Saturday, January 7, 2012

2011 dalam hidup MissJay

TAHUN 2011 bukanlah boleh MissJay cop sebagai tahun gemilang MissJay tapi tidak dinafikan tahun lepas banyak meninggalkan kenangan manis untuk MissJay.
   Di sini, MissJay kongsinya beberapa perkara yang berlaku pada MissJay sepanjang 2011. MissJay tulis secara umum sahaja sebab MissJay sendiri tidak begitu ingat tarikh-tarikhnya. Seperti mana kata emak MissJay, MissJay banyak makan semut masa kecik-kecik dulu, sebab tu ada lembab sikit (tapi MissJay masuk U, abang ngan kakak tak pula..hihihi).
   MissJay pergi Kudat. Actually, MissJay ke Kudat kerana membuat liputan untuk satu majlis Ko-Nelayan. Kalau tak silap, penyerahan bantuan bot dan enjin untuk nelayan. Merasa jugaklah  MissJay bermalam di hotel seorang diri. Syok. Siapa yang tak rasa seronok tinggal sorang-sorang dalam hotel punyai main best. Marina Resort&Golf ke nama tempat tu..lupa MissJay.
   MissJay pergi Maliau Basin/Lembangan Maliau. Ingat senang ke kalau hari-hari biasa, atau bukan atas urusan rasmi nak sampai ke sini. MissJay rasa amat bertuah kerana walau terpaksa berhadapan 'ancaman maut' daripada lintah dan pacat yang saiznya 'homaigod', MissJay berjaya merasai pengalaman naik SkyBridge yang dulu tengok dalam tv je dan jumpa PM, Datuk Seri Najib. 
   MissJay menang Anugerah Kewartawanan Shell. Alhamdulillah, walaupun MissJay hanya dapat Merit untuk kategori Laporan Bisnes dan Ekonomi, at least lebih baik dari tidak menang langsung. Kan?Kan? Dan macam dah dua tahun nama MissJay agak berezeki dalam anugerah ni.Alhamdulillah.
   MissJay menang Anugerah Kewartawanan Mayor-Petronas. Bulan Anugerah Emas, hanya Perak untuk kategori Penulisan Terbaik Rencana Bahasa Malaysia.Alhamdulillah. MissJay bersyukur dan amat bangga dengan diri ini.
   MissJay menang Kostum Terbaik CIMB Media Nite. Bertemakan 'Mad-Hatter', topi MissJay memang bertuah. Dua malam MissJay tidak cukup tidur kerana menjahit topi MissJay.Alhamdulillah.
   MissJay finalis kostum terbaik Astro Media Nite. Bertemakan 'Back to School', MissJay dan dua rakan, Jong dari SeeHua dan Mariah dari BP mara ke peringkat akhir. Walau Jong yang dapat nombor 1, MissJay tetap gembira sebab kami dari 'company' yang sama mendominasi. Hehehe.
 MissJay menang Pakaian Terbaik STB Media Nite. MissJay ingat temanya yang asal adalah 'Lady GaGa' tapi ada orang cakap tema tu tak sesuai dan kemudian tukar kepada 'BlingBling'. Walapun MissJay kecewa sebab baju MissJay dah GaGa habis, kecewa MissJay tak lama sebab baju MissJay tetap menang malam tu.Yahoooo..opss..Alhamdulillah.
   MissJay menang PakaianTerbaik DBKK-Petronas Press Award. Dengan tema 'Glitter', MissJay terpaksa memerah otak untuk tampil berbeza dengan penampilan LadyGaya dan akhirnya, berkat mencabut rumput di halaman rumah dan 'terpungut' pasu yang dah pecah, bermulalah cabaran kreativiti MissJay untuk menghasilkan 'topi glitter' yang MissJay pakai malam tu.Alhamdulillah.
   MissJay dah berjaya lupa 'orang tu'. Tak dinafikan, selama MissJay break dengan si dia sejak 2005, MissJak bagai rumput yang setia memuja bulan di langit (hahaha..punyalah jiwang perumpamaan MissJay ni). Tetapi, sepanjang 2011, MissJay mengelak diri dari menelefon dia sepertimana MissJay buat setiap tahun dari 2005. Selalunya MissJay call dia empat kali setahun.Hmmm
   MissJay pergi naik Gunung Kinabalu. Jangan kagum dulu sebab MissJay perlu ceritakan perkara sebenar dulu. Actually, MissJay hanya sampai pondok kedua, Pondok Ubah pada ketinggian kira-kira 2,082 meter kalau tak silap. Kekangan masa dan keupayaan diri menghalang MissJay menunjukkan kehebatan diri (sila percaya ya).
Dapat MrBrown, jam gitar dan speaker idaman. Siapa MrBrown? Dia bukanlah lelaki ensem, jauh sekali ustaz atau cikgu yang menjadi idaman MissJay tapi hanyalah patung yang selalu dipeluk dan dikelek Mr Bean. Terima kasih kepada kawan MissJay, Esah d'Blues yang telah jadikan impian MissJay satu kenyataan. Juga kepada Murib dan Kristy yang bagi MissJay jam dalam bentuk gitar. Speaker? Itu pula hadiah cabutan bertuah Astro Media Nite.MissJay minat gila ngan speaker-speaker ni.
Neway, itulah yang boleh MissJay kongsikan. Kalau nak kira, banyak lagi yang manis tapi kalau dirungkai juga, hanya menimbulkan rasa sedih di hati MissJay yang akan balik kampung enam tujuh bulan lagi. hm..sampai sini sahajalah. 
Annyeon.

No comments:

Post a Comment