Sunday, January 29, 2012

maka menarilah singa itu...


SEPANJANG MissJay menyaksikan tarian singa, tidak pernah pula MissJay menghayati maksud di sebalik tarian dan tidak pernah pula MissJay berniat nak mengorek kisah di sebalik setiap tarian tu.
   Cuma kelmarin, MissJay berkesempatan 'menikmati' tarian singa yang memang MissJay minat gila bunyi gendang dia, bersemangat pula kalau dengan bunyi gendangnya tu.
  Alkisahnya, time MissJay bersiap sedia untuk ambik gambar singa tu menari, beberapa ahli pasukan masih lagi mengatur palang besi yang akan jadi pentas persembahan mereka nanti. Alah, yang ceracak-ceracak tu, yang hujung dia ada tempat untuk pijak sebesar pinggan tu.
  MissJay tengok beberapa orang sibuk mengatur tempat untuk para 'pemuzik', beberapa lagi duduk atas petak besi untuk halang 'pentas' mereka bergerak. Begitulah persembahan tarian singa, bukan hanya singa sahaja.
  Ada pemuzik, ada tukang tahan pentas, ada juga penari sokongan sama ada untuk singa atau unikorn yang kadangkala muncul, atau sebaliknya.

  Tukang bagi arahan merangkap kareografer pula cuba berkreatif dengan step baru tapi masih mengambikira keupayaan penari mereka.
  Bagi singa, kalau ekornya terpenggal, cacatlah persembahan. Begitulah juga kalau kepala dia tak dapat sokongan bahagian belakang, mana dapat dia lompat-lompat untuk 'mengindahkan' persembahan.
  Kumpulan pemuzik pula, ada gong, ada benda yang macam piring besi tu, ada gendang, baru sempurna iramanya.
  Penari sokongan pula bukan duduk sesaja taapi sentiasa peka kalau ada kecemasan, macam juga tukang tahan pentas yang kena sentiasa alert ngan penari singa tu.
  MissJay fikir, setiap organisasi sebenarnya perlu mencontohi tarian singa.
  Tidak sempurna tarian tanpa muzik dan kalau muzik sahaja pun, tiada guna juga. Kalau ada penari tapi tiada pentas, mungkin boleh tapi dapatkah memenuhi ekspektasi orang ramai dengan tarian biasa-biasa di tanah je?
 Kerana itu, kerjasama, pihak atas, orang bawah, asal ada kaitan dengan prestasi sesebuah organisasi, tidak patut dilupakan.Semua orang harus dan boleh beri pendapat. Idea adalah sesuatu yang subjektif. Kepentingan dan makna sesuatu idea bergantung kepada orang yang menilainya.
  Hmm..jauh juga lamunan MissJay pasal tarian singa kali ni. Takpe-takpe, MissJay memang dan tetap suka tarian singa.
  Cuma sayangnya, sekarang rata-rata penari tarian singa bukanlah dari orang Cina sendiri. Sepertimana kurangnya orang Melayu menguasai bahasa Melayu dengan baik.Sayangnya...

Adios.

Friday, January 27, 2012

CNY di Kota Kinabalu

Ini kali pertama Missjay beranikan diri bergambor ngan mende nih..dolu-dolu malu..skang dah tak kesah dah..dah macam kampung sendiri.
  Banyak sungguh tanglung DBKK pasang, dan bukannya di Lintasan Deasoka saja. Jalan Gaya, Segama, Jalan Pantai,sume ada.
  MissJay rasa, tak payah lagi lah nak malu-malu pasal mende ni bukan selalu berlaku. Jadi, kalau kita nampak jakun pun, tak kisah pun.Orang faham..(konon lah).
 
Adios.

kemeriahan yang bakal ku rindu...

ENTRI kali ni MissJay nak kongsikan beberapa keping gambar sempena Karnival tahun Baharu Cina kat Padang Merdeka, KK pada 14 Jan lepas.
  Sungguh MissJay tak dapat nafikan yang MissJay teruja giler dapat tengok tarian singa, naga dan unikorn ni depan mata ala-ala nak tersentuh hidung MissJay (gambaran dekatnya MissJay dengan mende alah ni).
  Hari tu, memang ramai datang ke padang, meriah. Bukan Cina saja, kaum lain pun ada juga..malaslah nak tulis satu persatu.
  Pada pendapat MissJay, inilah keunikan Sabah...Mungkin ada juga di negeri lain cuma tidaklah semeriah ini rasanya..termasuk negeri MissJay sendiri.
  Pada MissJay, tidak susah sebenarnya mahu hidup aman damai dalam masyarakat majmuk asalkan kita saling menghormati satu sama lain.
  MissJay pun tak pernah terfikir yang kalau MissJay pi tengok tarian Singa, MissJay kena jadi orang Cina dulu..atau kalau nak tengok Pesta Cahaya, kena jadi India pula.. tidak!

punyalah kiut!
MissJay hairan. Kalau naga singa dan unikorn boleh je 'main-main' atas satu padang, kenapa pula kita nak bersengketa satu sama lain. Tolak pendirian politik, peganglah pada agama yang menuntut silaturahim yang baik sesama manusia.
  Ada juga kawan yang mempersoal kenapa MissJay seperti bebas bergaul dengan semua bangsa. Pada MissJay, perkara bukanlah satu masalah. Lagipun, berkawan dengan sesiapa tidak akan menukar agama MissJay atau darah Melayu yang ada dalam diri MissJay.


ensemboi betul ni budaq!
Apa yang MissJay perasan, generasi sekarang harus ditekankan dengan budaya hidup bermasyarakat.
  MissJay nampak, halangan besar dari aspek teknologi telah mengasingkan anak-anak ketika ini dari realiti kerana semuanya secara online, budak-budak sekarang tidak begitu bijak bergaul dan kerana itu, terjadinya kecanggungan sosial hingga menimbulkan salah faham sesama kita.
  MissJay rasa, masih belum terlambat. Hanya perlu lebih komited sahaja untuk laksanakan tanggungjawab tu..

Bersamalah kita mencipta Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Adios.

kinabalu shell press awards datang lagi..

SEBENARNYA, berbanding citer MissJay menang atau kalah, MissJay lebih suka citer tentang kemeriahan setiap kali datangnya anugerah ni.
  Time ni, bukan je cari artikel saat akhir, cuci gambar, print borang..semua dibuat dalam dua atau tiga hari sebelum tarikh tutup. Biasalah...
  Memandangkan 2012 adalah tahun akhir MissJay akan join anugerah ni, jadi tahun ni MissJay ada hantar lebih sket lah..walaupun MissJay tau, bukan bagus pun tulisan MissJay tu..saje nak meriahkan suasana.
  Ada gak yang cakap MissJay cam melebih-lebih je..semualah nak dihantar..Hmm..tak kisah pun..bukan minta duit dari dorang kan untuk print itu ini.betul tak?
  Kemenangan itu adalah bonus, kemeriahan penyertaan adalah nilai sebenar. dont be too greedy, ye idok?
  MissJay tidak mengharap lebih. Cuma, kalau ada sangkut, Alhamdulillah. Kalau tiada, mungkin bukan kali ni...mungkin rezeki MissJay ada di terengganu pula.
  Kemeriahannya yang MissJay amat nantikan. Kemeriahan keluarga besar tanpa mengira dari organisasi mana..kemeriahan yang pasti akan MissJay rindu nanti.
  Gambar tahun lalu. Merit (1),,tahun 2010 pun dapat merit (2)...Moga tahun 2012 membawa rezeki melimpah ruah untuk kita semua.Amin.

