, sembang kami, walau macam kosong..diselangi 'hihihi' atau 'hehehe' atau 'kehkehkeh'..isinya tetap ada, bergantung kepada tapisan kita sendiri.
  Persahabatan, pada MissJay, adalah amat indah. Bukan kerana apa yang dikongsikan sahaja, tetapi, kewujudannya sendiri punyai maksud yang amat besar kepada diri MissJay. dulu, kini dan selamanya.

Adios.

Andai Itu Takdirnya

Beg yang berisi pakaian itu kusandarkan ke dinding bangunan yang tersergam indah itu. Oh, ini rupanya lapangan terbang yang dibanggakan Malaysia selama ni. Benarlah seperti yang didakwa. Kelihatannya begitu canggih dan mengkagumkan. Aku menarik nafas.
   Tak lama lagi aku akan meninggalkan semenanjung tanah tumpah darahku untuk mengajar ilmu yang takpernah habis nun jauh di negeri di bawah bayu. Debar menaiki pesawat tidak mampu menghilangkan debar hatiku untuk memulakan hidup di tempat baru. Memulakan segala-galanya.
  "Aku tak kisah kalau kau nak sambung belajar. tapi, lepas ni jangan susahkan aku. Aku banyak lagi perkara lain yang nak kena tanggung selain kau," kata ayah seperti menghentak bahuku dengan satu batu yang besar.
   Mak Uda yang tersandar di pintu tersenyum semasa aku balik untuk memberitahu ayah yang aku telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran. Kegembiraan yang kuharapkan nyata menjadi hakikat pahit yang ku terima.
   Rupanya, ketiadaanku selama dua bulan di rumah telah memberi peluang kepada ibu tiriku untuk mengubah ayah. Aku sudah terdengar desas-desus ini daripada adik-adik. Mak Uda kononnya mengusahakan sesuatu untukku. Dan kini aku makin pasti dengan desas-desus itu. Mak Uda sebenarnya mengusahakan jodohku.  
   Dan lelaki yang menjadi pilihan hatinya bukanlah orang lain, anak kepada sepupunya yang tidak aku ketahui apakah kerjanya.
  "Membazir saja belajar tinggi-tinggi. Kalau tak menganggur, di ceruk dapur juga tempat kau," Terlahir juga suara Mak Uda yang langsung tidak ingin aku dengarinya.
   Sejak dia menjadi ibu tiri kami sepuluh tahun lalu, tidak pernah ada satu pun yang dia setuju jika aku yang memilih. Malah, setiap cadanganku pada ayah, dia yang akan meracuni fikiran ayah sehingga kadang kala keputusan yang sudah berminggu berpihak padaku, berubah di saat-saat akhir.
   Apa yang menghairankan, layanannya padaku tidak pula seperti layanannya pada adik-adikku. Aku selalu tertanya-tanya, kenapa aku yang selalu menjadi mangsa. Dan akhirnya segalanya terbongkar bila aku terdengar bicara Mak Uda dengan sepupunya.
  "Anak luar nikah tak perlu dibagi muka. Kalau tak, kita seperti menyokong maksiat, menyokong zina," jelas suara Mak Uda menampar telingaku.
  "Eh, siapa pula anak luar nikah?" tanya Mak Cik Ramlah.
   "Siapa lagi. Itu yang paling besar tu." mulutnya muncung ke arah bilikku tanpa menyedari aku yang berdiri di balik pintu sambil menatang dulang air.
   Jantungku tersentak. Kalau selama ini aku tidak mengambil kisah tantang semua yang kudengar, kali ini kurasakan ianya agak melampau. Kenapa dia sesuka hati menuduhku anak luar nikah? Siapa dia untuk  menuduhku yang bukan-bukan.
  "Mana kau tahu ni Uda? Jangan buat cerita pulak" Suara Mak Cik Ramlah yang begitu meninggi seperti merenyuk hatiku.
  "Semua orang dalam kampung dah tahu. Dia lahir masa Abang Johar jadi buruh kat Singapura nun. Masa Abang Johar kerja kat sana." Nafasku mula turun naik. Itukah saja bukti mereka? Itukah sahaja ayng membolehkan mereka menuduh aku macam-macam? Namun, yang lebih pedih, arwah ibu yang diumpat semakin membakar amarahku.
  "Mak saya lahirkan saya masa ayah tak ada. Tapi masa mak saya mengandungkan saya, ayah masih ada kat sini," kataku, membela diri.
  "Tapi kau tak ada surat beranak kan? Kau baru buat kad pengenalan kan? Jadi apa maknanya?" Lantang suara Mak Uda memecah gegendang telingaku. Ikutkan hati, mahu saja ku tampar mulut tua yang tak habis-habis membawa cerita tentang keluarga kami. Padahal dia sendiri telah menjadi sebahagian dari keluarga yang diumpatnya ini.
  "Mak Uda susah kenapa? Saya tak minta pun Mak Uda jadi saksi apa-apa. Mak Uda tak rugi apa-apa pun," aku tahu kata-kataku agak kurang ajar tetapi maruah aku dan aemak harus aku pertahankan.
  "Tak rugi apa! Orang kata aku jaga anak haram. Nasib baik anak sepupu aku nak kahwin dengan kamu. Kalau tak jangan harap kamu jadi bini mana-mana jantan lepas ni. Tak pun kamu jadi sundal," bergegar bumi kurasakan saat mendengar kata-kata Mak Uda. Walau hatiku menggila mahu menjawab katanya, akalku masih lagi menimbang untuk membuat pertimbangan waras. Sudahlah aku dituduh begitu, jangan lagi tuduhan itu bertambah dengan yang baru. Langkah ku atur keras menuju ke bilik. Niat untuk menghidang air terbantut. Kalau sudah begini, berbuat baik hanya menyakitkan hati.
  "Tengoklah...Biadap semacam. Orang cakap, melawan," walau pintu bilik sudah tertutup, keras suara Mak Uda tetap juga memecah suasana.


