Wednesday, January 11, 2012

'Ombak Rindu' di hati MissJay

INI memang entri lama yang MissJay simpan di FB. Tapi MissJay tetap rasa nak pos kat sini sebab ini adalah antara kekecewaan terbesar MissJay pada 2011. Pelik juga. Kenapa MissJay terkesan betul dengan movie yang satu ni.
   Fikir punya fikir baru MissJay ingat. Inilah antara novel yang membawa MissJay dan kawan-kawan sekolah menengah dulu terbang di awam. Di hati pula bagai ada taman. Terbayang-bayang karakter Hariz yang ganas tapi romantik.Aww..
   Ya. Okaylah sebab watak tu dipegang Aaron Aziz, hero Malaya-Singapura(ya, dia orang Singapura). Tapi, Maya jadi Izzah..oh,no. Katakan tidak kepada bahasa Melayu 'slang'. (Hmm..Nurul Izzah Anwar boleh kot jadi Nurul Izzah Ombak Rindu..hihihi).
   MissJay kongsikan 'cernaan minda' MissJay tentang Ombak Rindu yang tidak pernah dirindu oleh MissJay sepertimana novelnya.

1-RINGKAS. Saya faham tempoh dua jam amat singkat untuk adaptasi novel tapi filem Ombak Rindu pada pandangan saya amatlah ringkas, hingga tidak sampai perasaan yang sepatutnya diperolehi daripada filem itu.(Kurang-kurang tengok Lagenda Budak Setan ada gak rasa nak nanges).

2-LEMAH. Penggunaan bahasa yang tersangatlah baku 'menawarkan' rasa yang ada pada setiap patah kata sedangkan bait-baik kata yang tertulis dalam novel itu adalah amat indah. Dan buat pembaca macam saya yang ketika novel itu diterbitkan berada di sekolah menengah, perasaan waktu tu berbunga-bunga, merangkap berimpiannya menjadi Izzah versi novel. Terbayang betapa 'kool' nya cara Hariz mula-mula suka Izzah dalam novel tu.

3-KAKU. Saya tidak nafikan Maya Karin dan Aaron Aziz adalah pelakon yang hebat malah telah menang beberapa anugerah berprestij sebelum ini. Cuma pada saya watak Izzah dan Hariz sebagai  tunjang utama yang menghidupkan cerita, 'slang' Inggeris dan bahasa Melayu baku bagai 'membunuh' kemesraan yang sepatutnya terkandung dalam skrip.

4-BEKU.Saya hanya melihat airmata jatuh di pipi pelakon tetapi kosong, ketara lakonannya. Hairan juga kerana saya juga 'minah jiwang' dan 'ratu airmata' jika menonton filem Melayu yang ala-ala begini. (Lu gagal la bro buat wa menangis)

5-BOSAN. Bagi saya, kalau terlalu mengulang-ulang lagu tema, akan menjemukan penonton. Mungkin produksi mahu mempromosikan lagu tema mereka tetapi dalam hal ini, saya fikir mereka melebih-lebih sehingga penonton macam saya bosan. Balik-balik keluar korus yang kadang-kadang tidak kena pada tempatnya.

 6-TERBURU-BURU. Saya tidak pasti apa produksi mahu kejar tetapi filem ini macam tergesa-gesa mahu dihabiskan. Pada saya, memandangkan penonton boleh mengagak yang Izzah dan Hariz akan hidup bahagia, seharusnya, lebih ditumpukan kepada konflik dan cara mereka menghadapinya. Barulah penonton yang berhadapan cinta terhalang boleh belajar (kononnya).

7-KURANG LATAR. Produksi tidak boleh anggap semua penonton sudah membaca karya Fauziah Ashari itu. (Dan jika ramai yang membaca dan mengetahui kandungannya, sudah tentu akan kecewa macam saya.) Jadi, potong babak, sambung babak lain akan mengurangkan fokus kepada jalan cerita. Baru nak 'feeling' sikit, dah masuk babak lain. 

8-KOSTUM TERUK. Kita tahu Azizah Mahzan memang 'Permaisuri Kontroversi Fesyen' tetap perlukah 'beliau' memakai pakaian sedemikian untuk menepati gelaran Datuk Yang Vogue? Saya lihat Datuk Jainab, Datuk Azizah, Datuk Armani dan Datuk Maznah (sekadar menyebut beberapa nama Datuk wanita di Sabah) tetap Vogue walau tidak pakai 'jaring' macam Azizah Mahzan dalam filem tu.(Haishhh..geram aku!)

9-TIDAK RASIONAL. Ini yang paling banyak saya tak puas hati.
i) Apa tujuan mak cik Izzah muncul dalam keadaan berkemban? (Tidak bolehkah sopan sikit, macam lap badan konon-konon macam lepas mandi supaya tidak terdedah sangat macam tu). 
ii)Apa tujuan ambil 'shot' Maya Karin berkemban banyak-banyak? (Macam sengaja mahu publisiti 'mudah' dengan 'shot' sedemikian.)
iii)Perlukah Lisa Surihani seksi untuk watak gedik? (Macam ramai juga yang tidak seksi boleh pun bawa watak gedik).
iv) Perlukah Azizah Mahzam cium pipi Aaron banyak-banyak kali untuk tunjuk kasih sayang ibu?(Macam sengaja ambil peluang untuk cium orang kacak!)
---Banyaklah yang mengarutnya. contoh lagi:
     "Wanita adalah ciptaan istimewa tuhan..makin dia sayang, makin dia akan uji." Excuse me, lelaki tidak istimewa?lelaki tidak berhadapan ujian? Bukankah manusia itu semuanya menerima ujian dari Allah, cuma dalam bentuk berbeza? Aduhai, skrip!

10-GANGGUAN. Ini kes paling besar, macam manalah mahu fokus pada skrin kalau penonton di sebelah berhabis-habisan menangis di bahu teman lelaki dia sambil pukul-pukul bahu. (Macam drama dorang lagi hebat dari Ombak Rindu, tau!Pastu, asal ada manja-manja sikit, semua tepuk tangan dan ketawa. Ingat ini di India ke?)

Secara jujur, saya membaca Ombak Rindu ketika saya masih di sekolah menengah yang pada peringkat usia berkenal-kenalan dengan rasa indahnya cinta (hihihi). Pada saya, karya Fauziah Ashari itu adalah makalah hebat yang menceritakan keagungan cinta selepas kahwin dan realiti bahawa kebahagian itu boleh dicapai jika berusaha. Tetapi, saya tidak nampak itu dalam versi filem. 

Mungkin juga salah saya sendiri kerana terlalu berharap adaptasi ini dapat mencapai 60 peratus kepuasan menonton. Ternyata, kepuasan saya tidak sampai 40 peratus. Malah, saya amat kecewa dan merasakan filem ini telah 'menghina' keindahan perasaan yang telah dibawa oleh novelnya. Patutlah Fauziah Ashari kecewa dengan garapan novelnya itu.

Sekian dulu. Ini kali pertama saya membebel tentang filem kerana hati saya amat sakit dan tidak dapat ditanggung lagi. Jika anda mahu memastikan pendapat saya ini berasas atau tidak, silalah menonton filem Ombak Rindu. Kalau suka, baguslah. Cuma, kalau tidak seperti yang anda harapkan macam saya, jangan cakap saya tidak memberitahu anda semua.

BTW, satu sahaja kejayaan dan kesan paling besar filem ini kepada saya... I LOVE AARON AZIZ..jangan jeles!

Adios.


No comments:

Post a Comment