Adios.

sedapkan hidangan budu/sos bilis

ADA orang yang lebih suka masak budu ni dulu..boleh juga. bergantung kepada naluri dan keinginan semasa macam mana korang nak santap mende nih.
  Kalau budu yang dimasak dipanggil budu tumis. senang je nak sediakan. panaskan minyak, masukkan bawang merah yang dihiris halus, masukkan cili giling/boh sket,pastu budu, air dan serai.
   Ada juga yang suka bagi manis sket. Kalau nak manis yang 'lawa', gunalah gula melaka..
gambor limau nipis kalau ada yang tak kenal.. :-)
  Hidangan cara biasa pula lagilah senang. Mayang bawang merah, cili padi, masukkan bersama budu dalam piring atau mangkuk kecik pastu, perah limau nipis sket..limau kasturi pun buleh cuma limau nipis ada rasa yag lebih garang..bau pun wangi wooo..
  Macam chef dah MissJay dalam entri kali ni...papepun, sesape yang dah bosan cicah budu kosong, bolehlah cuba cara MissJay..lets experiment together, okayyyy...

Adios.

budu ke sos bilis?


Budu ke sos ikan?
Sebenarnya, dua-dua tu nama memang nama mende nih. Terserah kepada gerangan orang yang menyebutnya sahaja.
Selama MissJay ada kat Sabah ni yang dah dekat tujuh tahun, baru Disember 2011 lepas MissJay tahu yang mende alah yang lebih dikenali sebagai 'spirulina klate' ni ada di Giant. Aduduh..punyalah..
MissJay bukan suka mende ni, tapi dah tahap obses..itu suatu masa dulu...sekarang dah okayyyy sket...
Neway, kepada sesape yang berjauhan dari family and rindu kat 'hometown', boleh lah merayau-rayau di Giant pasni...takde duit nak beli, pi cium bau pun ok gak.
Tapi, takkan takde singgit dua nak beli mende ni, kan?kan?
I love budu!

Adios.

naga dan MissJay


Tak semestinya lahir tahun naga untuk jadi berani macam naga,
Tak semestinya ada bopren penari tarian naga untuk bergambar ngan naga,
Tak semestinya hanya naga boleh berada di padang tarian naga,
Tapi, mungkin inilah yang pertama dan terakhir,
   naga, singa, unicorn...i'll miss ur dance!

Adios.

how to let it go?


HMMM..ada orang cakap, nak kenal sehari pun dah boleh, nak lupa..seumur hidup belumtentu boleh lupa. tapi walau berhabis suka kat orang pun, takleh menidakkan qada dan qadar Allah swt...
  Ingat macam ni je..kalau betul kita nak dia hidup gembira dan kita sendiri nak teruskan hidup ngan hepi cam dia, redha dan ikhlas lah dengan perpisahan yang berlaku.. walau sangat-sangat susah dan kadangkala hampir-hampir mustahil.
  Percayalah..redha memberikan sakit yang kurang siiiiiikit berbanding melawan dan 'sulking' dengan apa yang berlaku...

Adios.

mengembara cinta, merantau kehidupan

LANGIT tak selamanya cerah, kata orang. Betullah tu. MissJay pun setuju. Cumanya, bagi MissJay, langit hidup MissJay lebih banyak cerah berbanding kelam skang ni.
  Pasal apa eik? Mungkin kerana seiring peningkatan usia, cara penerimaan terhadap something pun dan rasional and matang sket. Lagipun, MissJay bukan setahun dua hidup bersusah payah.
  Sejak mak MissJay meninggal, MissJay tidak pernah merasai apa itu keluarga. After abah kahwin yang dah masuk tahun ke-14, MissJay rasa tak sampai tiga bulan MissJay ada kat umah. Well, MissJay kan hidup dalam kisah bawang putih, bawang merah moden.
  Ada gak yang tanya MissJay, MissJay tak rasa malu ke 'menjaja' kisah family yang bukan sedap sangat  didengar tu kat orang ramai? Ala, ramai mana pun yang tahu sebenarnya. Dan paling penting niat MissJay bukan nak tunjuk 'act' pasal takde apa yang best pun untuk ditunjuk. (MissJay pun faham istilah 'buka pekung di dada).
  MissJay cuma harap, kesusahan MissJay suatu ketika dahulu, yang MissJay lalui ngan sepenuh hati hingga MissJay berjaya capai kedudukan MissJay sekarang, akan memberi inspirasi kepada mereka yang lain.
  Kalau boleh, MissJay nak semua orang sedar bahawa Allah SWT tidak memberikan ujian di luar kemampuan hambaNya. Dan sebagai manusia, menjadi tanggungjawab kita untuk melalui setiap ujian dengan ikhlas dan redha.
  MissJay tidak pernah menyesal denganapa yang berlaku, malah bersyukur kerana setiap satunya menjadikan MissJay manusia yang lebih baik. Cuma, mungkin ada bahagian penting yang berlaku tapi MissJay terlepas pandang, lalu terlepas juga peluangnya. Takpe..takpe..InsyaAllah, ada rezeki, next ada la tu.
  Diusir dari rumah sendiri, dihalau dari rumah kawan, membesar dari rumah ke rumah, MissJay tidak rasa ia perkara memalukan untuk diakui melainkan untuk menyedarkan kita semua bahawa masih ada manusia yang berhati kudus pada zaman ini. Cuma mungkin bilangannya sahaja yang tidak ramai.
  Kerana itu, seperti pesan arwah emak MissJay, pilih kawan mesti pandai...jangan hanya harap orang baik pada kita, kita juga mesti baik pada orang. Itulah yang MissJay pegang. Lagipun, MissJay sedar, kita tak boleh paksa orang fikir tentang kita macam yang kita nak, cuma kita boleh bertindak dan berkelakuan seperti yang kita mahu mereka tengok kita, dan kemudian fikir seperti apa yang kita fikir.
  MissJay sudah hampir 15 tahun membawa diri, pelbagai ragam manusia MissJay hadapi, sejak usia MissJay 12 tahun lagi. Pertambahan usia tidak akan memberi apa-apa makna kepada kita jika masih seperti pada usia-usia sebelumnya. Kerana itu, MissJay cuba untuk meraih walaupun sketttt je poin untuk umur MissJay pada setiap tahun. Harap-harap poin MissJay okeh tahun ni.
  Ingat, apa juga ujian Tuhan, itu adalah dalam keupayaan kita, melainkan jika kita sengaja beralasan dan tidak mahu berusaha menghadapinya.

Adios.

errr...annyeong-haseoiyo (?)