Hidup Baru

Aku kembali tersedar bila bahuku dicuit. Rakan sekolah yang menerima tawaran daripada universiti yang sama meluruskan jari telunjuk ke arah papan digital yang menunjukkan senarai pesawat yang akan berlepas. Aku melihatnya dipeluk ibu dan ayah yang dari tadi tidak habis-habis memberikan pesanan-pesanan kepadanya yang bakal bergelar perantau seperti diriku. Ada cemburu di sudut hati. Sebak juga tiba-tiba kunjung walau hati dari tadi menahan mata yang semakin pijar menakung air hangat itu.
'Selamat tinggal Semenanjung. Doakan aku akan pulang dengan selamat suatu hari nanti,' bisik hatiku tatkala pesawat mula menerjah membelah awan.
Perjalanan selama dua jam tiga puluh minit ku isi dengan renungan ke luar jendela. Seketika tadi, aku berbual dengan wanita di sebelahku. Dia juga yang mengajarku bagaimana mahu memasang tali pinggang keselamatan. Terasa diri begitu kerdil dalam arus teknologi ini.
   Bagaimanapun, kembara ku ke tanah bertuah ini adalah demi cintaku kepada bidang penulisan, kepada cita-cita yang telah ku luahkan kepada arwah emak.
Tersedar dari lamunan, aku tersenyum sendiri apabila memikirkan kata-kata temanku, Syifa siang tadi. Syifa, teman yang kukenali ketika aku menjejakkan kaki ke Bumi Di Bawah Bayu ini benar-benar membuatku berfikir panjang. Benarkah aku begitu sukar didekati?
  "Ingat sikit. Sekarang sudah 23,esok lusa 24. Bila lagi nak cari teman?" Soalnya sambil tangannya ligat menyuap ayam KFC ke mulut. Aku hanya mengukir senyum tanpa memandangnya.
  "Tak sempat," jawabku ringkas. Ah, Syifa!Dia bukan tidak mengerti. namun dia memang sengaja mahu menguji lautan kesabaranku menjalani hidup yang agak berbeza berbanding teman-teman lain.
  "Tak sempat ke memilih?" Aduh! Pedih juga kata-katanya. Namun aku masih mampu bertahan. tambahan pula, sepertinya ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan soalan begini. Kerap berdepan dengan soalan ini membuatkan aku sentiasa bersedia dengan jawapanku yang aku pasti, ramai yang tidak dapat menerimanya.
  "Kau pun tahu apa yang aku cari kan?" ucapku membuatkan mulut yang rancak mengunyah terhenti seketika. Syifa diam. mugkin cuba mengingat kembali apa yang pernah aku katakan padanya dulu.
Ini bukan kali pertama soalan itu terlahir dari ulas bibirnya dan soalan itu akan terus berlegar antara kami selagi aku masih bergelar 'single'.
  "Kau memang orang yang complicated!" Katanya memecah hening taman. Aku kembali tersenyum. Sukar? Benarkah? Serasa diriku, aku bukanlah sesukar mana. Aku mengakui, aku wanita yang menyusun baju mengikut warna, menyusun barangan mengikut saiz. Adakah itu sukar?
  "Atau aku tunggu putera dari kayangan?" sambung Syifa lagi. Aku merenungnya.
