Sunday, January 29, 2012

maka menarilah singa itu...


SEPANJANG MissJay menyaksikan tarian singa, tidak pernah pula MissJay menghayati maksud di sebalik tarian dan tidak pernah pula MissJay berniat nak mengorek kisah di sebalik setiap tarian tu.
   Cuma kelmarin, MissJay berkesempatan 'menikmati' tarian singa yang memang MissJay minat gila bunyi gendang dia, bersemangat pula kalau dengan bunyi gendangnya tu.
  Alkisahnya, time MissJay bersiap sedia untuk ambik gambar singa tu menari, beberapa ahli pasukan masih lagi mengatur palang besi yang akan jadi pentas persembahan mereka nanti. Alah, yang ceracak-ceracak tu, yang hujung dia ada tempat untuk pijak sebesar pinggan tu.
  MissJay tengok beberapa orang sibuk mengatur tempat untuk para 'pemuzik', beberapa lagi duduk atas petak besi untuk halang 'pentas' mereka bergerak. Begitulah persembahan tarian singa, bukan hanya singa sahaja.
  Ada pemuzik, ada tukang tahan pentas, ada juga penari sokongan sama ada untuk singa atau unikorn yang kadangkala muncul, atau sebaliknya.

  Tukang bagi arahan merangkap kareografer pula cuba berkreatif dengan step baru tapi masih mengambikira keupayaan penari mereka.
  Bagi singa, kalau ekornya terpenggal, cacatlah persembahan. Begitulah juga kalau kepala dia tak dapat sokongan bahagian belakang, mana dapat dia lompat-lompat untuk 'mengindahkan' persembahan.
  Kumpulan pemuzik pula, ada gong, ada benda yang macam piring besi tu, ada gendang, baru sempurna iramanya.
  Penari sokongan pula bukan duduk sesaja taapi sentiasa peka kalau ada kecemasan, macam juga tukang tahan pentas yang kena sentiasa alert ngan penari singa tu.
  MissJay fikir, setiap organisasi sebenarnya perlu mencontohi tarian singa.
  Tidak sempurna tarian tanpa muzik dan kalau muzik sahaja pun, tiada guna juga. Kalau ada penari tapi tiada pentas, mungkin boleh tapi dapatkah memenuhi ekspektasi orang ramai dengan tarian biasa-biasa di tanah je?
 Kerana itu, kerjasama, pihak atas, orang bawah, asal ada kaitan dengan prestasi sesebuah organisasi, tidak patut dilupakan.Semua orang harus dan boleh beri pendapat. Idea adalah sesuatu yang subjektif. Kepentingan dan makna sesuatu idea bergantung kepada orang yang menilainya.
  Hmm..jauh juga lamunan MissJay pasal tarian singa kali ni. Takpe-takpe, MissJay memang dan tetap suka tarian singa.
  Cuma sayangnya, sekarang rata-rata penari tarian singa bukanlah dari orang Cina sendiri. Sepertimana kurangnya orang Melayu menguasai bahasa Melayu dengan baik.Sayangnya...

Adios.

No comments:

Post a Comment