KALAU nak dikira, minggu ni dah masuk minggu ketiga MissJay ikut kelas bahasa Korea kat Asia City,KK. Actually, at first, MissJay ingat nak ikut kelas percuma kat Likas Square but teacher tu dah bagi tempat yang MissJay tempah kat orang lain..Salah MissJay juga sebab lambat pi grab peluang daftar.
  Tapi, memandangkan skang nih MissJay dah berjaya ikut kelas bahasa Korea ni, MissJay tetap hepi walau berbayar..ala, bukan manyak pun, RM100 untuk tiga bulan..okayyy la tu.
  MissJay pun tak tau dari mana datang dorongan untuk belajar bahasa ni. Mungkin dari kehenseman hero, kelawaan heroin drama Korea gamaknya. Erm..muzik dorang pun besh..fesyen dorang up-to-date..program tv dorang pun bagus..mungkin itulah kot..
  Kali pertama masuk kelas, berabis cikgu bercerita tentang usul bahasa ni..katanya amat-amat unik dan membanggakan berbanding bahasa lain..kata cikgu, bahasa ni menyeluruh dan hak ekslusif Korea sahaja..
  MissJay tak kisah mana pun pasal hak ekslusif ni memandangkan nak lawan ngan bahasa kita, aduh, punyalah banyak cedok sana sini. Jadi, bagus diam je la..dengar cerita pasal King Sujeong yang cipta abjad dan karakter Korea ni.
  Pada MissJay, bahasa adalah something yang dinamik..hari ni kita jumpa usul dia, hari ni juga ada serpihan bahasa baru yang muncul..bahasa ikan selalu berkembang sesuai kemunculan produk, barangan, gajet dan segala mende alah untuk memudahkan kerja-kerja manusia skang ni.
  Takpe-takpe, tak rugi belajar bahasa orang kan?Walau cikgu tu punya bahasa inggeris ngan melayu yang dia guna..MasyaAllah..
  Neway, harap orang ramai pun akan guna kesempatan kelas bahasa percuma bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah. Banyak laporan pasal kelas percuma ni kuar, cuma terserah kepada orang ramai alert atau tak..okeh????
 Sambung wat homework luhhhh...Berpuluh-puluh lagi belum siap ni... :-]

Adios.

akan tiba masanya...

TAK dapat dinafikan, tiap perkara ada due-nya sendiri..sepertimana tempoh berkhidmat ada usia bersaranya, begitu juga perkara-perkara lain..makanan juga akan 'bangas' kalau dah lama..
  Demi tidak menjadi 'bangas' untuk terus menjadi rakan-rakan mereka, MissJay fikir, berjauhan untuk suatu tempoh adalah salah satu cara terbaik untuk memperbaharui perasaan menghargai seseorang.
  MissJay sudah berada di Sabah selama tujuh tahun dan selama tempoh itu, ada banyak pahit manis tak memang susah giler nak dijelaskan satu-satu...giler tak banyak..tujuh tahun tu..bak kata kawan MissJay, kalau MissJay kawin tujuh tahun lepas, anak MissJay dah masuk darjah satu dah.
  Dulu, MissJay ambil keputusan untuk berjauhan dari terengganu yang dicintai demi memperbarui diri MissJay, 'me'rebranding'kan diri MissJay kepada Jess Jaafar yang lebih membanggakan..tak kiralah bagi keluarga, kawan, masyarakat dan agama.
  Jadi, tahun ni MissJay dah ada keyakinan untuk balik sebagai MissJay yang lebih kuat dan tabah. Bukan lagi MissJay yang kehilangan bonda tercinta pada usia 12 tahun, hampir 15 tahun lalu. MissJay sekarang sudah dewasa, matang dan boleh diharapkan...
  MissJay pernah tinggalkan insan-insan yang MissJay sayang di trengganu untuk membina diri MissJay di Sabah, jadi tiba masanya MissJay tinggalkan insan-insan yang MissJay sayang di Sabah untuk kembali kepada mereka yang MissJay hampir terlupakan.
  Kerana pemergian MissJay dari mereka bukanlah kerana niat untuk melarikan diri, MissJay sudah bersedia untuk pulang..
  MissJay akan cuba yang terbaik. Kerja, parents dan belajar--tiga perkara yang memenuhi ruang otak MissJay sekarang. MissJay bukan seorang yang bagus untuk membina komitmen baru, jadi biarlah setakat tiga itu dulu untuk diberi perhatian.
  Hmm..nak gi tengok website AirAsia dulu..dua tiga minggu ni duk servei harga tiket je memanjang...belinya idok..huhuhu. BTW, i luv Sabah, but i luv trengganu more.. :-)

Adios.

na gaseumi dugeun dugeun... V^__~V

MISSJAY bukanlah pemuja hidup berumahtangga kerana MissJay belum nampak ada lelaki yang sanggup jaga MissJay dan MissJay juga belum jumpa contoh rumahtangga yang ideal untuk dijadikan contoh pada zaman sekarang ni. Kerana itulah fokus MissJay hanya pada kerja (dan sambung belajar).
  Neway, bukan MissJay nak cakap pasal pendirian dan pendapat MissJay tentang nikah kahwin kali ni. MissJay cuma nak kongsikan beberapa 'rakaman kenangan' MissJay dalam gaun pengantin untuk photoshoot percuma dari LifeBridal, Jalan Lintas.
  MissJay suka servis dorang. Selain dari pro habis, memang banyak pilihan gaun. cuma bagi yang muslin, harap dapat sediakan inner la dan paling penting tengok dulu gaun awal-awal untuk tentukan seksi ke tak..sebab MissJay sendiri dah terkena. Nyesal pula tak bawak inner..adus!




Ada perasaan lain siiiiiikit time dah pakai baju camni. Hmm...InsyaAllah, ada jodoh, ada rezeki...merasa jugalah pakai kali kedua...kihkihkih. Ini persalinan pertama. MissJay dapat dua gaun..free tau..sebab MissJay pernah tulis sal dorang sebelum ni..


Bagusnya dorang sebab kalau kita busy nak gi tengok gambar tu lepas edit, dia boleh emel kat kita..hmm..jadi, kalau dah tak sabar betul nak nengok gambar sendiri, minta dorang cepat-cepat edit dan emel untuk dijadikan 'photo-book' seperti dalam pakej yang disediakan.


Sebelum edit, empunya diri kena fikir dulu..nak gambar cantik atau gambar real?sebab cantik tak semestinya real kerana mungkin akan diedit berabis tapi kalau real..confirm la nampak berbeza..nampak 'sebenar' dan lebih bermakna..ye tak?MissJay pun minta dorang kurangkan photoshop..gelap pun takpe..i tainted skin...hihihi.
   Sesapa yang nak ambik gambor kawin pakai gaun cantik-cantik dan terbaru dengan pertama Svaroski bling-bling pun ada..dorang kat sini memang latest punya..pergi je and tanya pakej..kalau berkenan,ambik la..ye idok?


Adios.

Thursday, January 26, 2012

kenapa perlu prasangka?