  "Kau ada calon untuk aku?" soalannya ku balas dengan soalan. Syifa terdiam. Aku mengerti. Antara kami berlima, aku, Syifa, Julia, Zalina dan Ayu, aku yang masih belum berpunya. Namun itu tidak menjadi masalah bagiku. Masih banyak perkara yang perlu aku fikirkan selain menjerat diri dalam perangkap komitmen dengan mana-mana lelaki.
  "Kau kenal sesiapa yang bercermin mata, tak merokok dan minat bersukan? kalau ada, kenalkanlah dengan aku," Aku menanti reaksi Syifa. Dia seperti termenung panjang.
  "Khairul!" Pantas nama itu terkeluar dari bibirnya. Khairul? Bekas rakan sekelas kami? Tidak mungkin. Lelaki itu sudah aku lupakan sejak aku tahu dia menyukai Julia dan kini, walau Khairul dan Julia sudah tiada apa-apa hubungan, aku tak akan menjejakinya.
  "Atau kau masih menanti Amri?" Aku menelan liur. kenapa nama itu juga yang disebut? Kenapa nama yang semakin aku terlupa itu kembali mengisi laman diari bicara kami hari ini.
  "errr...aku salah cakap ke?" Wajah serba salah Syifa membuat aku tersedar.
  "Tidaklah..It's ok. Entahlah Syifa...." Dan kami terus terdiam. Barangkali tahu dirinya telah tersilap lidah, Syifa juga terus mendiamkan diri. Maafkan aku teman.

Cinta Pertama

21 Januari, Berakhirnya kisah cinta pertamaku dengan insan bernama Amri. Seingatku, sejak dari tarikh keramat itu, hampir lima kali aku merayunya supaya tidak memutuskan hubungan. Namun, katanya aku bakal menggapai awan, dan dirinya hanyalah rumput di bumi yang akan dipijak-pijak.
  "Saya tak kisahpun kalau awak tak dapat masuk U." Jelasku cuba meyakinkannya.
  "Tapi saya kisah sebab awak akan masuk U" Aku terkedu. hanya itu alasan yang memutuskan hubungan kami selama dua tahun itu. Amri memberiku pilihan, samada menyambung pelajaran atau membina hidup bersamanya.
  "Awak pilihlah, awak nak stay kat sini dan hidup dengan saya atau awak nak sambung belajar dan kita habis setakat ni?"Aku menelan liur. Ternyata Amri memberi pilihan yang sukar untukku. Hati remajaku membara memujuk diri memilih cinta. Namun, akal yang waras mengingatkan aku akan esan arwah emak yang memintaku mengejar ilmu setinggi mungkin.Dan hasilnya aku di sini sekarang. Di Negeri Di Bawah Bayu ini.  Menjadi salah seorang penuntut universiti tercantik di Asia Tenggara ini. namun,sepertimana kata semua orang, cinta pertama akan dikenang selamanya.
  "Amri..walau saya rasa ini sebab yang paling bodoh untuk awak buang saya, saya terima. Kita habis setakat ni," Ucapku perlahan. Hati yang kasih memaksaku membuang ego menagihnya kembali. Namu percubaan sebanyak lima kali itu ternyata sia-sia.
Dan kini, tiga tahun aku mencuba, masih juga hatinya belum berganjak dari mempertahankan ego lelakinya yang tidak mahu mempunyai teman yang lebih terpelajar darinya.
  "Memang tak boleh?" Tanyaku pada Amri.
  "Ya. Memang tak boleh!" Dan itulah jawapannya yang ku dapat dalam tempoh tiga tahun ini. Pada teman-teman, ku katakan aku punyai syarat untuk mencari teman istimewa tetapi tanpa mereka sedar, aku sebenarnya sudah kecewa dengan cinta pertama.

