Saturday, January 7, 2012

MissJay selak langsir 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


RASANYA masih belum terlambat untuk MissJay ucap selamat tahun baharu untuk rakan-rakan MissJay semua. Semoga tahun yang berlalu dirahmati olehNya dan tahun ini dan mendatang sentiasa dalam perlindunganNya juga.Amin.
   Sempena tahun baharu ini, MissJay fikir MissJay akan memulakan semula minat MissJay yang dah lama terhenti..menulis blog dan sebagai simbolik kepada permulaan baru itu, MissJay akan memulakan dengan sesuatu yang agak berat tetapi dengan gaya yang seringkas mungkin. Sesuai usia MissJay yang dah menjangkau 27 tahun. Hehehe.
   Sesuatu yang berat yang MissJay maksudkan adalah tentang kehidupan secara keseluruhan-peribadi, kerjaya dan kelurga. 
   Hal peribadi MissJay, tidak banyak yang berubah sejak kehilangan cinta pertama pada 21 Jan 2005, setelah si dia memutuskan perhubungan kerana MissJay mahu melanjutkan pelajaran ke universiti. MissJay masih belum temui keyakinan untuk mencari cinta baru. 
   Dan mungkin juga, MissJay akan serahkan kepada orang tua untuk mencari calon kalau MissJay dah sedia untuk berumahtangga. Harap-harap abah MissJay sudi jadi orang tengah.    
   Cuma syaratnya..mesti imam muda atau cikgu okayyy..kehkehkeh
   MissJay rasa, bagi mereka yang bekerjaya, setiap tahun mesti azam tahun baru, sekelumit mana pun akan terselit azam untuk kerjaya. Jadi, untuk tahun 2012, MissJay nekad untuk mencuba nasib di Terengganu pula, tapi masih dalam bidang yang MissJay cintai..kewartawanan dan penulisan.
   Dalam erti kata lain, MissJay akan balik ke Terengganu tahun ini. MissJay pun dah janji dengan abah MissJay untuk balik. Doakan MissJay dapat tunaikan janji MissJay, okay
.  Tahun ini juga, MissJay akan sedaya upaya menjadi anak, cucu, kakak, adik, anak saudara, sepupu, sepapat yang lebih baik dan membanggakan. 
   MissJay pun sedih sebenarnya bila TokMa (nenek) MissJay merajuk dan sanggup cakap MissJay dail nombor yang salah bila MissJay telefon beliau sebelum ni. TokMa, jangan risau...ada jodoh, MissJay kahwin juga dengan pilihan TokMa, but not now okay. MissJay belum sedia.Pleaseeee.. V~_^V
   Untuk blog baru MissJay, penulisannya lebih santai dan bebas, kerana MissJay fikir, sudah tiba masanya untuk MissJay tidak perlu terikat dengan peraturan yang MissJay sendiri yang buat tetapi telah jadi penghalang untuk MissJay berkreatif (hehehe..ya meh?).
   Anyway, adios untuk entri tahun baharu yang agak terlewat dari aura tahun baharunya. Bagaimanapun, MissJay tetap nak wish mende kat bawah ni :-)

Selamat Tahun Baru 2012

Adios.

No comments:

Post a Comment