SELEPAS MissJay umumkan yang MissJay akan balik tahun ni, MissJay mendapat banyak reaksi daripada kawan-kawan. Bagaimanapun, dari awal lagi MissJay tak berharap semua orang akan sedih (kononnya) dengan kepulangan MissJay ke tanah besar Semenanjung.
  MissJay amat berharap kehilangan ini tidak dirasai (atau mungkin diratapi) sesiapa kerana dalam hidup MissJay, MissJay sudah selalu ditinggalkan orang dan bukannya meninggalkan. Jadi MissJay tahu macam mana rasanya kehilangan. Aduh...jiwanglah pulak.
  Dalam banyak-banyak reaksi yang MissJay terima, satu daripadanya amat berbeza daripada biasa. Katanya, MissJay mesti cepat-cepat balik supaya MissJay dapat beri peluang untuk dia pindah ke UB.
  Pada MissJay, semua itu terserah kepada qada dan qadar Allah swt. Kalau dia memang berezeki, tidak perlu MissJay berundur, dia tetap akan diterima. MissJay juga tidak mahu berprasangka terhadapnya atau membuat tanggapan yang dia tidak suka MissJay di bumi di bawah bayu ini.
  Selama merantau yang masuk ke-14 tahun ini, MissJay makin sedar tentang hakikat hidup. Tentang tidak semua orang sukakan kita, dan tidak semua orang bencikan kita. Tetapi, paling penting, bagaimana pandangan MissJay terhadap diri sendiri?
  MissJay fikir, goyahnya silaturahim ketika ini adalah kerana kita terlalu mudah berprasangka. MissJay tidak mahu seperti itu. Kerana itu, berbanding menanam prasangka, MissJay mahu akur saja. Senang cerita, kurang sakit hati sendiri, tidak menyakitkan hati orang lain juga.
  Jadi, kepada semua..MissJay harap anda semua usah cepat menilai orang. Usah cepat berprasangka kerana ketika kita mula mahu berfikir buruk tentang orang, kita sendiri sedang mencipta sisi buruk diri untuk berfikir negatif tentang orang lain. Ingat ye...

Adios.

Thursday, January 19, 2012

syarat bawa diri pada MissJay

ADA kata-kata yang menyebut, bukan mudah (atau lebih tepat memang mustahil) untuk memuaskan hati semua orang.  Dan kerana menyedari klebenaran kata-kata ini,MissJay tidak pernah mencuba untuk menidakkannya. MissJay, dengan rendah hati, bersetuju dengan kata-kata ini.
   Dalam keadaan MissJay sendiri, sebagai seorang perantau di negeri di bawah bayu ini, MissJay sentiasa cuba menjaga batas-batas diri agar tidak menjadi cerminan buruk untuk orang lain dari negeri MissJay. Cuma MissJay amat berharap, semua orang faham yang MIssJay juga adalaha manusia biasa, tidak lepas dari berbuat silap.
   Dalam hidup MissJay, yang mula membawa diri sejak berusia 13 tahun dari sebuah tempat ke tempat yang lain, MIssJay cuba menjadi MissJay yang terbaik dan 'sesuai' untuk semua keadaan yang MissJay masuk.
   MissJay cuba menjadi 'wakil' yang seadanya agar orang lain tidak mempunyai pandangan buruk terhadap orang dari negeri MissJay walaupun MissJay tahu, manakan dapat usaha MissJay yang secebis dapat memberi kesan kepada ribuan penduduk negeri MissJay.
   Cuma, MissJay yakin, sekurang-kurangnya MissJay berusaha dan mereka nampak usaha MissJay untuk itu. MissJay tidak berharap mereka menghargainya melainkan sekadar menyedari usaha MissJay yang kadangkala terpaksa menidakkan keupayaan sendiri untuk menjaga sensitiviti.
   Mungkin ada yang melihat keadaan ini seperti 'penghinaan' peribadi namun bagi MissJay, ada keadaannya yang kita tidak perlulah berusaha untuk 'tampil hebat' jika ia tidak memberi kesan yang baik kepada diri sendiri.
  Bagi MissJay, tidak ada baiknya kita rasa hebat jika keadaan itu hanya akan menjauhkan kita dari masyarakat. Tiada jaminan yang jika kita 'hebat', kita akan dilayan dengan baik atau dihormati seperti yang kita mahu.
Kenangan manis persembahan di Kinabalu Shell Press Award 2010

   Ada juga yang berkata, kenapa perlu fikirkan tentang orang lain dan mengalah sedangkan itu hanya akan memberi sakit kepada diri sendiri. Pada MissJay, daripada sakit berpanjangan kerana tersisih daripada masyarakat, lebih baik sakit sementara kerana terpaksa melupakan sedikit keupayaan diri. Mungkin ia boleh dibuktikan dalam keadaan lain. InsyaAllah, peluang sentiasa ada untuk orang yang menjaga silaturahim.
   Pada MissJay, biarlah orang kata MissJay 'berupa-rupa' lemah atau hidpokrit, kerana apa yang penting, kalau dengan begitu MissJay boleh menjaga perhubungan yang terjalin, MissJay okayyyyy jeeeee....
   MissJay fikir, daripada hilang kawan kerana sendiri rasa hebat, lebih baik MissJay jadi 'orang lemah' yang ramai kawan..huhuhu...lagipun, MissJay memang suka berkawan...

Adios.

Thursday, January 12, 2012

antara percikan bunga api dan keazaman diri

BUNYI agak serius tapi sebenarnya tidak juga. Lagipun perkara ni terserah kepada individu itu sendiri. Kalau MissJay dah tulis perkataan 'bunga api' kat atas tu, mesti korang dah dapat hint sket-sket tentang apa yang MissJay nak tulis kan?Ya..sambutan tahun baharu.
  Actually, MissJay sendiri tertunggu-tunggu malam tahun baru sebab MissJay nak sangat tengok bunga api yang MissJay lebih suka panggil kembang api...
  Seminggu sebelum ambang tahun baru, MissJay dah 'bising-bising' nak keje malam tahun baru, kononya nak tengok bunga api merangkap bagi peluang kat kawan-kawan lain yang ada 'perancangan awal bersama insan istimewa' untuk meraikan tahun baru bersama-sama.
  Jadi, bila malam tahun baru takde sebarang sambutan, MissJay memujuk hati sebab MissJay bukan MissJay sorang je yang keciwa/frust menonggeng malam tu..mesti ratusan atau ribuan lagi warganegara yang dikasih dan bukan warganegara yang menumpang glamer kembang api di negeri ini turut keciwa.
  Bagaimanapun, MissJay terperasan sesuatu selepas berapa ketika melihat bunga api dari tingkap bilik. Perlukah bakar bunga api semata-mata sambut tahun baru? Takde bunga api, tahun baru tak jadi ke?hmmm
  Tatkala ada pihak yang suh MissJay tanya DBKK alasan dorang takmo sambut tahun baru, MissJay tak pula terlintas untuk berbuat demikian. Kalau orang yang mintak MissJay tanya tu bleh fikir sendiri, mesti dia faham tentang istilah membazir, menyumbang kesesakan dan masalah sosial.
  Nape lak MissJay cakap camtu?Ini pendapat peribadi MissJay la..nak setuju ke tak, hak masing-masing. MissJay terangkan tiga yang MissJay cakap je la..yang selebihnya, buleh fikir sendiri kalau nak..
 MEMBAZIR. Ingat bunga api murah ke?Kalau dua tiga puluh ribu guna untuk bunga api..bagus buat majlis makan-makan merangkap rumah terbuka untuk rakyat jelata yang tak cukup makanan tuh..dapat gak pahala. bakor bunga api bukan dapat makan pun, dapat banyak karbon dioksida ade la...ye idok? Lagipun, duit rakyat tu.. kalau peruntukan kerajaan sekalipun, agak-agak dari mana?cukai weiii...
  MENYUMBANG KESESAKAN. Patutnya dah pukul 1 atau 2 pagi, jalan tu lengang lah sket..buleh gak pokok-pokok berehat dari menyedut karbon-karbon yang dilepaskan kenderaan pada siangnya. Dah tu, lewat sampai rumah, pastu lewat tidur..konpom tak bangun subuh kalau muslim..ye idok?
  MASALAH SOSIAL. Kalau malam tahun baru, konon-konon nak kelainan sambutan seiring perubahan zaman, buat mende-mende yang terjangkau dek otak pada hari biasa...yang couple dengan cara couple, kawan-kawan pula lain ceritanya. Kan bagus duk umah, luang masa ngan family..bukan je dapat eratkan kasih sayang, dapat pahala lagi..ye idok?
  Itu belum lagi yang pi buat hajat time tengok bunga api tu memercik di angkaraya..dari mana belajar ntah mende-mende cenggitu..tak ke karut marut namanya tu?
  Jadi, takyah lah sedih-sedih dan mengamalkan konsep 'rumah siap pahat berbunyi' lagi. Tahun baru tetap tahun baru kalau takde bunga api pun..yang penting diri sendiri..
  Ada bunga api ratus-ratus ribu pun, kalo yang melihat tu takde pape perubahan, bazir duit rakyat jugak..ye idok?
  Moga 2012 yang disambut tanpa bunga api ni lebih bermakna untuk kita untuk menjadi manusia bersederhana dan lebih bermuhasabah diri. Azam yang paling baik bagi MissJay sebenarnya adalah bukan untuk melebihi orang lain, melainkan mempertingkat kemampuan diri dan menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin.


