Friday, January 27, 2012

kemeriahan yang bakal ku rindu...

ENTRI kali ni MissJay nak kongsikan beberapa keping gambar sempena Karnival tahun Baharu Cina kat Padang Merdeka, KK pada 14 Jan lepas.
  Sungguh MissJay tak dapat nafikan yang MissJay teruja giler dapat tengok tarian singa, naga dan unikorn ni depan mata ala-ala nak tersentuh hidung MissJay (gambaran dekatnya MissJay dengan mende alah ni).
  Hari tu, memang ramai datang ke padang, meriah. Bukan Cina saja, kaum lain pun ada juga..malaslah nak tulis satu persatu.
  Pada pendapat MissJay, inilah keunikan Sabah...Mungkin ada juga di negeri lain cuma tidaklah semeriah ini rasanya..termasuk negeri MissJay sendiri.
  Pada MissJay, tidak susah sebenarnya mahu hidup aman damai dalam masyarakat majmuk asalkan kita saling menghormati satu sama lain.
  MissJay pun tak pernah terfikir yang kalau MissJay pi tengok tarian Singa, MissJay kena jadi orang Cina dulu..atau kalau nak tengok Pesta Cahaya, kena jadi India pula.. tidak!

punyalah kiut!
MissJay hairan. Kalau naga singa dan unikorn boleh je 'main-main' atas satu padang, kenapa pula kita nak bersengketa satu sama lain. Tolak pendirian politik, peganglah pada agama yang menuntut silaturahim yang baik sesama manusia.
  Ada juga kawan yang mempersoal kenapa MissJay seperti bebas bergaul dengan semua bangsa. Pada MissJay, perkara bukanlah satu masalah. Lagipun, berkawan dengan sesiapa tidak akan menukar agama MissJay atau darah Melayu yang ada dalam diri MissJay.


ensemboi betul ni budaq!
Apa yang MissJay perasan, generasi sekarang harus ditekankan dengan budaya hidup bermasyarakat.
  MissJay nampak, halangan besar dari aspek teknologi telah mengasingkan anak-anak ketika ini dari realiti kerana semuanya secara online, budak-budak sekarang tidak begitu bijak bergaul dan kerana itu, terjadinya kecanggungan sosial hingga menimbulkan salah faham sesama kita.
  MissJay rasa, masih belum terlambat. Hanya perlu lebih komited sahaja untuk laksanakan tanggungjawab tu..

Bersamalah kita mencipta Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Adios.

No comments:

Post a Comment