Thursday, January 19, 2012

syarat bawa diri pada MissJay

ADA kata-kata yang menyebut, bukan mudah (atau lebih tepat memang mustahil) untuk memuaskan hati semua orang.  Dan kerana menyedari klebenaran kata-kata ini,MissJay tidak pernah mencuba untuk menidakkannya. MissJay, dengan rendah hati, bersetuju dengan kata-kata ini.
   Dalam keadaan MissJay sendiri, sebagai seorang perantau di negeri di bawah bayu ini, MissJay sentiasa cuba menjaga batas-batas diri agar tidak menjadi cerminan buruk untuk orang lain dari negeri MissJay. Cuma MissJay amat berharap, semua orang faham yang MIssJay juga adalaha manusia biasa, tidak lepas dari berbuat silap.
   Dalam hidup MissJay, yang mula membawa diri sejak berusia 13 tahun dari sebuah tempat ke tempat yang lain, MIssJay cuba menjadi MissJay yang terbaik dan 'sesuai' untuk semua keadaan yang MissJay masuk.
   MissJay cuba menjadi 'wakil' yang seadanya agar orang lain tidak mempunyai pandangan buruk terhadap orang dari negeri MissJay walaupun MissJay tahu, manakan dapat usaha MissJay yang secebis dapat memberi kesan kepada ribuan penduduk negeri MissJay.
   Cuma, MissJay yakin, sekurang-kurangnya MissJay berusaha dan mereka nampak usaha MissJay untuk itu. MissJay tidak berharap mereka menghargainya melainkan sekadar menyedari usaha MissJay yang kadangkala terpaksa menidakkan keupayaan sendiri untuk menjaga sensitiviti.
   Mungkin ada yang melihat keadaan ini seperti 'penghinaan' peribadi namun bagi MissJay, ada keadaannya yang kita tidak perlulah berusaha untuk 'tampil hebat' jika ia tidak memberi kesan yang baik kepada diri sendiri.
  Bagi MissJay, tidak ada baiknya kita rasa hebat jika keadaan itu hanya akan menjauhkan kita dari masyarakat. Tiada jaminan yang jika kita 'hebat', kita akan dilayan dengan baik atau dihormati seperti yang kita mahu.
Kenangan manis persembahan di Kinabalu Shell Press Award 2010

   Ada juga yang berkata, kenapa perlu fikirkan tentang orang lain dan mengalah sedangkan itu hanya akan memberi sakit kepada diri sendiri. Pada MissJay, daripada sakit berpanjangan kerana tersisih daripada masyarakat, lebih baik sakit sementara kerana terpaksa melupakan sedikit keupayaan diri. Mungkin ia boleh dibuktikan dalam keadaan lain. InsyaAllah, peluang sentiasa ada untuk orang yang menjaga silaturahim.
   Pada MissJay, biarlah orang kata MissJay 'berupa-rupa' lemah atau hidpokrit, kerana apa yang penting, kalau dengan begitu MissJay boleh menjaga perhubungan yang terjalin, MissJay okayyyyy jeeeee....
   MissJay fikir, daripada hilang kawan kerana sendiri rasa hebat, lebih baik MissJay jadi 'orang lemah' yang ramai kawan..huhuhu...lagipun, MissJay memang suka berkawan...

Adios.

No comments:

Post a Comment