Adios.

terima kasih,bos.tapi...

SEBELUM balik tadi, MissJay ada jumpa bos (lepas MissJay menerima tugas baru dalam meeting petang tadi). Seperti biasa, memulakan perbincangan yang tidak seberapa dengan nada ala-ala sembang kedai kopi. 
   Itulah bos kami yang amat mesra dan memahami akan kepentingan perbincangan dalam menyelesaikan masalah dan meningkatkan prestasi, yang MissJay panggil TYT selama ni.
   Dalam perbincangan yang lebih mesra dipanggil perbualan tu, MissJay say Thank You lah kepada bos kerana bagi MissJay peluang untuk bagi cadangan selama ni dan bagi ruang untuk MissJay 'tengok-tengok' dua ruangan tu.
  Tanpa dirancang, MissJay 'ter' bertanya bos, kenapa MissJay dipilih untuk tanggungjawab itu sedangkan MissJay sengaja mau step-down dari sebarang kesibukan.
   "Kerana saya tahu potensi dan kemampuan yang ada pada semua staf UB...jadi, saya percaya, dimana saya letak, orang tu boleh buat. bukan jes saja, kawan-kawan lain juga."
  MissJay terkelu apatahlagi bila bos mula buka cerita pasal 'analisis' yang beliau buat tentang kami..huhuhu..bos ni macam CSI pula..main analisis2 segala..
   MissJay cakaplah ngan bos, MissJay ni ada beberapa bulan je lagi tapi jawapan bos buat MissJay 'tanjat besor'.
  "Kita akan pastikan jes akan kekal sampai ujung tahun.' biar benar bos?ala..camne ni..kita dah janji dah ngan abah kita nak balik paling lewat bulan lapan...takleh arrr macam ni..
   MissJay tengok bos, MissJay konpius. bos tengok MissJay dengan muka yakin. Kata bos, dia akan minta dorang hols kontrak MissJay kalaupun dah abes bulan tujuh ni..buleh ker???
   Macam manapun, MissJay kena minta sori awal-awal lah bos,MissJay kena balik jugak...Selain adik MissJay dan bina masjid yang MissJay tak tahu kukuh ke tak, abah MissJay pun dah tak berapa sihat ni untuk jaga diri sendiri..
  MissJay, dah tiba rasanya MissJay 'lupakan sementara' keinginan MissJay untuk tunai keperluan sebagai anak...huhuhu..MissJay pun sedey gak tapi, sekarang fikiran MissJay ingat nak jaga abah je..mungkin keje dekat-dekat rumah je, lagi senang..
  Lagipun, MissJay, tanpa MissJay, UB tetap gah dan akan terus jadi pilihan pembaca sekiranya bosnya adalah orang yang MissJay panggil TYT sekarang nih..dop gitu?
  MissJay sayang UB..UB bukan sahaja tempat MissJay keje, tapi itulah tempat yang banyak ajar MissJay tentang persahabatan, kekeluargaan dan kehidupan. Sampai bila-bila, UB tetap di hati MissJay.


Adios.

Wednesday, January 11, 2012

februari yang menanti MissJay

MEETING petang tadi (10 Januari 2012) benar-benar membuka mata MissJay..tentang kepercayaan dan tanggungjawab...jadi, secara jelasnya, entri MissJay kali ini adalah tentang kerja MissJay.
  Ceritanya, sejak setahun yang lalu, MissJay sentiasa ingin 'step-down' dari jadi tukang buat jadual merangkap pembantu Senior Reporter@CM kami tapi tiada ruang untuk MissJay berbuat demikian sebab siapa pula yang mahu pikul semua tu.
  Jadi, sempena tahun baru 2012, MissJay merayu bos@TYT supaya MissJay boleh 'step-down' dari tahta tukang buat jadual..MissJay tahu bos berat hati tapi sebab dah lama MissJay mention pasal mende nih, bos akhirnya mengalah.
   Rupa-rupanya kegirangan ini tidak bertahan lama sebab dalam meeting hari ni, bos kata MissJay kena jaga dua ruangan baru. Apa bos?Dua?Aduyaiii..
   Dengan satu ruangan ala-ala 'gosip' dan satu lagi agak 'skema', MissJay tersedar. bos memang menghargai kewujudan MissJay di sini..terima kasih bos.
   Walau MissJay dah cakap dengan bos, MissJay akan berenti tak lama lagi, bos tetap beri kepercayaan kepada MissJay untuk 'tengok-tengokkan' ruangan tu. Cuma, MissJay risau, mampukah MissJay yang setahun jagung ni?
   Tapi, MissJay tiba-tiba sedar tatkala sedang khusyuk mengunyah bilis yag masih belum habis sampai sekarang...cabaran adalah peluang untuk belajar dan cabaran juga adalah ruang untuk menilai adakah kita belajar dari apa yang telah lalu.
   MissJay fikir, bos lebih tahu apa yang dia buat dan potensi yang kami ada. Jadi, kalau bos berikan tugas ni pada MissJay, maksudnya bos percaya pada kemampuan MissJay, macam boas percaya pada kemampuan kawan-kawan reporter yang lain yang ada 'tugas khas'  mereka sendiri menjelang februari nanti.
   MissJay akan gunakan masa yang masih berbaki ini untuk terus berikan yang terbaik kepada UB..apatahlagi dalam iklim persaingan yang sengit ketika ini..cewahhh..semangat gila ni...
   MissJay harap UB akan terus jadi pilihan orang ramai..sebab pada MissJay, apa juga pembaharuan yang dibuat, kalau tak dapat memikat selera orang ramai, nanti hanya akan digelar syok sendiri. Tak gitu? hehehe..

Adios.

kesihatan MissJay tiptop

HARI ni (9 Jan), MissJay ke hospital..menuntut janji cik misi yang kata laporan perubatan MIssJay dah keluar sebelum 10hb. Memanglah patutnya MissJay ke sana pada 10hb tapi MissJay ada misi yang tidak dapat dielakkan pada Selasa.
   Sebenarnya, kewujudan MissJay di HQE pagi tadi pun untuk buat liputan majlis penerangan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dah meraih pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang suka, ada yang tak. Normal lah kan?

