Sunday, February 26, 2012

komitmen untuk berkomitmen..

BARANGKALI pernah dan barangkali juga tidak. Jadi, kata-kata yang sesuai, mungkin. Ya, mungkin. Mungkin MissJay pernah menyebutnya tapi entahlah. Bila agaknya? Tapi, biarlah MissJay ceritakan semula.
  Tok Ma (tok perempuan MissJay) sejak MissJay habis belajar lagi bagai berbuih mulut menyuruh MissJay kahwin. Katanya, MissJay harus ikut jejak langkah beliau yang berkahwin pada usia 16 tahun. What?16?Tak sanggup you!
  Kata Tok Ma, MissJay menolak sunnah nabi dan ftrah manusia yang perlukan pasangan. Pada MissJay, otak MissJay masih mampu berfikir secara waras untuk menilai baik dan buruk sebagai seorang Islam. Dan MissJay tidak pernah sekali-kali menolak perkara sesuci itu sekiranya memang ada rezeki.
  Pada MissJay, perkahwinan bukanlah eksperimen.Kalau belum bersedia memberikan sepenuh komitmen untuk mencuba yang terbaik, baiklah jangan. Risau jika kegagalan nanti akan mendatangkan trauma dan menghapuskan keyakinan pada ikatan suci itu.
  MissJay sendiri banyak melihat rumahtangga yang kucar kacir kerana faktor komitmen, sama ada sebelah atau keuda-dua belah pihak. Ketika bertugas, selepas bertugas..MissJay belum temui satu contoh yang boleh buat MissJay yakin ada yang boleh memberikan komitmen seperti yang MissJay boleh berikan.
  MissJay percaya, ramai yang akan setuju. Setiap wanita akan sampai satu tahap, mereka menyerahkan segalanya kepada jodoh dan jika sudah ditemui, komitmen akan diberikan sepenuhnya. Dan pada peringkat usia tertentu, mereka berkahwin bukan lagi kerana nafsu tetapi kerana tuntutan separuh hati, minta ditemani.
  Keadaan ini MissJay pasti bukan hanya berlaku pada MissJay seorang. Ramai lagi di luar sana yang mengalami perkara yang sama...Mahu, tapi mempunyai kebimbangan terhadap komitmen, sama ada dari diri sendiri atau dari pihak yang satu lagi.
  Pada MissJay, kunci untuk menjaga perhubungan mudah sahaja...bersedia memberi yang terbaik kepada komitmen. MissJay sedia untuk patuh jika benar-benar perkahwinan itu muncul dalam hidup MissJay. Cuma bukan sekarang. Sekarang belum masanya.
  MissJay bukan seorang yang membuat keputusan kerana desakan seseorang. Itu tidak pernah berlaku pada MissJay selepas arwah mak pergi.
  Jadi, MissJay tidak rasa tindakan MissJay menolak permintaan Tok Ma supaya MissJay mendirikan rumah tangga adalah sesuatu yang harus dijadikan alasan untuk MissJay disisihkan dari keluarga.
  Mungkin MissJay menghampakan harapan beberapa orang buat masa ini. Tapi MissJay yakin, keputusan ini telah menyelamatkan perasaan ramai orang andainya hubungan yang terjalin tanpa komitmen itu terputus di tengah jalan. Nauzubillah.

  Pokoknya, sekarang MissJay selesa begini. Dan MissJay yakin, ramai juga yang selesa dengan kehidupan solo mereka, macam MissJay. Kita bukan tak mahu, kan?Cuma, komitmen..bukan hanya kita yang perlu berikan perhatian..si dia juga..

Adios.
 

No comments:

Post a Comment