Tuesday, April 3, 2012

menjinakkan stres.tension.kemurungan.

STRES.TENSION.KEMURUNGAN.
  MissJay pasti setiap orang pernah mengalami keadaan ini, kalau bukan ketiga-tiganya, mesti salah satu daripadanya.
   MissJay tidak mahu bercerita tentang ketiga-tiga 'menda alah' ni dari sudut saintifik kerana selain daripada MissJay bukan doktor atau pakar psikologi, MissJay bukanlah pelajar yang cemerlang dalam subjek Biologi, apatahlagi Kimia dan Fizik. Hanya cukup-cukup makan sahaja.
  Apa yang mahu MissJay kongsi adalah cara melaluinya. Kenapa bukan cara mengelakkannya?Sebab untuk melaluinya dengan tenang sebenarnya adalah lebih mudah daripada menderita mengelakknya.
  Lagipun, bila sesuatu bermula dari dalam diri kita, penawarnya ada di sana juga. Tinggal mahu berusaha atau tidak sahaja. :-)
  Kalau MissJay, sudah tentulah MissJay ada cara tersendiri untuk menghadapi stres dan tension.Bagaimana?
  MissJay tidak pasti kalau ada orang lain yang buat apa yang MissJay buat ini tapi pada MissJay, memandangkan cara ini tidak memudaratkan, tidak salah untuk dilakukan.
  Biasanya, kalau MissJay stres, MissJay akan lepaskan ketika mencuci kain, kasut atau apa sahaja. Bukanlah bermaksud MissJay longgokkan semua pakaian untuk stres, tetapi biasanya, akan ada benda-benda yang boleh dicuci.
  Pernah juga ketika di universiti, MissJay akan bersihkan bilik air, hingga selimut, baju dan cadar kawan pun MissJay cuci. Itu belum lagi rambut dan kaki kawan. Kerana pada MissJay, selain dapat ruang berfikir (sebab tidak ada sesiapa akan tegur anda jika sudah 'serajin' itu), dapat pahala pula (betul lah kan?).
  Dan kalau ketika itu sedang cuci rambut atau kaki kawan, kita boleh bercerita dengan mereka. Secara automatik, apa yang terpendam dan menyebabkan stres boleh dikongsikan.
  Tapi sekarang MissJay kurang stres. Tidak pasti sama ada tidak sempat stres atau memang MissJay menikmati hidup. Tetapi, MissJay rasa macam kedua-duanya.
  Bagi kemurungan pula. Tidak pernah pula MissJay rasa pernah melalui keadaan sedemikian. Mungkin kerana MissJay tidak suka memendam apa yang MissJay rasa.
  Pada MissJay, kalau kita tidak beritahu apa yang kita rasa, bagaimana orang lain boleh tahu apa yang ada dalam hati dan minda kita? Dan lebih teruk jika hanya kita mahu orang fahami kita, tetapi kita langsung tidak cuba memahami mereka.
  Itu pendapat MissJay sahaja. Terserah setiap individu untuk mempunyai pendapat sendiri.
   Bagaimanapun, walau apa jua cara kita, yang penting hati dan minda kena positif. Bila seakan 'terhasut' untuk berfikir atau membuat sesuatu yang negatif, ingatlah 'Jangan sampai syaitan menang'.
  Kerana syaitan itu tidak akan pernah berehat untuk menggoda anak cucu Adam. Terutamanya ketika kita mula terlintas untuk berbuat sesuatu yang tidak baik.

Adios.

No comments:

Post a Comment