(Hmm..citer pasal nih..konon2 menjelang 2020, Cuepacs fight untuk dapatkan gaji kakitangan awam paling kurang RM4000..berapilah abah MissJay kalo tahu..bukan dia marah naik gaji.dia marah MissJay tak mintak keje gomen..)


   Tengah-tengah syok dorang bercerita pasal pencen, umur bersara, minda MIssJay dah menerawang ke bangunan Tabung Darah HQE. Sungguh, fikiran MissJay takde dalam majlis tu.
Bimbang yang bersarang di hati MissJay sejak sebulan lalu akan terjawab hari ini. MissJay selepas terima panggilan dari Unit Tbaung Darah bulan lalu, MissJay menangis berabis. Pastu, lepas kena bagi risalah pasal Hepatitis C lagi.
  Neves gile jumpa doktor..rasa macam tunggu result test pregnancy pulak.hihihi. Pastu, doktor belek-belek dua helai kertas kat tangan dia. MissJay telah liur. Pahit.
   MissJay dengan neves meng'grab' tangan Dr itu yg tanjat giler dengan tindakan MissJay.
   "Kenapa dengan saya doktor?Apa yang tak kena dengan kesihatan saya?Apa sakit saya? Seriuskah doktor?". Dr pandang MissJay semacam. Kemudian dengan dahi berkerut, dia berkata:
  "Jangan risau. Cik Tak apa-apa. Cuma awal-awal dulu je kami suspek Cik ada Hepatitis,"kata doktor yang amat baik hati itu sekaligus membunuh rasa saspen dalam diri MissJay.
  MissJay bersorak kegirangan macam orang mengandung anak kembar. Alhamdulillah.
Ketika MissJay kena tanya ada ahli keluarga yang mengidap Hepatitis..MissJay jawab tak tahu sebab MissJay pun tak pasti siapa mak bapak sebenar MissJay ni. MissJay masih konpius sampai sekarang.
   But, the important point here is...MissJay disahkan sihat 'buat masa ni'. Kenapa 'buat masa ni'? Sebab doktor yang baik ati suruh datang balik, derma darah untuk kesekian kalinya supaya dapat buat folloow up tentang darah MissJay.Aduyaii..
   MissJay okey je pasal derma darah..cuma MissJay takut jarum. Sejak kali pertama menderma pada 2008, sampai sekarang MissJay takut jarum.
   Neway, HQE sekarang kekurangan darah A and O..Jika ada sesape yang bermurah hati dan sihat sejahtera, bolehlah menderma. Mak MissJay pernah cakap, kalau takleh menderma dengan harta benda, dermalah dengan apa je yang termampu.
   Tolong eik..MissJay merayu anda semua. Tolong Derma darah. Baik untuk kesihatan, boleh buat amal lagi.

Adios.

'Ombak Rindu' di hati MissJay

INI memang entri lama yang MissJay simpan di FB. Tapi MissJay tetap rasa nak pos kat sini sebab ini adalah antara kekecewaan terbesar MissJay pada 2011. Pelik juga. Kenapa MissJay terkesan betul dengan movie yang satu ni.
   Fikir punya fikir baru MissJay ingat. Inilah antara novel yang membawa MissJay dan kawan-kawan sekolah menengah dulu terbang di awam. Di hati pula bagai ada taman. Terbayang-bayang karakter Hariz yang ganas tapi romantik.Aww..
   Ya. Okaylah sebab watak tu dipegang Aaron Aziz, hero Malaya-Singapura(ya, dia orang Singapura). Tapi, Maya jadi Izzah..oh,no. Katakan tidak kepada bahasa Melayu 'slang'. (Hmm..Nurul Izzah Anwar boleh kot jadi Nurul Izzah Ombak Rindu..hihihi).
   MissJay kongsikan 'cernaan minda' MissJay tentang Ombak Rindu yang tidak pernah dirindu oleh MissJay sepertimana novelnya.

1-RINGKAS. Saya faham tempoh dua jam amat singkat untuk adaptasi novel tapi filem Ombak Rindu pada pandangan saya amatlah ringkas, hingga tidak sampai perasaan yang sepatutnya diperolehi daripada filem itu.(Kurang-kurang tengok Lagenda Budak Setan ada gak rasa nak nanges).

2-LEMAH. Penggunaan bahasa yang tersangatlah baku 'menawarkan' rasa yang ada pada setiap patah kata sedangkan bait-baik kata yang tertulis dalam novel itu adalah amat indah. Dan buat pembaca macam saya yang ketika novel itu diterbitkan berada di sekolah menengah, perasaan waktu tu berbunga-bunga, merangkap berimpiannya menjadi Izzah versi novel. Terbayang betapa 'kool' nya cara Hariz mula-mula suka Izzah dalam novel tu.

3-KAKU. Saya tidak nafikan Maya Karin dan Aaron Aziz adalah pelakon yang hebat malah telah menang beberapa anugerah berprestij sebelum ini. Cuma pada saya watak Izzah dan Hariz sebagai  tunjang utama yang menghidupkan cerita, 'slang' Inggeris dan bahasa Melayu baku bagai 'membunuh' kemesraan yang sepatutnya terkandung dalam skrip.

4-BEKU.Saya hanya melihat airmata jatuh di pipi pelakon tetapi kosong, ketara lakonannya. Hairan juga kerana saya juga 'minah jiwang' dan 'ratu airmata' jika menonton filem Melayu yang ala-ala begini. (Lu gagal la bro buat wa menangis)

5-BOSAN. Bagi saya, kalau terlalu mengulang-ulang lagu tema, akan menjemukan penonton. Mungkin produksi mahu mempromosikan lagu tema mereka tetapi dalam hal ini, saya fikir mereka melebih-lebih sehingga penonton macam saya bosan. Balik-balik keluar korus yang kadang-kadang tidak kena pada tempatnya.

 6-TERBURU-BURU. Saya tidak pasti apa produksi mahu kejar tetapi filem ini macam tergesa-gesa mahu dihabiskan. Pada saya, memandangkan penonton boleh mengagak yang Izzah dan Hariz akan hidup bahagia, seharusnya, lebih ditumpukan kepada konflik dan cara mereka menghadapinya. Barulah penonton yang berhadapan cinta terhalang boleh belajar (kononnya).

7-KURANG LATAR. Produksi tidak boleh anggap semua penonton sudah membaca karya Fauziah Ashari itu. (Dan jika ramai yang membaca dan mengetahui kandungannya, sudah tentu akan kecewa macam saya.) Jadi, potong babak, sambung babak lain akan mengurangkan fokus kepada jalan cerita. Baru nak 'feeling' sikit, dah masuk babak lain. 

8-KOSTUM TERUK. Kita tahu Azizah Mahzan memang 'Permaisuri Kontroversi Fesyen' tetap perlukah 'beliau' memakai pakaian sedemikian untuk menepati gelaran Datuk Yang Vogue? Saya lihat Datuk Jainab, Datuk Azizah, Datuk Armani dan Datuk Maznah (sekadar menyebut beberapa nama Datuk wanita di Sabah) tetap Vogue walau tidak pakai 'jaring' macam Azizah Mahzan dalam filem tu.(Haishhh..geram aku!)