Wasiat

Saat emak menghadap Ilahi, dunia ku rasakan kelam. Hanya teman-teman terutamanya Syifa, Julia, Zalina dan Ayu yang menjadi nadi kekuatanku. Dan dahulu, ketika ada Amri, dia juga menjadi obor semangat hidupku. Setahun selepas ketiadaan emak,ayah mengmbil keputusan berkahwin lagi dan demi adik-adik, aku tidak membantah. Namun, pilihan tak selalunya tepat. Ku fikir, beban akan semakin berkurang, namun emosiku pula yang semakin terganggu.
   Mak Uda yang dulu begitu ramah denganku ketika kali pertama bertemu dulu begitu berbeza kini. Sikapya semakin menjadi-jadi setelah aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sini. Langkahku ke universiti langsung tidak diizin ayah. Ayah memang begitu. Dia tidak menyukaiku sejak aku masih masih dalam kandungan emak. Apatahlagi setelah berkahwin dengan Mak Uda, Ayah semakin tidak mempedulikanku.
  "Kau bukan anak dia. Sebab tu kau tak dilayan" Kata Mak Uda sambil menjelingku. Aku menarik nafas. Aku sudah muak dengan cerita itu. Cerita yang aku kononnya bukan anak ayah. Cerita kononnya emak mengandungkanku sewaktu ayah berkerja di tempat lain. Barangkali ayah lupa yang setiap bulan dia akan pulang ke rumah. Barangkali dia juga lupa yang emak pada waktu itu mengandungkan benih cinta mereka.
  "Mana Mak Uda dapat cerita ni?" Aku meneguk air tanpa menoleh ke arahnya.
  "Satu kampung tahu cerita ni. Macam mana pula aku boleh tak tahu" Ah, Mak Uda! Sejak dulu memang dia tidak sukakanku. Selain diusik dengan statusku itu, dia juga sebenarnya ada agenda lain yang sangat aku mengerti. Kelmarin, aku terdengan bicaranya sama ayah. Katanya, jika aku ke universiti, akan menelan belanja yang bagus. Jadi, Mak Uda mencadangkan supaya aku dinikahkan sahaja dengan anak sepupunya. Aku tergamam. Mak Uda sendiri tidak kukenali sehabisnya, aku pula yang mahu dijodohkan dengan anak sepupunya. Pada ayah aku suarakan kata hati. Aku tetap akan ke universiti walau apa kata ayah atau Mak Uda.
   "Aku tak pula nak menghalang. Cuma satu aku nak ingatkan,jangan sesekali menyusahkan aku nanti!" Aku tekesima. Sampai hati ayah termakan kata-kata Mak Uda. Padahal, aku pasti ayah dapat mengesan yang Mak Uda memang mahu membolot duit ayah. Barangkali ini adalah kesan gula, beras dan serbuk kopi yang disimpan dalam bungkusan kuning dalam almari Mak Uda. Bungkusan kuning yang pernah ku tukar isinya.
  "Aku suruh kahwin, taknak! Sekarang, pandai-pandai la kau urus hidup" aku mengertap bibir. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku melumat-lumat mulut tua itu. Namun, akal waras menyedarkan aku. Aku bakal meninggalkan adik-adikku dengannya, jadi aku harus bersabar. walau tanpa keizinan, aku tetap menghayun langkah panjang meredah Laut China Selatan demi masa depan adik-adik dan wasiat ibu.

