Saturday, January 7, 2012

MissJay nak naik gunung

TIBA-tiba kawan MissJay hantar SMS berbunyi 'Kau mahu ikut kami naik gunung kah 19 hb ni?'. 
   Sungguh MissJay rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal tatkala menerima SMS tersebut. Bagaimanapun, kegembiraan MissJay tak lama kerana ada bebanan lain yang MissJay perlu fikirkan. 
   Stamina. MissJay sedar diri yang stamina MissJay bukanlah bertaraf atlit, jauh sekali seperti pendaki profesional. Sebab itu MissJay minta maaf dari kawan MissJay yang MissJay tahu, bukan berharap pun MissJay pergi sebab MissJay hanya akan menyusahkan dia nanti (buruk sangkanya MissJay padanya yang suci..hihihi).
   Well, berdasarkan pengalaman MissJay yang hanya sampai pondok kedua pada pendakian kali pertama awal Dis 2011, latihan sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal amat perlu bagi pendaki amatur macam MissJay. 
   MissJay tidak boleh bandingkan stamina MissJay dengan auntie-auntie yang tinggal di Kundasang kerana mereka setiap hari turun naik bukit, MissJay hari-hari guna lif, eskalator. Tak terlawan kudrat auntie-auntie yang berkebun tu oleh MissJay.
   Sebab itu, kata kawan-kawan MissJay yang pro dan berpengalaman, jogging dan naik turun tangga adalah latihan terbaik kalau nak mendaki. MissJay setuju. Lagipun, MissJay dah tengok sendiri kesannya kalau tak cukup latihan ketika MissJay mendaki hari tu. Separuh mati pendaki tu mendaki dengan begnya yang besar.
   Ha. Ini satu lagi ingatan MissJay kepada rakan-rakan yang berhajat untuk pergi mendaki, jangan bawa beg besar sangat okay. Time kat bawah bolehlah cakap besar tapi dah separuh jalan, atau sebelum sampai pondok pertama, Pondok Kandis pun mungkin dah tercungap-cungap penat. 
Nampak tak puncak Kinabalu kat belakang MissJay?hehehe..
   Kalau nak juga bawa barang-barang yang dirasakan (bukannya difikirkan) perlu, ada porter untuk angkut semua tu, dengan bayaran yang memang anda mampu pun. Jadi, selain anda boleh mendaki dengan selesa, dapat juga menyumbang kepada mata pencarian mereka.Betul tak?
   Satu lagi persediaan yang tidak kurang pentingnya adalah kekuatan emosi. Bila mendaki, dah rasa penat, memang sentiasa terpanggil untuk berputus asa. Ketika itulah perang antara keazamaan dan keupayaan berlaku. Bak kata omputih 'determination vs ability'. Mental mesti kuat, baru boleh teruskan pendakian.
   MissJay tetap akan berusaha menawan puncak tertinggi Asia Tenggara itu sebelum balik ke Terengganu. Apatahlagi itu impian MissJay sejak datang ke Sabah pada 2 Julai 2005. MissJay akan buktikan, MissJay 'kuat' fizikal dan mental.


Adios.

No comments:

Post a Comment