Sunday, February 5, 2012

bila harus memilih

SEDANG bersiap-siap nak tidur, mata pulak tak terlepas dari 12 kotak barang2 yang ada kat penjuru bilik..barang-barang yang nak dihantar balik, sebelum tuannya pula yang berangkat pulang.
  Perasaan bercampur aduk: sedih, bangga dan teruja. Sedih sebab kena tinggalkan Sabah yang merupakan cinta pertama MissJay, bangga kerana kepulangan MissJay nanti adalah untuk berbakti kepada abah dan teruja kerana InsyaAllah, MissJay akan bekerja di tempat baru yang masih MissJay usahakan.
  Tiada perkataan kesal dalam hidup MissJay kerana MissJay sedar, redha adalah ubat terbaik untuk segalanya. Terima dan berusaha menjadikannya sesuatu yang baik untuk diri dan mengurangkan impak negatif kepada orang di sekitar MissJay.
  Sungguh, MissJay mengerti jika ada insan di sekeliling MissJay yang berkongsi keluhan yang diunagkap dengan kata 'sayangnya'..tetapi, fahamilah, MissJay tidak pernah ingin mengeluh dengan keputusan ini.
  MissJay dapat masuk universiti, belajar dalam jurusan yang MissJay suka dan dapat kerja sebelum menerima segulung ijazah yang diidamkan...semuanya berlaku dengan lancar dan MissJay yakin dengan qada dan qadar Allah swt.
  Janji Allah swt, tiada ujian yang diberi di luar keupayaan manusia dan kalau MissJay berjaya lepasi 'waktu sukar' ini, maksudnya ujian ini adalah dalam keupayaan MissJay.
  MissJay tidak mahu tamak, terlalu mengejar apa yang MissJay mahu hingga melupakan tanggungjawab MissJay yang ketika ini belum MissJay penuhi dengan baik. Tambahan pula, MissJay bukan orang yang begitu sempurna untuk melaksanakan tanggungjawab secara jarak jauh.
  MissJay fikir, lebih baik kalau MissJay jalankan tanggungjawab dengan berada dekat dengan abah MissJay. Lagipun, bukan kelmarin MissJay tinggalkan kampung halaman, sudah lebih sepuluh tahun dan MissJay rasa, dalam tempoh itu, bekal di dada barangkali sudah cukup untuk MissJay membina hidup baru di kampung nanti.
  MissJay harap sangat semua orang akan doakan dan berikan MissJay semangat.
  Lagipun, ini bukan keputusan semalaman. Sudah setahun MissJay pertimbangkan perkara ini. Muktamadnya, tak jauh seluang melaut dan bangau akan kembali ke belakang kerbau jua....
  Bagi MissJay, bila harus memilih, pilihlah yang kurang memberi sakit, kerana tiada keputusan yang tidak akan memberi sakit bagi insan yang ada tanggungjawab terutamanya bila banyak hati yang perlu dijaga.

Adios.

No comments:

Post a Comment