Tuesday, April 3, 2012

kerana janji

JANJI. Pernahkah anda mungkiri janji?Kerana MissJay sendiri, banyak janji yang belum MissJay tertunai ketika ini (bukan mungkiri).
  Pada MissJay, menabur janji bukanlah sesuatu yang sukar namun untuk merealisasikannya amatlah payah. Janji pada orang lain pula, jika terpaksa dimungkiri boleh disertai dengan seribu satu alasan. Namun jika memungkiri janji pada diri sendiri, bagaimana perasaan kita?
  MissJay pernah berjanji dengan diri sendiri, untuk tidak lagi mengingati seseorang namun, berbanding sakit melupakan, MissJay lebih rela sakit untuk mengingati.
  MissJay fikir, jika tidak pasti mungkihkah dapat ditunaikanatau sebaliknya, usah menabur janji, terutamanya dalam konteks dengan orang lain.
  Usah hanya seronok mencabar diri dengan janji, sedangkan sendiri juga tahu akan natijah kekecewaan dan rasa sakit dimungkiri. Selama sepuluh tahun ini, MissJay adalah mangsa janji.
  Kata orang, sekecil-kecil janji adalah seberat-berat bebanan untuk dilangsaikan kerana dianggap remeh dan mudah diabaikan.
  Dan seberat-berat janji pula selalu ditangguh walau selalu singgah di ruang
  Janji pada asasnya adalah amat tinggi maksudnya., amat agung nilainya.
  Seharusnya bukan hanya memberi harapan pada penerima, namun penuh pengharapan juga oleh pemberi.
  Janji, berapa ramai yang kecewa kerana memberi dan berapa ramai pula yang kecewa kerana menerima.
  Kalau diri sendiri tidak faham dengan apa yang dijanji dan dijanjikan, usahlah menabur janji.
  Kepada anda yang berjanji untuk menelefon seseorang dan bertanya khabar, laksanakan. Kita tidak tahu bilakah hari terakhir kita berpeluang melakukannya.
  Jangan sampai kita menyesal yang amat hanya kerana janji ringkas yang kita sendiri tidak sedar betapa tinggi nilainya.

Adios.

1 comment:

  1. 'katakanlah kita cuba untuk melakukan dan jangan sesekali berjanji jika kita belum pasti dapat menunaikannya kerana janji itu amanah diri' - dialog dari sebuah drama patriotik yang rasanya saya tingu zaman sekolah rendah.tapi petikan ini sia ingt smpi skang n praktik kn... 'saya akan cuba...' :)

    ReplyDelete