9-TIDAK RASIONAL. Ini yang paling banyak saya tak puas hati.
i) Apa tujuan mak cik Izzah muncul dalam keadaan berkemban? (Tidak bolehkah sopan sikit, macam lap badan konon-konon macam lepas mandi supaya tidak terdedah sangat macam tu). 
ii)Apa tujuan ambil 'shot' Maya Karin berkemban banyak-banyak? (Macam sengaja mahu publisiti 'mudah' dengan 'shot' sedemikian.)
iii)Perlukah Lisa Surihani seksi untuk watak gedik? (Macam ramai juga yang tidak seksi boleh pun bawa watak gedik).
iv) Perlukah Azizah Mahzam cium pipi Aaron banyak-banyak kali untuk tunjuk kasih sayang ibu?(Macam sengaja ambil peluang untuk cium orang kacak!)
---Banyaklah yang mengarutnya. contoh lagi:
     "Wanita adalah ciptaan istimewa tuhan..makin dia sayang, makin dia akan uji." Excuse me, lelaki tidak istimewa?lelaki tidak berhadapan ujian? Bukankah manusia itu semuanya menerima ujian dari Allah, cuma dalam bentuk berbeza? Aduhai, skrip!

10-GANGGUAN. Ini kes paling besar, macam manalah mahu fokus pada skrin kalau penonton di sebelah berhabis-habisan menangis di bahu teman lelaki dia sambil pukul-pukul bahu. (Macam drama dorang lagi hebat dari Ombak Rindu, tau!Pastu, asal ada manja-manja sikit, semua tepuk tangan dan ketawa. Ingat ini di India ke?)

Secara jujur, saya membaca Ombak Rindu ketika saya masih di sekolah menengah yang pada peringkat usia berkenal-kenalan dengan rasa indahnya cinta (hihihi). Pada saya, karya Fauziah Ashari itu adalah makalah hebat yang menceritakan keagungan cinta selepas kahwin dan realiti bahawa kebahagian itu boleh dicapai jika berusaha. Tetapi, saya tidak nampak itu dalam versi filem. 

Mungkin juga salah saya sendiri kerana terlalu berharap adaptasi ini dapat mencapai 60 peratus kepuasan menonton. Ternyata, kepuasan saya tidak sampai 40 peratus. Malah, saya amat kecewa dan merasakan filem ini telah 'menghina' keindahan perasaan yang telah dibawa oleh novelnya. Patutlah Fauziah Ashari kecewa dengan garapan novelnya itu.

Sekian dulu. Ini kali pertama saya membebel tentang filem kerana hati saya amat sakit dan tidak dapat ditanggung lagi. Jika anda mahu memastikan pendapat saya ini berasas atau tidak, silalah menonton filem Ombak Rindu. Kalau suka, baguslah. Cuma, kalau tidak seperti yang anda harapkan macam saya, jangan cakap saya tidak memberitahu anda semua.

BTW, satu sahaja kejayaan dan kesan paling besar filem ini kepada saya... I LOVE AARON AZIZ..jangan jeles!

Adios.


Saturday, January 7, 2012

MissJay nak naik gunung

TIBA-tiba kawan MissJay hantar SMS berbunyi 'Kau mahu ikut kami naik gunung kah 19 hb ni?'. 
   Sungguh MissJay rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal tatkala menerima SMS tersebut. Bagaimanapun, kegembiraan MissJay tak lama kerana ada bebanan lain yang MissJay perlu fikirkan. 
   Stamina. MissJay sedar diri yang stamina MissJay bukanlah bertaraf atlit, jauh sekali seperti pendaki profesional. Sebab itu MissJay minta maaf dari kawan MissJay yang MissJay tahu, bukan berharap pun MissJay pergi sebab MissJay hanya akan menyusahkan dia nanti (buruk sangkanya MissJay padanya yang suci..hihihi).
   Well, berdasarkan pengalaman MissJay yang hanya sampai pondok kedua pada pendakian kali pertama awal Dis 2011, latihan sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal amat perlu bagi pendaki amatur macam MissJay. 
   MissJay tidak boleh bandingkan stamina MissJay dengan auntie-auntie yang tinggal di Kundasang kerana mereka setiap hari turun naik bukit, MissJay hari-hari guna lif, eskalator. Tak terlawan kudrat auntie-auntie yang berkebun tu oleh MissJay.
   Sebab itu, kata kawan-kawan MissJay yang pro dan berpengalaman, jogging dan naik turun tangga adalah latihan terbaik kalau nak mendaki. MissJay setuju. Lagipun, MissJay dah tengok sendiri kesannya kalau tak cukup latihan ketika MissJay mendaki hari tu. Separuh mati pendaki tu mendaki dengan begnya yang besar.
   Ha. Ini satu lagi ingatan MissJay kepada rakan-rakan yang berhajat untuk pergi mendaki, jangan bawa beg besar sangat okay. Time kat bawah bolehlah cakap besar tapi dah separuh jalan, atau sebelum sampai pondok pertama, Pondok Kandis pun mungkin dah tercungap-cungap penat. 
Nampak tak puncak Kinabalu kat belakang MissJay?hehehe..
   Kalau nak juga bawa barang-barang yang dirasakan (bukannya difikirkan) perlu, ada porter untuk angkut semua tu, dengan bayaran yang memang anda mampu pun. Jadi, selain anda boleh mendaki dengan selesa, dapat juga menyumbang kepada mata pencarian mereka.Betul tak?
   Satu lagi persediaan yang tidak kurang pentingnya adalah kekuatan emosi. Bila mendaki, dah rasa penat, memang sentiasa terpanggil untuk berputus asa. Ketika itulah perang antara keazamaan dan keupayaan berlaku. Bak kata omputih 'determination vs ability'. Mental mesti kuat, baru boleh teruskan pendakian.
   MissJay tetap akan berusaha menawan puncak tertinggi Asia Tenggara itu sebelum balik ke Terengganu. Apatahlagi itu impian MissJay sejak datang ke Sabah pada 2 Julai 2005. MissJay akan buktikan, MissJay 'kuat' fizikal dan mental.


Adios.