Kepulangan
Panggilan dari ayah tadi benar-benar menggembirakanku. Katanya dia akan menungguku di lapangan terbang esok. Sejak ayah dan Mak Uda bercerai, ayah seperti terbangun dari mimpi. Katanya, dia tiba-tiba seperti terlepas dari satu rantai yang menyekat kerongkongnya untuk berbicara selama ini.
"Nanti ayah tunggu di airport. Jaga diri baik-baik!" Mendengar suara ayah sudah cukup menggembirakanku. Apatahlagi dalam tempoh tiga tahun berada di perantauan, hanya sekali aku pulang ke rumah. Itupun hanya sehari. Semuanya kerana Mak Uda. Namun, gembiraku melonjak-lonjak bila ayah memberitahu yang dia akan menyambut kepulanganku.
"terima kasih ayah. Meen minta maaf kalau Meen susahkan ayah selama ni"
"Ayah pun mohon maaf dari Meen. Ayah tahu Meen anak yang baik. Satu perkara Meen kena tahu, Meen memang anak ayah.Maafkan ayah ." sebak ayah di telefon mengundang tangisku. Benarlah kata orang, air dicincang tidak akan putus. Apatahlagi darah yang mengalir dalam tubuhku adalah darahnya.
"Meen yang kena minta maaf, minta ampun dengan ayah. Meen yang banyak buat ayah susah dari kecil sampai sekarang" Air jernih itu tidak mampu lagi ku takung. Mengalir ia membasahi pipi yang agak cengkung.  
   Mungkin tidurku sehari dua ini tidak cukup kerana terlalu excited dengan peperiksaan tahun akhirku. Selepas meletak telefon, aku merenung jam. Ada beberapa jam lagi sebelum aku bertemu ayah. Selepas tiga tahun, aku akan bertemu ayah yang selama ini ku harap mampu berbangga dengan kejayaanku.
   Ayah yang selama ini ku harap mampu mengangkat muka bila mendengar cerita tentang anak orang lain yang belajar di U. Dalam asyik menghitung sisa-sisa masa yang masih tinggal sebelum berlepas, aku tertidur.
   Aku dikejutkan oleh panggilan terakhir pesawat untuk ke Kuala Lumpur. Mata yang mengantuk dan otak yang letih membuatku separuh sedar. Aku akan pastikan aku akan menggukan peluang di dalam pesawt nanti untuk melunaskan hutang tidurku. Tanpa kusedari masa berlalu begitu pantas dan pesawat akhirnya mendarat di lapangan terbang LCCT. Bagasi besar itu kutarik. Mata yang masih kuyu mencari kelbat orang yang diharap-harapkan. Nun diseberang jalan,dapat ku lihat kelibat ayah yang memakai baju kemeja ungu yang ku hadiahkan kepadanya setahun lalu. Masih baru.
 "Ayah!"Tanpa mempedulikan orang ramai yang masih menunggu teksi, aku menarik beg untuk melintas jalan. tanpa ku sedari, roda kecil bagasi itu tertanggal dan bagasiku tersangkut di besi keselamatan di tepi lantai koridor. Aku terjatuh dan tanpa sedar, terasa badanku seperti dirempuh sesuatu. Mataku berpinar dan hanya suara ayah memanggil namaku menjadi bunyi terakhir yang ku dengar.Maafkan Meen, ayah. Terpaksa susahkan ayah lagi. Harap ayah bangga dengan ijazah yang Meen usahakan. Meen akan sampaikan salam ayah pada emak. Buat adik-adik, jagalah ayah dengan baik, dan jangan lupa sembahyang. Belajar rajin-rajin. Kakak dah cuba yang terbaik dan sekarang giliran adik-adikku yang tersayang pula.

(terima kasih buat Kawaii Diya..i rasa semangat gila dah sekarang)