Sunday, February 26, 2012

jangan salah merayu...

LAMA Missjay tidak singgah di laman ini. Rindu yang menggunung tidak mampu dibendung lagi sehingga malam ini, buat kesekian kali, MissJay berteman semula dengan kopi. Nampaknya MissJay bakal 'mabuk' lagi. Mabuk dengan dunia penulisan yang wujud dalam definisi MissJay sendiri.
  MissJay tidak sanggup mengenepikan rayuan hati terhadap kudrat fizikal yang masih penat kerana kurang tidur. Ya, kurang tidur kerana majlis yang memerlukan MissJay datang awal tetapi tidak dinyatakan secara spesifik di manakah lokasinya..Excuse me..dont expect me know setiap tempat di sini because im not 'pure'. (terEMO jap..kesan kurang tidur agaknya)
  Rayuan ini, mengingatkan MissJay kepada desakan-desakan yang kadangkala walau hanya pada diri sendiri, tetap tidak mampu terlaksanakan. Meletakkan keinginan melebihi keupayaan, kadangkala boleh menjadi suntikan semangat tetapi boleh juga menjadi pelebur keazaman.
   MissJay terfikir. Dalam dunia ni, adakah manusia yang tidak pernah merayu? Waima pemimpin pun merayu undi, kita rakyat jelata mustahil lah tidak pandai merayu. Malah, merayu mungkin sudah menjadi sebahagian kehidupan.
  Cuma, kadagkala kita salah merayu. Merayu pada sesuatu yang tidak mungkin kita dapat, merayu pada orang yang tak mungkin 'beri muka' atau merayu pada insan yang tidak pernah memandang. Kalau begitu, salahkah merayu?
  Merayu boleh. Untuk membela diri, membuktikan diri tidak bersalah dan sebagai alternatif untuk meraih perhatian seseorang (dalam erti kata lain adalah simpati orang). Cuma, tidak boleh diamalkan selalu..kelak membinasa diri.
  Sayangnya, ada orang yang salah guna merayu. Merayu diberi peluang tapi disiakan. Merayu disayang tapi dilupakan. Merayu untuk kepentingan diri.
   Teringat seorang kawan, merayu meminta sokongan, sudah kukuh berada di depan sayangnya tidak lagi menoleh ke belakang.
  Adakah manusia yang tidak pernah tamak bila merayu dan dirayu? Adakah manusia ikhlas merayu? Tidak hanya sesama manusia, tetapi juga dengan PENCIPTA..
  Bila merayu..merayu lah dengan ikhlas..kerana merayu bukan setakat kata-kata manis tetapi adalah janji, untuk memberi yang terbaik..sama ada sebagai yang merayu, ataupun yang dirayu...

Adios.

No comments:

Post a Comment