Thursday, January 26, 2012

kenapa perlu prasangka?

SELEPAS MissJay umumkan yang MissJay akan balik tahun ni, MissJay mendapat banyak reaksi daripada kawan-kawan. Bagaimanapun, dari awal lagi MissJay tak berharap semua orang akan sedih (kononnya) dengan kepulangan MissJay ke tanah besar Semenanjung.
  MissJay amat berharap kehilangan ini tidak dirasai (atau mungkin diratapi) sesiapa kerana dalam hidup MissJay, MissJay sudah selalu ditinggalkan orang dan bukannya meninggalkan. Jadi MissJay tahu macam mana rasanya kehilangan. Aduh...jiwanglah pulak.
  Dalam banyak-banyak reaksi yang MissJay terima, satu daripadanya amat berbeza daripada biasa. Katanya, MissJay mesti cepat-cepat balik supaya MissJay dapat beri peluang untuk dia pindah ke UB.
  Pada MissJay, semua itu terserah kepada qada dan qadar Allah swt. Kalau dia memang berezeki, tidak perlu MissJay berundur, dia tetap akan diterima. MissJay juga tidak mahu berprasangka terhadapnya atau membuat tanggapan yang dia tidak suka MissJay di bumi di bawah bayu ini.
  Selama merantau yang masuk ke-14 tahun ini, MissJay makin sedar tentang hakikat hidup. Tentang tidak semua orang sukakan kita, dan tidak semua orang bencikan kita. Tetapi, paling penting, bagaimana pandangan MissJay terhadap diri sendiri?
  MissJay fikir, goyahnya silaturahim ketika ini adalah kerana kita terlalu mudah berprasangka. MissJay tidak mahu seperti itu. Kerana itu, berbanding menanam prasangka, MissJay mahu akur saja. Senang cerita, kurang sakit hati sendiri, tidak menyakitkan hati orang lain juga.
  Jadi, kepada semua..MissJay harap anda semua usah cepat menilai orang. Usah cepat berprasangka kerana ketika kita mula mahu berfikir buruk tentang orang, kita sendiri sedang mencipta sisi buruk diri untuk berfikir negatif tentang orang lain. Ingat ye...

Adios.

No comments:

Post a Comment