2011 dalam hidup MissJay

TAHUN 2011 bukanlah boleh MissJay cop sebagai tahun gemilang MissJay tapi tidak dinafikan tahun lepas banyak meninggalkan kenangan manis untuk MissJay.
   Di sini, MissJay kongsinya beberapa perkara yang berlaku pada MissJay sepanjang 2011. MissJay tulis secara umum sahaja sebab MissJay sendiri tidak begitu ingat tarikh-tarikhnya. Seperti mana kata emak MissJay, MissJay banyak makan semut masa kecik-kecik dulu, sebab tu ada lembab sikit (tapi MissJay masuk U, abang ngan kakak tak pula..hihihi).
   MissJay pergi Kudat. Actually, MissJay ke Kudat kerana membuat liputan untuk satu majlis Ko-Nelayan. Kalau tak silap, penyerahan bantuan bot dan enjin untuk nelayan. Merasa jugaklah  MissJay bermalam di hotel seorang diri. Syok. Siapa yang tak rasa seronok tinggal sorang-sorang dalam hotel punyai main best. Marina Resort&Golf ke nama tempat tu..lupa MissJay.
   MissJay pergi Maliau Basin/Lembangan Maliau. Ingat senang ke kalau hari-hari biasa, atau bukan atas urusan rasmi nak sampai ke sini. MissJay rasa amat bertuah kerana walau terpaksa berhadapan 'ancaman maut' daripada lintah dan pacat yang saiznya 'homaigod', MissJay berjaya merasai pengalaman naik SkyBridge yang dulu tengok dalam tv je dan jumpa PM, Datuk Seri Najib. 
   MissJay menang Anugerah Kewartawanan Shell. Alhamdulillah, walaupun MissJay hanya dapat Merit untuk kategori Laporan Bisnes dan Ekonomi, at least lebih baik dari tidak menang langsung. Kan?Kan? Dan macam dah dua tahun nama MissJay agak berezeki dalam anugerah ni.Alhamdulillah.
   MissJay menang Anugerah Kewartawanan Mayor-Petronas. Bulan Anugerah Emas, hanya Perak untuk kategori Penulisan Terbaik Rencana Bahasa Malaysia.Alhamdulillah. MissJay bersyukur dan amat bangga dengan diri ini.
   MissJay menang Kostum Terbaik CIMB Media Nite. Bertemakan 'Mad-Hatter', topi MissJay memang bertuah. Dua malam MissJay tidak cukup tidur kerana menjahit topi MissJay.Alhamdulillah.
   MissJay finalis kostum terbaik Astro Media Nite. Bertemakan 'Back to School', MissJay dan dua rakan, Jong dari SeeHua dan Mariah dari BP mara ke peringkat akhir. Walau Jong yang dapat nombor 1, MissJay tetap gembira sebab kami dari 'company' yang sama mendominasi. Hehehe.
 MissJay menang Pakaian Terbaik STB Media Nite. MissJay ingat temanya yang asal adalah 'Lady GaGa' tapi ada orang cakap tema tu tak sesuai dan kemudian tukar kepada 'BlingBling'. Walapun MissJay kecewa sebab baju MissJay dah GaGa habis, kecewa MissJay tak lama sebab baju MissJay tetap menang malam tu.Yahoooo..opss..Alhamdulillah.
   MissJay menang PakaianTerbaik DBKK-Petronas Press Award. Dengan tema 'Glitter', MissJay terpaksa memerah otak untuk tampil berbeza dengan penampilan LadyGaya dan akhirnya, berkat mencabut rumput di halaman rumah dan 'terpungut' pasu yang dah pecah, bermulalah cabaran kreativiti MissJay untuk menghasilkan 'topi glitter' yang MissJay pakai malam tu.Alhamdulillah.
   MissJay dah berjaya lupa 'orang tu'. Tak dinafikan, selama MissJay break dengan si dia sejak 2005, MissJak bagai rumput yang setia memuja bulan di langit (hahaha..punyalah jiwang perumpamaan MissJay ni). Tetapi, sepanjang 2011, MissJay mengelak diri dari menelefon dia sepertimana MissJay buat setiap tahun dari 2005. Selalunya MissJay call dia empat kali setahun.Hmmm
   MissJay pergi naik Gunung Kinabalu. Jangan kagum dulu sebab MissJay perlu ceritakan perkara sebenar dulu. Actually, MissJay hanya sampai pondok kedua, Pondok Ubah pada ketinggian kira-kira 2,082 meter kalau tak silap. Kekangan masa dan keupayaan diri menghalang MissJay menunjukkan kehebatan diri (sila percaya ya).
Dapat MrBrown, jam gitar dan speaker idaman. Siapa MrBrown? Dia bukanlah lelaki ensem, jauh sekali ustaz atau cikgu yang menjadi idaman MissJay tapi hanyalah patung yang selalu dipeluk dan dikelek Mr Bean. Terima kasih kepada kawan MissJay, Esah d'Blues yang telah jadikan impian MissJay satu kenyataan. Juga kepada Murib dan Kristy yang bagi MissJay jam dalam bentuk gitar. Speaker? Itu pula hadiah cabutan bertuah Astro Media Nite.MissJay minat gila ngan speaker-speaker ni.
Neway, itulah yang boleh MissJay kongsikan. Kalau nak kira, banyak lagi yang manis tapi kalau dirungkai juga, hanya menimbulkan rasa sedih di hati MissJay yang akan balik kampung enam tujuh bulan lagi. hm..sampai sini sahajalah. 
Annyeon.

MissJay selak langsir 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


RASANYA masih belum terlambat untuk MissJay ucap selamat tahun baharu untuk rakan-rakan MissJay semua. Semoga tahun yang berlalu dirahmati olehNya dan tahun ini dan mendatang sentiasa dalam perlindunganNya juga.Amin.
   Sempena tahun baharu ini, MissJay fikir MissJay akan memulakan semula minat MissJay yang dah lama terhenti..menulis blog dan sebagai simbolik kepada permulaan baru itu, MissJay akan memulakan dengan sesuatu yang agak berat tetapi dengan gaya yang seringkas mungkin. Sesuai usia MissJay yang dah menjangkau 27 tahun. Hehehe.
   Sesuatu yang berat yang MissJay maksudkan adalah tentang kehidupan secara keseluruhan-peribadi, kerjaya dan kelurga. 
   Hal peribadi MissJay, tidak banyak yang berubah sejak kehilangan cinta pertama pada 21 Jan 2005, setelah si dia memutuskan perhubungan kerana MissJay mahu melanjutkan pelajaran ke universiti. MissJay masih belum temui keyakinan untuk mencari cinta baru. 
   Dan mungkin juga, MissJay akan serahkan kepada orang tua untuk mencari calon kalau MissJay dah sedia untuk berumahtangga. Harap-harap abah MissJay sudi jadi orang tengah.    
   Cuma syaratnya..mesti imam muda atau cikgu okayyy..kehkehkeh
   MissJay rasa, bagi mereka yang bekerjaya, setiap tahun mesti azam tahun baru, sekelumit mana pun akan terselit azam untuk kerjaya. Jadi, untuk tahun 2012, MissJay nekad untuk mencuba nasib di Terengganu pula, tapi masih dalam bidang yang MissJay cintai..kewartawanan dan penulisan.
   Dalam erti kata lain, MissJay akan balik ke Terengganu tahun ini. MissJay pun dah janji dengan abah MissJay untuk balik. Doakan MissJay dapat tunaikan janji MissJay, okay
.  Tahun ini juga, MissJay akan sedaya upaya menjadi anak, cucu, kakak, adik, anak saudara, sepupu, sepapat yang lebih baik dan membanggakan. 
   MissJay pun sedih sebenarnya bila TokMa (nenek) MissJay merajuk dan sanggup cakap MissJay dail nombor yang salah bila MissJay telefon beliau sebelum ni. TokMa, jangan risau...ada jodoh, MissJay kahwin juga dengan pilihan TokMa, but not now okay. MissJay belum sedia.Pleaseeee.. V~_^V
   Untuk blog baru MissJay, penulisannya lebih santai dan bebas, kerana MissJay fikir, sudah tiba masanya untuk MissJay tidak perlu terikat dengan peraturan yang MissJay sendiri yang buat tetapi telah jadi penghalang untuk MissJay berkreatif (hehehe..ya meh?).
   Anyway, adios untuk entri tahun baharu yang agak terlewat dari aura tahun baharunya. Bagaimanapun, MissJay tetap nak wish mende kat bawah ni :-)

Selamat Tahun Baru 2012

Adios.